Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Selena Gomez di konsert vaksin

15-4-2021 08:02 AM|piao| Komen: 3




Selena Gomez


Los Angeles: Penyanyi Selena Gomez menjalin kerjasama dengan festival muzik Global Citizen untuk mengadakan konsert berjudul Vax Live: The Concert to Reunite the World pada 8 Mei ini.

Konsert yang diadakan bagi memberi inspirasi serta keyakinan kepada masyarakat seluruh dunia selain membantu mereka supaya mendapatkan vaksin Covid-19 itu turut disertai penyanyi popular seperti Jennifer Lopez, Foo Fighters, J Balvin dan Eddie Vedder.

"Saya sangat teruja untuk menjayakan konsert ini. Ia bakal melakar sejarah baru untuk mendorong masyarakat di seluruh dunia untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 apabila sudah tersedia.

"Setiap individu perlu memastikan pemimpin mereka berkongsi dos vaksin dengan adil. Saya sudah tak sabar untuk hiburkan anda semua dengan konsert yang cukup menakjubkan. Ia bakal menjadi sebahagian acara penting," katanya.

Konsert yang bakal diadakan secara langsung di stesen televisyen ABC dan CBS turut boleh distrim di saluran YouTube dan stesen radio iHeartMedia.

Sumber : https://www.hmetro.com.my


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 3
Komen

Previous : Dua Kali Tukar Agama, Marcell Kini Peluk Islam

Next       : ‘Harta’ peninggalan DMX si rapper unggul

Komen Terbaru

Quote tuttt 15-4-2021 10:43 AM
Nyanyi live ke beliau

Lain-lain Komen

Quote AbukRokok 14-4-2021 07:14 PM
nak vaksin pun siap konsert punyalah
Quote buapakperut 15-4-2021 09:49 AM
mungkin perlu konsert mosus untuk malaysia,kot2 antivaks nak tukar pikiran
Quote tuttt 15-4-2021 10:43 AM
Nyanyi live ke beliau

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top