Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kena Tindakan Kalau Degil Nak Sambut Ramadan Di Kampung

6-4-2021 09:13 AM Komen: 78
Menjelang Ramadan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan akan mengenakan tindakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut bulan mulia itu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim menegaskan hanya mereka mempunyai dokumen perjalanan lengkap dibenarkan merentas negeri.


Kredit foto: Berita Harian

Pihaknya percaya akan ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk menyambut Ramadan di kampung memandangkang tidak dapat berbuat demikian pada tahun lalu.

"Pelbagai cara digunakan orang awam untuk rentas negeri balik ke kampung jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di SJR bagi memastikan tiada yang terlepas.

"Kalau ada terjumpa juga, tiada nasihat diberikan malah tindakan undang-undang akan terus diambil ke atas individu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Menurut beliau, pihaknya tidak mahu sekiranya terdapat lagi individu yang tidak mengambil berat akan SOP ditetapkan.

Dalam masa sama, beliau berkata, SJR akan ditambah sekiranya berlaku peningkatan kes harian Covid- 19.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 78
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote budakpink 8-4-2021 06:45 PM
Aku mohon rentas negeri smlm direjec terang..polis tu kata tak dak bukti..haha bukti celah mane nak cari...bulan 11 las year mohon rentas negeri senang2 je lepas pun..without bukti juga...kali ni lebih tegas wei...jgn mengigau nak rentas kalau rakyat marhaen

Lain-lain Komen

Quote nesloice 5-4-2021 06:06 PM
rentas negeri utk honeymoon takpe kan
Quote aechae 5-4-2021 06:08 PM
Alahhh org lain buat boleh ajee
Quote delia3003 5-4-2021 06:19 PM
Edited by delia3003 at 5-4-2021 06:20 PM
nesloice replied at 5-4-2021 06:06 PM
rentas negeri utk honeymoon takpe kan


Uols pun boleh je kalau ada bisnes sendiri. Plan rentas negeri atas urusan kerja sehari dua lepas kawen

Jangan lupa pilih pulau atau tempat2 pelancongan menarik kat Malaysia
Quote c===8 5-4-2021 06:31 PM
Akhirnya penguatkuasaan sop malaysia jadi bahan lawak rakyat sendiri bila berlaku dabel stended
Quote chandrahusin 5-4-2021 06:32 PM
Yg lps balik kampung
atau pegi jalan kata jgn dengki diorg lps ke mana2
kalau nak pegi mana2 mintak je dgn polis
Sudahnya mcm kan yg ikut peraturan ni plk yg salah
Ada ofis yg strict SOP
Outstation je kena lapor diri & kuarantin 10 hari
Mmg payah lah nak ke mana2
Quote dubuk 5-4-2021 06:36 PM
sop dirogol ninja.. hahahahahahahahahaha
Quote user.name 5-4-2021 07:32 PM
niqobis dan punai ko dah saman belum? ke tak habis2 lagi dalam siasatan jah?
Quote Belibis 5-4-2021 07:40 PM
nesloice replied at 5-4-2021 06:06 PM
rentas negeri utk honeymoon takpe kan

Tu amaran untuk marhaen.tidak termasuk retis dan politician.
Quote hyie 5-4-2021 07:51 PM
ooo begitu. baiklah...
Quote ultra78 5-4-2021 08:13 PM
aechae replied at 5-4-2021 06:08 PM
Alahhh org lain buat boleh ajee

Larangan ini tidak terpakai untuk ahli politik.
Quote HuoJingJue 5-4-2021 08:16 PM
ngan marhaen bukan main garang yek...hehehe
Quote hanamunir 5-4-2021 08:19 PM
mesti la orang cuba untuk rentas balik..
ni tahun kedua puasa tak boleh balik rumah mak ayah..
mak ayah pulak berharap bila la anak2 boleh balik buka puasa sama-sama..
entah ada lagi ke tidak mak ayah tahun depan..
tapi tu la nak buat macam mana, covid di mana-mana..
Quote pu3_rania 5-4-2021 08:24 PM
Edited by pu3_rania at 5-4-2021 08:49 PM
chandrahusin replied at 5-4-2021 06:32 PM
Yg lps balik kampung
atau pegi jalan kata jgn dengki diorg lps ke mana2
kalau nak pegi mana2 minta ...


Bagus ada company yg strict SOP kpd staffs yg balik dari outstation kena lapor diri & self quarantine mcm yg di kenakan oleh company aku semenjak ada sorang staff dah kena Covid lepas balik dari kampung di Johor hujung tahun lepas      
Dah puas berjimba dgn ke hulu ke hilir semasa bercuti di kampung alih2 bawa balik buah tangan Cik Corona
Quote kaseh80 5-4-2021 08:33 PM
Saman niqobis dah settle ke belum?
Quote ifanonline 5-4-2021 08:36 PM
siapa yg kena nasib la ni...menyumbang dana kpd pendapatan negara...elok sangat ramai2 kena saman oleh polis...
Quote pu3_rania 5-4-2021 08:48 PM
user.name replied at 5-4-2021 07:32 PM
niqobis dan punai ko dah saman belum? ke tak habis2 lagi dalam siasatan jah?

Di harapkan kes si Neelofa dan lakinya tidak di campak ke dalam bakul NFA
Sonyap yo @ masih di dalam siasatan
Quote AbukRokok 5-4-2021 08:48 PM
bila marhaen nak bangkit memberontak?
Quote ifanonline 5-4-2021 08:51 PM
malaysia ni kena pandai kawtim, kalau ada kwn2 dlm pdrm, bleh la lepas roadblock...kalau takde kaki, kena saman la...ini boleh dikatakan amalan melayu dlm kerajaan
Quote slyfynx 5-4-2021 09:01 PM
Xpe. Contact je chatime.
Suh bukak cawangan baru kt tmpt ko.
Mlm tu jugak die akan up kt semua social media je

Lihat semua komen(78)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top