Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Empat 'orang kaya baharu' Malaysia tersenarai Forbes ke-35

8-4-2021 08:50 AM Komen: 10


KUALA LUMPUR: Senarai bilionair Forbes ke-35 menyaksikan empat muka baharu dari Malaysia mengungguli senarai tahun ini meskipun dunia berdepan pandemik COVID-19.


Ia masing-masing melibatkan adik beradik Tan dari MR D.I.Y Group (M) Bhd iaitu Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei; Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Tan Sri G Gnanalingam serta pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Greatech Technology Bhd, Tan Eng Kee.


Nilai kekayaan bersih Yu Yeh dianggarkan kira-kira AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) manakala Yu Wei dianggarkan AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).


Bagi Gnanalingam pula, Forbes ke-35 menganggarkan nilai kekayaan bersih dimiliki ahli perniagaan itu adalah kira- kira AS$1.7 bilion (RM7 bilion).


Sementara, Eng Kee yang mengasaskan syarikat pengeluar peralatan automasi kilang di Pulau Pinang mempunyai kekayaan bersih AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).


Bagaimanapun secara keseluruhan, Forbes ke-35 menyenaraikan pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan sebagai bilionair paling kaya di negara ini dengan nilai bersih AS$9.7 bilion (RM40 bilion).


Ini diikuti oleh T Ananda Krishnan (AS$5.8 bilion); dan pengasas Public Bank Bhd, Tan Sri Teh Hong Piow (AS$5.7 bilion).


Turut disenaraikan adalah bilionair sarung tangan iaitu Pengerusi Hartalega Holdings Bhd, Kuan Kam Hon dan keluarganya (AS$3.9 bilion) serta pengasas Top Glove Corp Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai (AS$3.5 bilion).


Bilionair lain dari Malaysia termasuk Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay (AS$2.7 bilon) dan hartawan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (AS$1.2 bilion)


Di peringkat global, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos kekal sebagai individu terkaya di dunia dengan nilai bersih AS$177 bilion (RM730 bilion).


Senarai bilionair Forbes 2021 menamakan 2,755 individu, termasuk 493 pendatang baharu.


Menerusi senarai tersebut, jumlah jutawan wanita meningkat kepada 328 orang berbanding 241 pada 2020.


Berikut senarai 10 individu terkaya di peringkat global:


1. Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Jeff Bezos

Kekayaan bersih: AS$177 bilion (RM730 bilion)


2. Pemilik Tesla, Elon Musk

Kekayaan bersih: US$151 bilion (RM623 bilion)


3. Peruncit mewah Bernard Arnault dan keluarga

Kekayaan bersih: AS$150 bilion (RM618 bilion)


4. Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates

Kekayaan bersih: AS$124 bilion (RM511 bilion)


5. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg

Kekayaan bersih: AS$97 bilion (RM400 bilion)


6. Ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett

Kekayaan bersih: AS$96 bilion (RM396 bilion)


7. Ketua Pegawai Teknologi dan pengasas Bersama Oracle, Larry Ellison

Kekayaan bersih: AS$93 bilion (RM384 bilion)


8. Larry Page

Kekayaan bersih: AS$91.5 bilion (RM378 bilion)


9. Saintis komputer dan usahawan internet Amerika Syarikat (AS), Sergey Brin

Kekayaan bersih: AS$89 bilion (RM367 bilion)


10. Pengarah urusan dan pemegang saham terbesar Reliance Industries Ltd, Mukesh Ambani

Kekayaan bersih: AS$84.5 bilion (RM349 bilion)


Untuk senarai penuh boleh layari laman web www.forbes.com/billionaires.



Kredit : Astro Awani


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 9-4-2021 01:00 AM
Mana org kaya scomed semua ???? Hari2 aku nmpk depa tayam gelang mas sbesaq tali kapai kt fb la.. utube la.. tiktok.. insta.. bermusteng sakan bagai... hummerz semua.. manaa nama depa ? Forbes ni mnipu kita nih...  {:freak

Lain-lain Komen

Quote taikor 8-4-2021 08:51 AM
Paling kaya pak uban sarawak
Quote kakakpositifker 8-4-2021 09:58 AM
Kenapa mcm tu
Quote Buritan 8-4-2021 10:12 AM
taikor: Paling kaya pak uban sarawak



Alif sokeri.. vida.. sajat tadakkkaaa... depa tuu kayoo ok
Quote Simunggu 8-4-2021 11:15 AM
Batman mana???
Quote shida81 8-4-2021 11:21 AM
Tmj x kaye ker
Quote naina 8-4-2021 11:23 AM
Laa..Neelofa dan keluarga tak tersenarai ke
Quote ninnamina 8-4-2021 11:47 AM
Mana mamasab x masuk? 1 agent dia buat sale 1 juta. Dia kan banyak agent.
Quote bungamelurindah 8-4-2021 11:49 AM
ramai je yang kaya rayo lg tp tak declare jeeee
Quote pxlbb 8-4-2021 01:46 PM
Bukan melayu racist diskriminasi sampai anak cina india tak boleh kerja tak boleh masuk uni tak boleh cari makan ka... kohkohkohkohhhkohhh
Quote AyaqMeloSuam 9-4-2021 01:00 AM
Mana org kaya scomed semua ???? Hari2 aku nmpk depa tayam gelang mas sbesaq tali kapai kt fb la.. utube la.. tiktok.. insta.. bermusteng sakan bagai... hummerz semua.. manaa nama depa ? Forbes ni mnipu kita nih...  {:freak

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top