Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

A Aida Bangga Anak Bakal Jadi Doktor

5-4-2021 03:48 PM| Komen: 129

Penerbit terkenal Datuk A Aida terharu apabila anak sulungnya, Wan Az Aleesa, 25, berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada majlis konvokesyen yang diadakan di pusat pengajian tinggi itu di Bangi, semalam.

Aida, 51, atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, dari kecil lagi dia sudah tetapkan anak sulungnya itu perlu menjadi doktor.


Foto: IG

"Alhamdulillah, dia sudah tamat belajar dan selesai konvokesyen. Namun, semalam tak boleh ikut serta disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain peraturan universiti. Jadi, saya tunggu di rumah saja.

"Sebenarnya, menjadi ibu tunggal yang besarkan tiga anak dengan karakter berbeza teramat perit. Kadang-kadang menangis sendiri.

"Saya memang pentingkan pendidikan anak-anak. Saya sudah tetapkan anak pertama kena menjadi doktor dan selalu ingatkan dia. Saya asah dan tanamkan minat dia dari kecil. Alhamdulillah, dia okay dan ikut. Kiranya buku memang teman baik dia. Walaupun tidak membesar dengan bapa kandungnya, saya bersyukur Allah hantar Prof Madya Datuk Dr Ustaz Ariff sebagai bapa angkat anak-anak saya. Dia yang membantu anak-anak dalam pelajaran," katanya kepada Harian Metro.

Menurut A Aida, Aleesa bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana Irritable Bowel Diseases (IBD) Gastroenterologist di Fakulti Perubatan, HUKM.

Foto: Harian Metro

Anak keduanya, Wan Eva Natassha, 20, pula dididik untuk menjadi akauntan dan anak ketiga, Muhammad Rahul, 13, menjadi peguam.

Wan Az Aleesa dan Wan Eva Natassha adalah anak hasil perkahwinan dengan penyanyi, Ameng, manakala Rahul pula menerusi perkahwinan ketiga dengan pegawai polis. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 129
Komen

Previous : Berbalas Emoji Love, Khai Bahar Bercinta Dengan Nabila Razali?

Next       : "Saya Okey" - Nadia Brian, Muizz Sah Cerai Talak Satu

Komen Terbaru

Quote harisbee 7-4-2021 11:53 PM
loh...ni pun nak kecam ke....ikut dia nak acu anak dia mcm mana...minat kan boleh dipupuk.. janji anak dia happy sudah...
anak dia kan nak sambung sarjana kat fakulti perubatan...irritable bowel syndrome gitteww..bakal doktor le kot...x menyempat nak kecam korang ni pun..
persoalannya di mana ameng...x peduli anak2 ke? kesian..

Lain-lain Komen

Quote Mulotkoyak 5-4-2021 03:51 PM
Dietetik tu doctor ke??? So aku ni doctor laaa erk.. Tibahhhh
Quote taji2906 5-4-2021 03:56 PM
hahaha.. bila plak dietician ni doctor oiii...
Quote midori_katana 5-4-2021 04:12 PM
Quote Belibis 5-4-2021 04:16 PM
Mulotkoyak: Dietetik tu doctor ke??? So aku ni doctor laaa erk.. Tibahhhh

Apa dietetik tu?? Tak pernah dengar walaupun dah usia senja..
Quote cap_ayam 5-4-2021 04:17 PM
anak dia mungkin dah eksplain kat mak .. tapi mak tetap anggap anak lulus doktor..
Quote awanysss 5-4-2021 04:20 PM
cap_ayam replied at 5-4-2021 04:17 PM
anak dia mungkin dah eksplain kat mak .. tapi mak tetap anggap anak lulus doktor..

fakulti perubatan terus mak dia igt doktor kot

takpe next stage,amik phD dapat la doctor tu..
doctor medical mcm impossible je tanpa medical degree..
atau ada internal privilige utk dietician jd doctor yg kite layman tak tahu..
Quote Pinokiok 5-4-2021 04:22 PM
Kg.com detected...
Quote cap_ayam 5-4-2021 04:23 PM
awanysss replied at 5-4-2021 04:20 PM
fakulti perubatan terus mak dia igt doktor kot

takpe next stage,amik phD dapat la doctor tu.. ...

ye harapnya dapat jugaklah title Dr tu..

Mesti Ameng pun bangga walaupun ex keluarkan statement yang tak berapa nak best ..

Anyway tahniahlah both parents..
Quote bambimbom 5-4-2021 04:26 PM
hahaha... kwn tu baru nak bangga anak jadi doktor....
Quote mrsLY 5-4-2021 04:27 PM
Mulotkoyak replied at 5-4-2021 03:51 PM
Dietetik tu doctor ke??? So aku ni doctor laaa erk.. Tibahhhh

hahah..tetiba dietetik jadik doktor....hewww....reporter pon...nak tulis cuba pikio sket

Quote red_velvet 5-4-2021 04:34 PM
Ingat btulla bakal duktur.. sekali baca dietetik .. .. ni macam makcik2 bawang kt kampung la ni.. macam jiran mak aku kepoh  kat semua org anak dia dpt keja putrajaya jadi akauntan negara .. bangga gila2 ..guling2 aku dok gelak.. akauntan negara palotak
Quote merrissa 5-4-2021 04:42 PM
doktor ...alahai baik jadi retis..gaji juta juta
Quote Cik_jantung 5-4-2021 04:49 PM
red_velvet replied at 5-4-2021 04:34 PM
Ingat btulla bakal duktur.. sekali baca dietetik ..  .. ni macam makcik2 bawang kt kampung la n ...

Kekekekeke... kann...
tu belum kira yg anak keja PM ofc kat putrajaya nun. terus title pembantu peribadi PM.

kejadah padahal lepasan SPM jer.. sah2 peon.
Quote sukacactus 5-4-2021 04:50 PM
Ok lg, boleh la tu dr DSV dgn janda si paan dl tu, masing2 ngaku Dr....xmalunya!
Quote doubleA 5-4-2021 04:53 PM
Iols pun scroll balik tengok dietitian ke medical degree. Takpela dia nak bangga. Iols tumpang bangga anak2 menjadi.
Quote akies 5-4-2021 04:55 PM
Edited by akies at 5-4-2021 08:14 PM

lol dietetik tu rupanya doktor ye
Quote mieymiey 5-4-2021 05:18 PM
Edited by mieymiey at 5-4-2021 05:20 PM

Mementang la dietetik tu salah satu kursus di bawah Fakulti Sains Kesihatan. Hah 'kesihatan' tu doktor la

Tapi , kemain pelik muka shoels sekarang.
Quote abadi84 5-4-2021 05:25 PM
Ok dah tu.
RR contohilah dia.
Tak pernah meratib besarkan anak sorang2
Quote msdummy.2018 5-4-2021 05:28 PM
Eh wartawan...ko xleh beza ker dietetik dgn dr?

Lihat semua komen(129)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top