Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Mahkamah Tolak Rayuan Serina

25-3-2021 12:55 PM| Komen: 56

Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini menolak permohonan pelakon, Serina Redzuawan untuk mendapatkan lanjutan tempoh masa memfailkan rayuan balas terhadap hak jagaan anak lelakinya, Tristan Tareef yang diberikan kepada bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.



Penghakiman itu dibuat Hakim, Datuk Mohd. Shukur Sabudin, Datuk Mohd. Radzi Abd. Latif dan Datuk Jasri @ Nasip Mat Jakir.

Peguam mewakili Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dalam prosiding tersebut, mahkamah memutuskan kelewatan 19 hari untuk memfailkan permohonan tersebut.

Menurutnya, permohonan itu juga tidak mempunyai alasan munasabah dan tidak dijelaskan di dalam afidavit Serina. 

“Oleh demikian, Serina gagal memberikan alasan yang munasabah dan melengah prosiding mahkamah. Serina tidak boleh membangkitkan rayuan terhadap hak jagaan anak yang diberikan kepada Gavin. 

“Rayuan Gavin terhadap perintah hak jagaan anak perempuannya, Isabella Saffiya O’luanaigh yang diberikan kepada Serina telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 27 Mei ini. 

“Mahkamah Rayuan hanya akan mendengar rayuan Gavin iaitu perintah yang memberikan hak jagaan kepada Serina iaitu Isabella,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain Zainul Rijal, Gavin turut diwakili peguam Muhammad Shafiq Ibrahim manakala Datuk Sri Amli Embong mewakili Serina.

Pada Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memberikan hak penjagaan Isabella kepada Serina yang merupakan anak kepada selebriti terkenal Chef Wan manakala bekas suaminya pula diberi hak menjaga anak sulung mereka.


Kredit foto: IG Serina

Keputusan tersebut dibuat Mahkamah Tinggi Syariah selepas Serina membuat permohonan mengubah perintah hadanah (hak penjagaan anak) kekal tersebut tiga tahun lalu.

Pada 26 Februari 2018, Serina memfailkan permohonan mengubah perintah hadanah kekal atas alasan antaranya Gavin, warga Britain itu didakwa tidak mengamalkan cara hidup Islam dan bimbang anak-anaknya akan murtad.

Pada masa sama, Serina khuatir anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia kerana keluarga bekas suaminya berada di London.

Namun, pada Julai 2018, mahkamah sama menolak permohonan Serina untuk mendapatkan hak jagaan sementara bagi kedua-dua anaknya kerana telah ada hak penjagaan kekal dipersetujui bersama sebelum ini serta menegah Serina dan Gavin membawa anak-anak mereka ke luar negara.


Sumber: Utusan

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 56
Komen

Previous : Yuna Belum Mahu Balik AS Lagi, Tunggu Sampai Disuntik Vaksin

Next       : Bakal Berjauhan, Ismail Izzani 'Lepaskan' Kekasih Belajar Di Luar Negara

Komen Terbaru

Quote jahcomel 31-3-2021 06:21 PM
bisamyhead replied at 31-3-2021 03:51 PM
Oh yeker? Nanti carik thread dia. sbb pernah baca cakap ex dia yg buat hal, bawa perempuan la ting ...

Kt thread tu ade cite y ex dia cite kt mhkamah, cikwan diam x bkutik x jd nk kutuk exmnantu...

Lain-lain Komen

Quote belilies 25-3-2021 02:26 PM
Bapak mulut petir xdpt tolg carikan loyer yg lagi credible ke serina? Cana boleh xnyatakan sebab dlm afidavit sampai dikatakan melengahkan prosiding.. buatlah betul2
Quote dua_chzy 25-3-2021 03:20 PM
Adakah kebenaran mula terserlah?
Quote auntyonion 25-3-2021 05:37 PM
nak kesian ke tak ni {:smile
Quote jalfa 25-3-2021 05:39 PM
Dahla lewat 19 hari..alasan x kukuh...pequam cap ayamkah... ambik la loyer kakak ritrude tu....
Quote dudaberhias 25-3-2021 05:46 PM
ambil je lawyer nazcarpentry tu... iols syak murah + letop dia punya lawyer...

chef wan kan ada... minta la tolong apaknya tu...
Quote Eliadaisy83 25-3-2021 05:53 PM
Kalau tak kerana bapaknya cef bapok tua mulut hangsuang tu, serina ni nobody..
Quote LadyCarefree 25-3-2021 06:23 PM
Eliadaisy83 replied at 25-3-2021 04:53 PM
Kalau tak kerana bapaknya cef bapok tua mulut hangsuang tu, serina ni nobody..


Yup. Dan xkemana sbb kelam kabut xtentu hala. Degil pulak tu selalu. Ni dok gatai bijik pulak.

Geram pulak rasa. Bapaknya dulu siap beli education insurance kat dia. Tp gatai bercinta xmo sambung belajar.
Quote skinsandstars 25-3-2021 06:24 PM
Eliadaisy83 replied at 25-3-2021 05:53 PM
Kalau tak kerana bapaknya cef bapok tua mulut hangsuang tu, serina ni nobody..

Iya betul tu sis
Quote skinsandstars 25-3-2021 06:25 PM
belilies replied at 25-3-2021 02:26 PM
Bapak mulut petir xdpt tolg carikan loyer yg lagi credible ke serina? Cana boleh xnyatakan sebab dlm ...

Tulah. Selama ni kata nak fight sangat. Kenapa buat alasan etc ala kadar saja?
Quote notM 25-3-2021 06:27 PM
Kesian jadi pompuan Melayu.

Quote Jemahjemah 25-3-2021 08:30 PM
Kesian pulak kat anak tu. sorang mak jaga, sorang bapak jaga. Apa la perasaan berpisah adik beradik. Mak bpk pulak berpisah.
Quote tukul 25-3-2021 08:42 PM
skinsandstars replied at 25-3-2021 06:25 PM
Tulah. Selama ni kata nak fight sangat. Kenapa buat alasan etc ala kadar saja?

Sbb x alasan kot sebenarnya...haha...
Quote cmf_jeangrey 25-3-2021 10:33 PM
Macam nak tak nak je..bila pihak sana dpt kau mula la buat drama
Quote abangbikerz 25-3-2021 10:36 PM
Nak sgt 12 inci kan.
Quote Carcosa 25-3-2021 10:40 PM
Actually kenapa ye dia berpisah dgn matsalleh ni?
Btw, kau busy menggentel bijik ke Serina oi? Yelah ada jantan baru kan? Takde ke bertanya2 dgn loyer cap ayam kau tu, apa kes Tristan Mcm lembam lah ko ni Serina oiiiii
Quote sharlenetexas 26-3-2021 12:30 AM
Gavin ni kerja apa?
Quote sekngucing 26-3-2021 01:39 AM
Serina. masa. mengacara rancsngan kanak2 akunlpa nama dia.. tahun 2000..lawa juga dia masa tu
Quote notM 26-3-2021 01:45 AM
Kesian jadi pompuan Melayu...kalau Melayu Sumatera pulak ramai jadi pelakor.

Haih
Quote kuchibambam 26-3-2021 04:34 AM
Huru hara ...

Lihat semua komen(56)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top