Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kumpulan 20-29 tahun catat insiden kes tertinggi COVID-19

8-4-2021 08:42 AM Komen: 3


KUALA LUMPUR: Jangkitan COVID-19 tertinggi sejak 1 Januari hingga semalam dikesan menular dalam kalangan individu berumur antara 20 hingga 29 tahun, dengan Kuala Lumpur dan Selangor mencatatkan kes tertinggi.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM), 68,500 individu berumur 20 tahun hingga 29 tahun dijangkiti COVID-19 sejak awal tahun, dengan kadar insiden tertinggi, 1,217 kes dalam 10,000 populasi penduduk berbanding lapan kumpulan umur lain.

Ini diikuti individu berumur dalam lingkungan 30 tahun hingga 39 tahun yang merekodkan 1,184 kes bagi 10,000 populasi di Malaysia.

Kadar insiden bagi dua kumpulan umur ini juga melebihi kadar insiden kebangsaan iaitu 702 kes untuk setiap 10,000 penduduk dengan jumlah kes positif COVID-19 yang direkodkan adalah 240,319.

Sementara kadar insiden terendah direkodkan bagi kumpulan umur sehingga sembilan tahun dengan kadar kes hanya 274 kes bagi setiap 10,000 penduduk.

Data yang dikongsikan menerusi catatan Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah itu menunjukkan perubahan ketara berbanding laporan kali terakhir dikeluarkan KKM pada April tahun lalu yang menyenaraikan individu daripada golongan berisiko, iaitu 56 hingga 59 tahun yang mencatatkan kes paling tinggi, selain kumpulan berumur 20 hingga 24 tahun.

Mengikut data terkini, kadar insiden membabitkan kumpulan umur 50 hingga 59, hanya sekitar 540 kes bagi setiap 10,000 populasi dengan jumlah jangkitan kumulatif sebanyak 18,704.




Dalam pada itu, Noor Hisham turut memaklumkan, Kuala Lumpur mencatatkan kadar insiden COVID-19 tertinggi dalam negara bagi setiap 10,000 populasi di Malaysia dengan 1,290 kes, diikuti Selangor dengan 1,257 kes.

Dalam pada itu, empat negeri yang mencatatkan kadar insiden COVID-19 terendah ialah Terengganu dengan 251 kes, Kedah (243), Pahang (173) dan Perlis, 108 kes.



Sumber : Berita Harian


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote pxlbb 8-4-2021 01:47 PM
epuepy: Baby ngn kanak masih rendah ye. Maksud nye baby ngn kanak2 susah nk di jangkit covid ke Macm mana?


Sbb baby dan kanak2 iols simpan dlm rumah dah setahun tak bawa keluar. Aku je yang keluar kerja & groceries dan bila balik mandi junub buang kobid.

Lain-lain Komen

Quote hayrin86 8-4-2021 09:18 AM
nasihat di fb1.png
Quote epuepy 8-4-2021 09:42 AM
Baby ngn kanak masih rendah ye. Maksud nye baby ngn kanak2 susah nk di jangkit covid ke Macm mana?

Quote pxlbb 8-4-2021 01:47 PM
epuepy: Baby ngn kanak masih rendah ye. Maksud nye baby ngn kanak2 susah nk di jangkit covid ke Macm mana?


Sbb baby dan kanak2 iols simpan dlm rumah dah setahun tak bawa keluar. Aku je yang keluar kerja & groceries dan bila balik mandi junub buang kobid.

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top