Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Cepat Kurus Lepas Bersalin, Scha Alyahya Fokus Pemakanan Sihat

8-4-2021 02:41 PM| Komen: 14

 Pelakon popular Scha Alyahya tidak terlalu memikirkan soal berat badan selepas melahirkan anak kedua pada 12 Februari lalu.

Scha, 38, atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya berkata, dia lebih mengutamakan pemakanan yang sihat selepas tamat tempoh berpantang.


Foto: IG

"Mungkin sebab saya tinggi, jadi orang nampak kurus, tapi sebenarnya bahagian seperti perut nampak lagi. "Apabila ramai bertanya saya di Instagram dan mesej peribadi (DM) adakah saya sudah dapat berat badan asal dan macam mana saya buat, bagi saya ia bukan keutamaan. Yang penting saya sihat.

"Saya ada bertanya dengan doktor dan dia cakap apa yang penting sekali adalah pemakanan selepas habis berpantang. Apatah lagi saya menyusukan anak. Itu yang kena utamakan," katanya kepada Harian Metro.




Dalam masa sama, Scha yang ditemui pada majlis The Rising Star of Meeracle turut berkongsi dia sudah mendapat berat badan ideal.

"Alhamdulillah, saya sudah mendapat berat yang dulu. Mungkin sebab saya menyusukan anak. Alhamdulillah, rezeki Lyla pun banyak. Jadi, fokus saya adalah kesihatan dahulu. Nanti kalau nak fikirkan berat, itu belakang kira," katanya.





Scha yang berkahwin dengan pengacara popular, Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 7, dan Lyla Amina yang kini berusia 43 hari. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 14
Komen

Previous : "Tak Boleh Nyanyi Live, Pergi Cari Kerja Lain,"-Ajai Sanggup Tolak Walau Ditawar Jutaan Ringgit

Next       : Ziana Zain Takut Baca Komen Fitnah, Lain Macam Cara Orang Sekarang Kritik Artis

Komen Terbaru

Quote fadz84 11-4-2021 08:30 PM
Scha ni masih blh dianggap pelakon ke? Cite apa last dia berlakon? Dh more kepada sosialite & model iklan dh dia ni..

Lain-lain Komen

Quote monsterwife 8-4-2021 08:09 AM
Menguap skala 8 tengok ppuan ni?
Quote Suchi 8-4-2021 08:10 AM
Dia nampak berseri2 sangat lepas beranak sbb pipi dia nampak penuh.
Ada satu gambar dia peluk baby tu suka tengok,jgn cengkung sangat scha sbb bila pipi pau nampak lagi cun.
Quote NazRysha 8-4-2021 10:22 AM
dia ni gigih nak kurus konon maiantain la anak 2 badan kurus
padahal mcm papan jer aku tgk
Quote piao 8-4-2021 10:46 AM
jeng jeng jeng
Quote Incanto 8-4-2021 10:55 AM
huntung lah

jeles tgk badan mcm scha

tapi masa peknen pun badan dia tak naik sangat
Quote shark_eow7 8-4-2021 02:59 PM
suka tengok style fesyen dia.
Quote apedehal 8-4-2021 03:01 PM
Betul la muka iras dayana roza tu kat sni...awat tgk material baju scha mcm alas meja ...kreatif2 designer skang..habis kain langsir kain alas meja dibuatnya baju
Quote Kurex 8-4-2021 04:36 PM
Cerita2 ni sesuai dibuka dekat benang gaya hidup, fokus cari, pemakanan sihat, gaya hidup.. bodoh jugak ye repot ni tak tau apa tu gosip. Paling hina bila repot ni ada supamod yg jaga. Tak boleh diusik langsung. Ada apa2 ke es-hen jizklongklong dgn repot? Ada dating2 dalam diam ke? Ke ada hulur duit lepas ciktot? Ke duit bawah meja? Ni baru gosip ngok... Supamod & repot, 2 × 5, 5 x b*bi
Quote Meiizu 8-4-2021 10:54 PM
Edited by Meiizu at 8-4-2021 10:57 PM
NazRysha replied at 8-4-2021 10:22 AM
dia ni gigih nak kurus konon maiantain la anak 2 badan kurus
padahal mcm papan jer aku tgk

rasa dia ni kurus gifted...kawan aku papan cam scha ni lah..
Elok 3bln besalin ko tgok dia mcm sebelum pregnant.Takdenya diorang jaga makan
Diorang makan mcm biasa mcm kita2 je..takdelah berlebih melantak tapi  takdelah strict jaga makan

Quote Nham22 8-4-2021 10:55 PM
Bapak die kuruskan... Tp omaknye berisi amatt
Quote Qatrunnadaain 9-4-2021 02:49 AM
Scha is so yesteryear. Bosan nya. Literally mmg sangat membosankan setakat cerita bgtau dah kurus lepas bersalin mcm ni..
Quote mawardia 9-4-2021 06:24 PM
Adoiyai, dia ni penah gemuk ke? Netz pon.
Quote Lylyna 11-4-2021 08:24 PM
Mmg scha dari dlu kurus. Prgnant pun naik sikit je tkdelah membelon mcm datin almy tu
Quote fadz84 11-4-2021 08:30 PM
Scha ni masih blh dianggap pelakon ke? Cite apa last dia berlakon? Dh more kepada sosialite & model iklan dh dia ni..

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top