Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Ikmal Amry Minta Maaf Upload Gambar Bercuti Di Langkawi

9-4-2021 08:58 AM| Komen: 51

Pelakon, Ikmal Amry memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar percutiannya bersama isteri, Najla Shamsul di Langkawi yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen, baru-baru ini.

Ikmal menerusi Instagram Story berkata, dia tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika bercuti di sana seperti mana yang didakwa netizen.


Foto: IG

"Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab hantaran saya itu ada mengguris hati netizen. Di sini, saya nak tekankan bahawa saya bercuti tanpa melanggar SOP," katanya.

Ikmal berkata, dia menetap di Negeri Sembilan yang kini di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan dia ke Kedah yang juga di bawah PKPP di mana ia memang dibenarkan.

"Kami mengikut SOP dengan menggunakan agensi pelancongan berdaftar seperti mana yang ditetapkan dan bukan menaiki kenderaan sendiri," katanya. 



Dalam hantaran sama, Ikmal juga memohon maaf kerana tidak menjaga sensitiviti dengan memuat naik beberapa hantaran mengenai percutiannya.

"Di situ, saya tak melanggar SOP cuma kesalahan saya adalah memuat naik gambar dalam masa yang tidak sesuai. Saya sebagai manusia biasa yang apabila dalam keadaan gembira mahu menyimpan kenangan di Instagram. Jadi, saya minta maaf sangat-sangat," katanya.




Menurutnya, selepas ini dia akan berfikir dengan lebih mendalam sebelum melakukan sesuatu tindakan. Ikmal sebelum ini memuat naik beberapa gambar dan video percutian di sebuah pulau. Tindakannya itu mengundang kemarahan netizen yang mendakwa dia melanggar SOP dengan melakukan perjalanan merentas negeri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 51
Komen

Previous : "Nak Jual Tali Leher Dan Tali Jam Muslim Friendly Lah," - Harith Iskandar

Next       : Syatilla Melvin Nak Sambung Pembinaan Masjid Yang Terbengkalai

Komen Terbaru

Quote irvene 15-4-2021 07:44 PM
msdummy.2018 replied at 9-4-2021 09:40 AM
Baiklah..anda terselamat...tp once kami tau anda tidak mengikut travel agency, hang siap noooo

hahaha lawak la hang

Lain-lain Komen

Quote September14 9-4-2021 09:07 AM
Taste la mamat ni...
Quote Normabaru 9-4-2021 09:22 AM
Nk siimpan pon butang hide kan ada.. Hishh
Quote adeqbun 9-4-2021 09:23 AM
aik..tak terasa pon..tibe2 nak mntak maaf..lantak ko la dik..
Quote slyfynx 9-4-2021 09:24 AM
Byk lagi platform leh simpan eh.
Mmg nk menunjuk la.
But then kalau ikut agensi, nk buat cemane.
Mende dibolehkan.
Tp....
Ntah la.
Quote babynina30 9-4-2021 09:29 AM
Whoryus dikau neh
Quote sleepandream 9-4-2021 09:34 AM
putihnya kulit heols dah sama tone dgn wife
Quote msdummy.2018 9-4-2021 09:40 AM
Baiklah..anda terselamat...tp once kami tau anda tidak mengikut travel agency, hang siap noooo
Quote Denco 9-4-2021 09:50 AM
dia buat statement sbb byk sgt komen2 bodoh dlm ig dia tu
sah2 la dia x salah

baguslah pegi..ransang ekonomi kat langkawi tu dr sendu lagi2 x langgar sop pun
Quote Dodod 9-4-2021 10:00 AM
sekarang ni bercuti wajibun bagitau sesiap kat gambar tu guna agensi.. xde la kena buat keja 2x nk post psl maaf pulak. kikiki. netizen skrg beri de sensitip u noe
Quote mdhelmi 9-4-2021 10:06 AM
alamak adik membe den
Quote suweet 9-4-2021 10:08 AM
Mamat ni ikut saluran yg betul pun minta maaf.
Yang rentas PKPB - PKPP pulak buat dunno, bagi jawapan arrogant LOL
Quote hazzy0304 9-4-2021 10:23 AM
suweet replied at 9-4-2021 10:08 AM
Mamat ni ikut saluran yg betul pun minta maaf.
Yang rentas PKPB - PKPP pulak buat dunno, bagi jawap ...

tula pasal .. dh la rambut style .. haluihhh ja ..
Quote hazzy0304 9-4-2021 10:24 AM

kalau yang hat jantan, kim salam noooo
Quote MissVixen 9-4-2021 10:26 AM
Dia pun duduk negeri pkpp. Ikut pulak agensi.. tapi sanggup merendah diri dan minta maaf. Beza betul ego dan adab manusia yang urban dan liberal dengan ummah pakai purdah dan ketayap ni. Buat malu orang Islam je.
Quote mdhelmi 9-4-2021 10:27 AM
hazzy0304 replied at 9-4-2021 10:24 AM
kalau yang hat jantan, kim salam noooo

haah yg jantan
nk kim salam mungkin x sampai
repot kat abg dia jela
Quote bondeh 9-4-2021 11:09 AM
G mampos lah ko bercuti time cobid2 nih
Quote hazzy0304 9-4-2021 11:35 AM
mdhelmi replied at 9-4-2021 10:27 AM
haah yg jantan
nk kim salam mungkin x sampai
repot kat abg dia jela

hahaha pun boleh ...


Quote gideoncross 9-4-2021 12:13 PM
bondeh replied at 9-4-2021 11:09 AM
G mampos lah ko bercuti time cobid2 nih

Yg ni btul, lpas psl artis je. Klau bukn artis, jgn hrp nak lpas sng2. David Beckham se-family pun kna kecam oleh ummah UK sbb sng2 dpt prgi ke luar negara time2 pandemic ni & bru2 ni dorg jetted to Caribbean Island sng2.
Quote newme11 9-4-2021 12:44 PM
ok la...dia p honeymood ikut SOP

Lihat semua komen(51)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top