Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

“Bapak, Ada Jurus Antitusuk Ke?,” Banyak Kali Cuba, Tular Jarum Tak ‘Tembus’ Kulit Warga Emas

13-4-2021 12:09 AM Komen: 3




Ketika ini, kebanyakan negara sudah menjalankan program vaksinasi COVID-19 termasuk di Indonesia.

Sehingga 4 April yang lalu, Indonesia telah merekodkan sebanyak 12.7 juta vaksinasi di seluruh negara, lapor Detik Health.

Dalam pada itu, ada insiden yang tak terjangka berlaku ketika seorang warga emas disuntik vaksin itu, jarum suntikan dipercayai tidak menembusi kulitnya.

Menurut Suara Jogja, rakaman video yang memaparkan kejadian itu telah tular di media sosial.

Dalam video itu, lelaki bertopi hitam itu duduk dengan lengan baju tangan kanannya disingsingkan.

Seorang petugas kesihatan wanita juga dilihat memasukkan jarum suntikan ke lengan kanan lelaki itu tetapi usahanya tidak berjaya.

Jarum itu sukar untuk dimasukkan kerana mungkin kulitnya yang terlalu tebal.

“Pakcik ada jurus antitusuk ke?,” seloroh petugas kesihatan wanita itu.

Sementara itu, ada netizen mengatakan bahawa vaksin itu sukar untuk disuntik kerana keadaan yang biasanya dialami orang yang berusia 50 tahun ke atas.

Tidak kurang juga, ada yang mengesyaki bahawa itu kerana masalah scleroderma.

Bagi yang tak tahu, scleroderma adalah penyakit berpanjangan yang menyerang kulit, tisu pengubung dan organ dalaman.

Ia berlaku apabila sistem imun menyebabkan badan menghasilkan terlalu banyak kolagen protein iaitu bahagian penting dari kulit anda, lapor WebMd.

Kesannya, kulit akan menjadi tebal dan tegang. Parut juga boleh terbentuk di paru-paru dan buah pinggang anda. Salur darah juga boleh menebal dan tidak lagi mampu berkerja dengan baik seperti yang sepatutnya.

Keadaan ini seterusnya boleh merosakkan tisu badan selain penghidap berisiko menghidapi penyakit darah tinggi.


Ia juga bukan penyakit berjangkit. Bermakna seseorang individu tidak boleh dijangkiti atau menjangkiti orang lain. Menurut WebMd lagi, tiada ubat untuk penyakit ini setakat ini, namun rawatan dari pihak hospital boleh membantu meredakan simptom-simptom dialami.




Sumber: Suara Jogja/SK

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote anony-mous 14-4-2021 03:42 AM
Mula2 baca pasal scolederma (xreti eja) tu mcm best jah kulit tegang n tebal sbb terlebih collagen. Collagen kan boleh buat nampak muda. Lepas tu dgn buah pinggang skali dia attack trus rasa ngeri nk ambik2 collagen

Lain-lain Komen

Quote rastaf 13-4-2021 12:29 AM
bapak ni kerja kampung kuat ni. kulit dah liat
Quote Artemesiaa 13-4-2021 01:17 PM
Pakai ilmu kebal ke tak lut dek jarum nampaknya
Quote anony-mous 14-4-2021 03:42 AM
Mula2 baca pasal scolederma (xreti eja) tu mcm best jah kulit tegang n tebal sbb terlebih collagen. Collagen kan boleh buat nampak muda. Lepas tu dgn buah pinggang skali dia attack trus rasa ngeri nk ambik2 collagen

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top