Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Akim Ahmad Teruja Dapat Bersama Search

8-4-2021 02:08 PM| Komen: 3

Penyanyi popular Akim Ahmad mengakui dia memikul tanggungjawab berat apabila dipilih menjadi penyanyi kumpulan rock legenda Search dalam persembahan istimewa Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim di Waronk Avenue, Melaka, Sabtu ini.

Akim, 30, yang juga penyanyi The Majistret berkata, dia gementar dan dalam masa teruja untuk tampil membuat persembahan bersama kumpulan rock pujaan ramai itu.


Foto: IG

"Antara sebab utama terima tawaran ini adalah kerana tanggungjawab. Sudah tentu saya berasa satu penghargaan selain berasa gementar dan teruja untuk pikul tanggungjawab ini.

"Search adalah nama besar dan sudah seperti khazanah negara dalam sejarah industri muzik tanah air. Sumbangan mereka sangat besar dan apabila anggota Search memberikan tugasan ini, ia satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul bersama dengan jenama Search itu sendiri.

"Sebagai orang yang membesar dengan lagu Search, ini adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup. Malah, anggota kumpulan The Majistret juga menyokong saya supaya menerima tawaran Search itu," katanya.



Dalam persembahan bermula jam 9 malam itu, Akim akan bergabung bersama pemain gitar Search iaitu Din dan Kid. Mereka juga disertai pemain dram, Pae yang juga pemuzik undangan Search sejak beberapa tahun lalu dan Galang sebagai pemain bass.

Bagaimanapun, persembahan itu tidak akan disertai pemain bass, Nasir yang terikat dengan komitmen perniagaan barunya.

Nasir hanya akan terbabit dalam persembahan lain yang akan datang.

Dalam pada itu, Akim berharap peminat Search dapat hadir dan memberikan sokongan kerana persembahan itu adalah permulaan kepada persembahan lain yang bakal dijayakan di beberapa lokasi lagi. "Harapan saya agar semua dapat datang. Mungkin bagi mereka yang merindukan bunyi-bunyian gitar daripada abang Din dan Kid, mereka boleh datang ke persembahan ini.



"Ini adalah permulaan kepada persembahan lain sepanjang tahun ini. Mereka ada banyak perancangan lagi. Jadi, kena datang dan memberikan sokongan," katanya.

Tiket dijual pada harga RM100 dan pembeli tiket berpeluang untuk menghadiri sesi ramah mesra Sabtu ini jam 5.30 petang.

Persembahan berdurasi satu jam itu bakal menyaksikan Search X Akim mempersembahkan lagu popular Search.

Selain Melaka, Rockology Malaysian Tour 2021 juga bakal diteruskan di beberapa lokasi lain iaitu Kuala Lumpur pada Jun ini, Perak (Julai), Pulau Pinang (Ogos), Johor Bahru (September) dan lain-lain lokasi yang akan dimaklumkan secara rasmi dalam masa terdekat ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 3
Komen

Previous : Datuk Ramli MS Janji Tak Ganggu Rumah Tangga Anak

Next       : Tak Kisah Jika Ada Pihak Tak Selesa- Tabligh Bawa Perubahan Besar Buat Nabil

Komen Terbaru

Quote Nunie 9-4-2021 09:43 AM
Akim ni dl hensem..skrg makin selebehhh..rock x semestinya kena selekeh..selebet..cuba buat rock imej bersihhhh..kang lama2 jd mcm Sam laki si tilla..kepam ya amattt

Lain-lain Komen

Quote auntyonion 8-4-2021 02:24 PM
wow {:teatime
Quote piao 8-4-2021 08:59 PM
dah ada

https://mforum1.cari.com.my/foru ... =1245958&extra=
Quote Nunie 9-4-2021 09:43 AM
Akim ni dl hensem..skrg makin selebehhh..rock x semestinya kena selekeh..selebet..cuba buat rock imej bersihhhh..kang lama2 jd mcm Sam laki si tilla..kepam ya amattt

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top