Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Pengguna Trauma, Bongkah Konkrit Pula Jatuh Di MRR2

25-3-2021 12:44 PM Komen: 11
Sebelum ini, terdapat beberapa kes kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) yang sehingga mengakibatkan kematian.

Terbaru, satu bongkah konkrit berbentuk segi empat telah jatuh dari sebuah lori di lorong tengah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke Ampang.



Kejadian pada pukul 7.45 pagi itu telah mengakibatkan trafik jalan raya tersebut sesak ketika orang ramai sedang keluar ke tempat kerja. Walau bagaimanapun, pihak Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dalam satu kenyataan ringkas di laman Twitter rasminya menafikan kejadian itu berpunca daripada pihaknya.

Difahamkan bongkah itu telah dialihkan 55 minit kemudian dan trafik kembali lancar. Namun pengguna jalan raya masih trauma dengan kejadian tersebut yang sering kali berulang di lokasi yang sama.



Bongkah berkenaan dimaklumkan terjatuh daripada sebuah lori yang lalu di jalan tersebut. Rata-rata di ruangan komen melahirkan rasa bimbang untuk menggunakan jalan tersebut kerana kemalangan sebegini. Lebih-lebih lagi mereka yang setiap hari terpaksa ke kerja melalui jalan ini.


Kredit foto: Twitter/FB

Dalam pada itu, pihak SUKE meminta agar orang ramai patuh arahan petugas dan membawa kenderaan dengan cermat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.


Sumber: OhBulan/SUKE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 25-3-2021 06:35 PM
Takut nanti dah siap banyak kereta lalu roboh

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 25-3-2021 12:46 PM
u dengan cari mro tak discuss ke sapa nak buka thread?
Quote haryatie 25-3-2021 12:46 PM
menakutkan
Quote 234126 25-3-2021 12:49 PM
Macam mana nak bawa kenderaan dengan cermat bila kes mcm ni? Slow pun bahaya laju pun bahaya. Betul2 perjudian nyawa
Quote bulan_gerhana 25-3-2021 12:57 PM
aiyo... awat ni.. aku rasa sub con & main con kene wat kenduri doa selamat lah... mndi bunga ka... lately byk betul jadik ni... bad luck sungguh! lepas 1 ... satu jadik...
Quote Artemesiaa 25-3-2021 01:05 PM
Membahayakan tak ikat betul2 masa bawanya ke macam mana.  Nasib tak kena pada mana2 kenderaan yang lalu situ.  Dahlah laluan tu sentiasa sesak tak kira hari apa.
Quote tuttt 25-3-2021 01:07 PM
Seram lah woii. Aku mmg tak lalu dh mrr2 ni. Construction sepanjang jalan
Quote Kurex 25-3-2021 01:17 PM
Kejar kpi sampai berebut2 nak bukak benang sama demi kelangsungan hidup
Quote AbukRokok 25-3-2021 01:28 PM
prettyuglybabe replied at 25-3-2021 12:46 PM
u dengan cari mro tak discuss ke sapa nak buka thread?

a grup wassap pun xguna xnak pakai
Quote belacan_gurl 25-3-2021 02:11 PM
234126 replied at 25-3-2021 12:49 PM
Macam mana nak bawa kenderaan dengan cermat bila kes mcm ni? Slow pun bahaya laju pun bahaya. Betul2 ...

Kann...nak bawak dgn cermat mcmla pemandu kat bwh tu berlumba haram... Patut sesapa yg kena kemalangan ritu saman...kalo boleh saman berjuta
Quote 234126 25-3-2021 02:16 PM
belacan_gurl replied at 25-3-2021 02:11 PM
Kann...nak bawak dgn cermat mcmla pemandu kat bwh tu berlumba haram... Patut sesapa yg kena kemala ...

iol tak boleh hadam ayat penutup TT tu. Mcm impossible untuk situasi mcm ni.

Betul tu, saman pihak yang bertanggungjawab ni lagi tinggi.million billion ke. Sebab benda ni susah betul nak elak melainkan jaminan kualiti kerja pihak developer je.

Hire la pekerja yang betul tahu buat kerja, hire jugak mandur yg sentiasa check kerja bawahan masa pasang concrete2 tu. Kena hire orang yang betul2 ada rasa tanggungjawap. Bukan takat siap cepat.

Pandai2 la pihak developer cari pekerja, takkan kita pengguna jalanraya pulak nak kena bertolak ansur bila ada benda runtuh. Tgh jalanraya pulak tu. Gila. So saman je million billion. Baru ada akai agaknya diorang. Kalau tak boleh bayar saman, revoke je semua lesen. Berkubur terus syarikat tu. Habis cerita.  
Quote LadyCarefree 25-3-2021 06:35 PM
Takut nanti dah siap banyak kereta lalu roboh

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top