Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Aina Abdul Mula Besar Kepala?

8-4-2021 04:43 PM| Komen: 9

2020 disifatkan tahun bertuah buat penyanyi lagu Sumpah, Aina Abdul.

Banyak kejayaan yang diraih seperti juara Vokal Mania dan The Masked Singer, tahun lalu meletakkan kerjaya penyanyi kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu di puncak kegemilangan.

Namun, selepas dinobat gelaran naib juara menerusi lagu Semalam pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, timbul desas desus mengatakan Aina mula besar kepala.



Kononnya, Aina melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila membawa 25 rombongan ke malam kemuncak anugerah berprestij berkenaan.

Tidak cukup itu, Aina dan pasukan dikatakan turut mengarah jurukamera merakamkan sudut sesuai untuk dirinya ketika membuat persembahan.

Bertemu Aina pada majlis perlantikannya sebagai wajah kempen produk penjagaan wajah Truskin, Aina menafikan membelakangkan tenaga produksi AJL35.

Foto: IG

Sebaliknya, setiap keputusan yang dilakukan mendapat persetujuan produksi TV3 terlebih dahulu.

"Saya hanya mahu memberikan persembahan yang terbaik. Bukan untuk diri sendiri, tetapi keseluruhan pasukan yang bertungkus lumus pada malam kemuncak AJL35. Ini kerana saya lebih selesa membawa kru sendiri setiap kali mengadakan persembahan.

"Sejak bertanding dalam program realiti, Vokal Mania, saya sudah terbiasa membawa rombongan sendiri. Malah, TV3 sudah memahami cara kerja saya dan sangat positif.

"Bagaimanapun, apa sahaja keputusan yang dibuat, tentulah mendapat persetujuan penerbit terlebih dahulu. Alasan saya membawa kru yang ramai kerana banyak perkara perlu diuruskan sewaktu di pentas yang membabitkan, pakaian, lampu dan penari," katanya kepada BH Online.



Jelas Aina lagi, dia tidak akan sesekali meletakkan kerjaya seninya di ambang 'bahaya' dengan bersikap besar kepala. Apatah lagi, dia sudah menganggap anugerah berprestij itu sebagai lubuk rezekinya.

Namun, seandainya ada yang menuduhnya sombong, Aina berkata, dia hanyalah manusia biasa.

"Selalunya kali pertama berjumpa, orang akan menganggap saya sombong. Saya akui, tidak banyak cakap, tetapi selepas mengenali saya barulah mereka tahu saya boleh dibuat kawan," kata Aina.


Selain itu, Aina berkata, dia tidak suka melayan komen negatif mengenai corak persembahannya. Bukan tidak boleh menerima teguran, sebaliknya penyanyi berusia 28 tahun itu hanya mahukan ketenangan.

"Perkara ini akan mengekori saya sampai bila-bila. Tidak kisahlah bagaimana cara saya menyanyi pasti ada sahaja komen negatif.

"Cuma, saya lebih gemar tidak membaca komen negatif. Saya boleh jadi gila sekiranya melayan komen sedemikian.

"Mujur saya ada pasukan sentiasa mengingatkan saya supaya terus bekerja. Mereka tidak menekan, tetapi kami melakukannya dengan cara yang seronok, jadi ia mampu mengalihkan perhatian saya daripada memikirkan perkara negatif," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Previous : "Nak Jual Tali Leher Dan Tali Jam Muslim Friendly Lah," - Harith Iskandar

Next       : "Rentas Negeri Diperketatkan Bukan Salah Kami,"-Risteena Dan Isa

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 10-4-2021 01:03 PM
Nora no 2

Lain-lain Komen

Quote Perawankota 8-4-2021 05:32 PM
X pernah jumpa.. So tak tau lah mmg sombong ke tak
Quote Perawankota 8-4-2021 05:32 PM
X pernah jumpa.. So tak tau lah mmg sombong ke tak
Quote lavendernovella 8-4-2021 06:26 PM
Dia ada bakat tapi sora langsung tak memorable, pada iol lah.
Quote MakcikLaksa 8-4-2021 06:36 PM
Kalau nak banding suara dia dengan ernie, acik suka jeritan style ernie lg. Lebih enak didengar di telinga. Kalau aina ni dok tarik2 suara ya allah berdesing rasa telinga acik terus nk tutup tv haha suara dia ni mcm tinggi yang bingit.. Bagi acik la..
Quote dua_chzy 8-4-2021 07:55 PM
MakcikLaksa: Kalau nak banding suara dia dengan ernie, acik suka jeritan style ernie lg. Lebih enak didengar di telinga. Kalau aina ni dok tarik2 suara ya allah be ...
Mana lagik desing? Sheol ka Jaclyn Victor?
Quote swimswim 8-4-2021 10:50 PM
Suara sedap tapi lagu dia susah nk bwk dkt karok.. Mmg aku tak pilih la hahhaha
Quote LadyCarefree 8-4-2021 10:58 PM
Hebat. Bawa kru segala sendiri. Penyanyi bernombol pon gini ke?
Quote Nana_Man 9-4-2021 06:59 AM
Suara dia ni mcm “too garang”.. prefer suara ernie.
Quote ReginaGeorge 10-4-2021 01:03 PM
Nora no 2

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top