Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Saya Tak Pernah Kata Tak Nak Menyanyi,"- Abby Abadi

1-4-2021 08:24 AM| Komen: 42

Penyanyi dan pelakon Abby Abadi tidak kisah jika ada pihak mempertikaikan tindakannya untuk kembali aktif menyanyi selepas penghijrahan yang dilakukan sebelum ini.

Abby berkata, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tidak mahu menyanyi sebaliknya mahu menjadi orang Islam yang lebih baik.

"Saya tak pernah kata pun tak nak menyanyi atau berlakon, cuma saya ingin berubah menjadi lebih baik. Saya juga tak pernah beritahu kalau nak jadi Islam yang baik, tak boleh berlakon atau terbabit dalam aktiviti seni. Dalam masa sama, ada benda yang boleh dan tidak boleh untuk saya buat.

"Bagi saya, segala kesalahan yang pernah saya lakukan dulu tidak akan berulang lagi. Ada batasan yang kita kena jaga sebab Allah sudah beri petunjuk. Buat apa nak buat benda yang salah berulang kali," katanya.

Foto: Harian Metro

Terdahulu, kumpulan Elite yang dianggotai Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Watie dan Sasha kembali bergabung menerusi single terbaharu berjudul Alhamdulillah sempena ulang tahun ke-25 kumpulan popular wanita itu.


Selepas hampir 20 tahun tidak bersatu dalam mana-mana acara, kumpulan yang ditubuhkan pada 1996 itu akhirnya mengambil keputusan untuk kembali bekerjasama.

Menurut Abby, antara alasan utama dia kembali bekerjasama dengan kumpulan Elite kerana merindui hubungan kekeluargaan yang terbina sejak 25 tahun lalu.

"Ketika dihubungi untuk kembali bergabung, saya terus bersetuju kerana kasih sayang yang sudah lama terbina antara kami.

"Tambahan pula, lagu yang ingin diketengahkan juga sangat membantu dan memberi mesej yang baik. Bukan hanya kepada saya tapi kepada semua orang. Insya-Allah saya akan cuba memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh promosi lagu ini," katanya.

Abby adalah anggota pertama yang keluar daripada kumpulan yang popular dengan lagu Tamparan Wanita dan Lihatlah Dunia itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
0
0
Komen: 42
Komen

Previous : Nonny Nadirah Tak Berbaju, Berendam Dalam Besen Pula

Next       : Susah Nak Cari Pendakwah Suara Jantan, Alyah Mengaku Sukar Dapatkan PU Riz

Komen Terbaru

Quote electricopop 5-4-2021 12:00 PM
JalaEmas replied at 1-4-2021 09:54 AM
hadap nk jd retis lagi ghupenyeeeeeeee

Kannn.... she masih!!!

Lain-lain Komen

Quote Buritan 1-4-2021 08:34 AM
Udah tuek tuu duk sejid dgn rumah udahlaa.. bagilaa bebudak yg kopek kecik ponggong kecik nyanyi.. ini ponggong pun dah beso talam.. kopek pun dah kendo.. nanti nyanyi terbuai buai ikut rentak irama je
Quote makneng 1-4-2021 08:40 AM
Edited by makneng at 1-4-2021 08:41 AM

Laaaaa grup acik2 pipi cekang + kunyah sirih buat kambek ke?
Quote EvieWanKenobi 1-4-2021 08:55 AM
dah start dah tazkirah..
Quote Nenasketum 1-4-2021 09:00 AM
Aku masih belum move on dari citer baby dia struggling for life, depa laki bini pi Mekah. Lelama, sewel gak minah ni. Kat Gerak Khas, badan dia macam tong minyak sarung uniform. Tak lama lagi nak kena sepak sebab tv nak instafemes, kecuali Sang Ratu lah
Quote Brunes 1-4-2021 09:21 AM
Nenasketum replied at 1-4-2021 09:00 AM
Aku masih belum move on dari citer baby dia struggling for life, depa laki bini pi Mekah. Lelama, se ...

omg same.. what kind of a sick mother? WTF
Quote mrsbale 1-4-2021 09:24 AM
Dia pun hadap jg....
Fokus je la kat anak kecik2 lg tu.
Keje proper xpe gak.
Ni gigih nak jd retis nyanyi blk lepas jd setazah. Erk
Quote jlo 1-4-2021 09:25 AM
ya la abby oii
Quote skinsandstars 1-4-2021 09:32 AM
Nenasketum replied at 1-4-2021 09:00 AM
Aku masih belum move on dari citer baby dia struggling for life, depa laki bini pi Mekah. Lelama, se ...

sebelum tu, masa baby tu masih di ward, laki dia kena ke lumut buat kerja apa ntah. dia pun ikut sekali. takda rasa nak tengok baby or jaga baby sakit ke. pelik betul.
Quote bracebintang 1-4-2021 09:34 AM
Nenasketum replied at 1-4-2021 09:00 AM
Aku masih belum move on dari citer baby dia struggling for life, depa laki bini pi Mekah. Lelama, se ...

Hahaha sebesar2 badan dok sarung uniform polis, dgn tudung pakai kt dagu utk menampakkan efek muka tirus.
Quote kakakgarang 1-4-2021 09:51 AM
Gila glamor la acik ni.. bukan apa..

da sendu sgt ke smp nk nyayi balik..

aduh maaf
Quote damian_lee 1-4-2021 09:53 AM
Peliknya

Mana abam dino ni
Biasa kalau yebby yabadi
Dia cepat je
Quote JalaEmas 1-4-2021 09:54 AM
hadap nk jd retis lagi ghupenyeeeeeeee
Quote bulalof 1-4-2021 09:54 AM
kahkahkah.... cakap tak serupa bikin langsung!

dah x berduit sanggup langgar buat apa saja. sebelum ni bukan main bercakap mcm sempurna sgt.
Quote dejure 1-4-2021 10:00 AM
Orang dh biasa pendapatan belasan ribu sekali kau ckp nk undur dunia seni sbb nk fokus jadi muslim yg baik setahun dua oklah blh tahan,lama2 mana nk tahan.ank2 hantar sek swasta,tu dgn ddk rumah mewah lg,vellfire lg mana nk dpt duit.lainlah kalau dia ni mcm miszz nina x menyanyi pon harta 7 keterunan x habis makan.
Quote MsCinderella 1-4-2021 10:02 AM
bukan dia pernah kata mcm ni ka dulu?

siap x nak tgk tv, x nak tgk cter hiburan la apa...pastu kondem sapa yg duk layan hiburan lagi

tu sblm kahwin..

bila dah kahwin baru jinak2 nak masuk hiburan lagi..

klu leh skodeng balik kat IG dia tu...mmg dia ada komen bab ni
Quote NadineNajmie 1-4-2021 10:24 AM
Acik serba betul yg mudah lupa.
Statement nak menang kat dia sesaje.
Quote tikusmontok 1-4-2021 10:29 AM
makneng replied at 1-4-2021 08:40 AM
Laaaaa grup acik2 pipi cekang + kunyah sirih buat kambek ke?

kunyah sireh...akakakakakka...tiap kali tgk leh gelak bahak..ada sesiapa leh tepek tak
Quote tikusmontok 1-4-2021 10:31 AM
damian_lee replied at 1-4-2021 09:53 AM
Peliknya

Mana abam dino ni

lama tak npk bam @dino , dlm thread claim medal kat CI nun pun tak npk btg idung. biasa kalau thread yebby ngan sohai, dia yg sampai dulu
Quote de_ikea 1-4-2021 10:35 AM
Benang ni tak lengkap tanpa @dino

Btw bukan bakyah ada buat potong perut ke baru ni?

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top