Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Jangan Marah Saya, Wan Maimunah Yang Suruh" - Lydiawati

6-4-2021 11:19 AM| Komen: 97

Pelakon Lydiawati sudah menjangkakan bakal dikecam selepas babak dia menunjal dan menolak kepala pelakon, Wan Maimunah dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu ditayangkan di slot Akasia, TV3 kelmarin.

Bagi menjernihkan suasana, aktres itu menjelaskan bahawa dia sudah mendapat keizinan daripada Wan Maimunah untuk menjayakan babak itu.

"Itu semua lakonan, bukan betul pun. Cuma sewaktu menjayakan babak itu termasuk babak bergaduh lain, ibu (Wan Maimunah) memang nak saya buat betul-betul.



Kredit foto: Twitter

"Dia cakap buatlah apa pun supaya dia juga dapat 'mood'. Saya kata kalau buat mesti kena kecam. Nampaknya ia memang terjadi. Sebenarnya ada banyak lagi babak bergaduh selepas ini.

"Itu semua permintaan dan diizinkan oleh ibu. Sewaktu latihan kami tak buat, tapi masa dah 'take' baru buat. Semuanya secara 'one take' saja," katanya kepada Harian Metro.

Malah, dia mendedahkan bahawa penerbit dan penulis skrip turut meminta dia melakonkan watak itu secara 'over'.



"Saya diminta menjadi kejam terhadap Sirat (Intan Najuwa) dan ibunya iaitu Wan Maimunah. Pada mulanya saya nak biasa-biasa saja. Namun, penulis dan penerbit kata saya kena 'over' lagi. Jadi saya minta izin dan mereka okay sebab ia membantu mereka dapatkan 'feel' juga.

"Janganlah marahkan saya. Setiap kali selepas habis penggambaran, saya cakap kepada penerbit saya bersedia dengan makian netizen. Tapi sebelum buat babak bergaduh saya akan minta maaf. Contohnya dengan ibu, setiap kali selepas babak bergaduh saya akan memeluknya dan minta maaf," katanya.


Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 97
Komen

Previous : Keluang Man Buat Comeback -Superhero Bermaruah, Bermoral Dan Berilmu

Next       : "XX Ray Bukan Filem Terbaik. Filem Terbaik Saya Belum Buat" - Humblenya Aziz M Osman

Komen Terbaru

Quote wirazam 11-4-2021 03:04 PM
GegarVaganja replied at 10-4-2021 09:27 AM
Teringin nak tengok Wan Maimunah jadi pompuan bohsia, minah rempit

hari tu dah tgk mak jah berlakon jd gengster kan..dalam filem apa tah yg main rodok2...ganas betul hahaha

Lain-lain Komen

Quote Redmyvi 6-4-2021 11:22 AM
Manusia mana tu yg smpai dh tak reti beza realiti dan lakonan..  
Quote djzara81 6-4-2021 11:29 AM
Fuhh..walopon lakonan, mmg menjadi! Naik geram tgk nek lydia tunjal kepala nek wan.
Quote Carcosa 6-4-2021 11:30 AM
Semua real lakonan, melainkan Azza Sireh
Quote syaz_lina 6-4-2021 11:33 AM
Nek wan kalau berlakon kena buli dgn anak2 mmg menjadi..auto join geram n nangis
Quote kucingitam 6-4-2021 11:38 AM
ibu wan maimunah memang pelakong gred AAA+++ ok. tgk dia berlakon drama2 rashid sibir je pun geram tgk..
Quote NazRysha 6-4-2021 11:38 AM
lydiawati berlakon pun best
Quote HoneyManjer 6-4-2021 11:39 AM
lahhai benda ni nak kena explain ke...blakon kot
Quote Carcosa 6-4-2021 11:40 AM
Alah, Nek Lydia pun mmg kaki gaduh kenn? Kihkihkih.
Tgk video dia kekah kan penkid tu dulu. Haiyoiii. Me'ols pula yg mengelak2 dari di tabrakin Nek Lydia
Quote rotiban 6-4-2021 11:44 AM
kg. mana dorg shoot drama ni? cantik sungguh pemandangan dia
Quote che-cikL 6-4-2021 11:45 AM
Carcosa replied at 6-4-2021 11:30 AM
Semua real lakonan, melainkan Azza Sireh

Ye betul... Motip nak buat lawak tapi nampak bodoh2 alang kat situ?
Quote ilya 6-4-2021 11:45 AM
Orang yg tak suka tengok drama Korea memang akan terkejut dengan budaya macam tu.
camnerlah drama melayu nak berbekas di hati kalau itu tok leh, ini tok lehhh
Quote ohara 6-4-2021 11:52 AM
Acik lydia ni pernah menang mana2 award tak..dia punya acting best jugak
Quote ais_kosong 6-4-2021 11:52 AM
ilya replied at 6-4-2021 11:45 AM
Orang yg tak suka tengok drama Korea memang akan terkejut dengan budaya macam tu.
camnerlah drama  ...

Betul.. barulah namanya berlakon.
Xkan nak jadi hang pokok ja walau pegang watak heroin.
Yang netizen pun yang nak pelik sangat dah kenapa. Tak biasa menonton ke?
Menghayati terlebih sampai terbawa2 pulak
Quote caprut 6-4-2021 11:58 AM
che-cikL replied at 6-4-2021 11:45 AM
Ye betul... Motip nak buat lawak tapi nampak bodoh2 alang kat situ?

Dia ikot formula siapabl tah kena over sikit berlakon, biar penonton teringat
Quote Kaktusmati 6-4-2021 11:58 AM
bezanya lakonan acik lydia, nek wan maimunah dengan -----------intan najuwa..
si intan macam sebut sepatah2 ayat dalam skrip
Quote hasniey 6-4-2021 12:05 PM
Lol sebelum pergi hon sekali mcm hon kt member je
Hon la panjanggg bru rasa marah tu
Quote che-cikL 6-4-2021 12:06 PM
hasniey replied at 6-4-2021 12:05 PM
Lol sebelum pergi hon sekali mcm hon kt member je
Hon la panjanggg bru rasa marah tu

Hon bye2, see you later yg dia buat kan, haha

Quote Nnasda53 6-4-2021 12:17 PM
Kena la tunjal betul2 dah nama pun berlakon.
Tapi mmg suka tgk wan maimunah ni berlakon.
Quote laksmanabentan 6-4-2021 12:25 PM
Carcosa replied at 6-4-2021 11:30 AM
Semua real lakonan, melainkan Azza Sireh

fake sangat kan......
ishhhhh..... pengarah pilih dia jadi pelakon ker??
macam tak sesuai sangat.....

Lihat semua komen(97)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top