Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Amylea Tak Gerun Dengan Netizen Bila Tanggal Tudung Lepas Ramadan Nanti

16-4-2021 05:30 AM| Komen: 44

Tiba bulan Ramadan pastinya ramai yang mengejar ganjaran serta mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk memanfaatkannya ke arah kebaikan.

Tidak terkecuali penyanyi dan komposer Amylea Azizan, 35, yang berniat untuk bertudung sepanjang Ramadan demi menghormati bulan suci ini.


Kredit foto: IG Amylea

Bukan sahaja terdapat perubahan dari segi luaran dirinya, Amylea berkata, dia ingin memperkuatkan dalamannya sebagai seorang Muslimah.

"Tahun ini memang saya berniat untuk pakai tudung demi menghormati bulan Ramadan. Keluar bazar pun saya akan bertudung.

"Pada pendapat peribadi saya, pakai tudung ini sangat besar tanggungjawabnya dan saya meletakkan perkara itu di tingkat tertinggi.

"Saya belum mampu nak pakai tudung sepenuhnya sebab saya tahu pemakaian saya masih belum sempurna. Bagi saya adalah lebih baik saya betulkan dalaman saya dahulu kerana itu yang lebih penting," katanya ketika dihubungi mStar.



Ketika ditanya tidakkah dia 'gerun' dengan komen pedas netizen yang akan mengecamnya kerana kembali menanggalkan tudung selepas Ramadan, Amylea mempunyai pendapatnya tersendiri berhubung perkara tersebut.

"Kalau mereka (netizen) mengata saya macam itu, itu sebenarnya adalah ujian buat mereka.

"Bila mereka kata-kata macam itu, itu yang membuatkan kadang-kadang ada orang takut nak buat perkara baik macam ini.

"Dari perbuatan mereka itu telah menyekat seseorang itu untuk melakukan kebaikan, bagi saya senang sahaja... kalau tiada benda baik nak tulis, baik jangan tulis apa-apa," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, penyanyi lagu Kendati ini bakal tampil dengan dua lagu raya baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Bulan Ramadan ini selain saya rebut peluang untuk beribadah, kerja seni pun tidak dilupakan.

"Saya akan keluar dengan single raya bersama penyanyi di bawah label Seventeen Eleven Music serta lagu raya sendiri," katanya.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 44
Komen

Previous : Dapat Tawaran Tapi Hati Ramlah Ram Belum Terbuka Nak Sertai Gegar Vaganza

Next       : "Seram Ya Bila Dia Mula Gelak" - Shanell Harun Cuak Staf Dirasuk

Komen Terbaru

Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:27 PM
Takyah cakap byk pls..

Lain-lain Komen

Quote songhara1226 16-4-2021 05:45 AM
Maaf dek, akak kenal amyza tu je, uolls iolls x kenal lah , apa2 pon selamat berpuasa dek amylea
Quote Belibis 16-4-2021 05:45 AM
Apa apala nakkkk..dosa pahala tanggungan sendiri.bukan kami yang nak menjawab pun.
Quote seri_melati 16-4-2021 05:45 AM
Hohoiii amylea..gerun ngan kami watpe..gerun la dengan Allah, kalau kami xtulis apa2pun, malaikat tetap akan menulis..ok done nasihat
Quote Thunderclouds 16-4-2021 05:48 AM
Xpe. Slow2. Insyaallah.
Quote kivio 16-4-2021 06:04 AM
LOL buatpe nak gerun dengan netizen. Fans pun ada 5 orang aje.
Tudung tu suruhan Allah bukan suruhan netizen.
Quote ashcroft86 16-4-2021 06:07 AM
Yess, slow2. Yang penting pengakhiran tu. Acik2 tudung kepam pon belum tentu syurga tau. Tudung kepam, mulut hangsuang, pon belum tentu syurga khuennn.
Quote annadonna 16-4-2021 06:09 AM
Betullah tu. Bertudung pun kalau mengumpat je kat forum cari tiap hari tak berguna jugak
Quote enot_sibudak 16-4-2021 06:11 AM
dik, tudung wajib.. dalam tu kalau kau perangai hati busuk tu part lain plk.. dia bkb pakej.. tudung jer perangai baik.. oh tidak tu dalam drama pkl 7 jer... hahahah
Quote makadek 16-4-2021 06:11 AM
annadonna replied at 16-4-2021 06:09 AM
Betullah tu. Bertudung pun kalau mengumpat je kat forum cari tiap hari tak berguna jugak

Hobi tk pe bg la maleykat kerja sikit
Quote makadek 16-4-2021 06:12 AM
Dia ni aku ada soft spot sikit ...wlpn rupa dia mcm bini popai tp tp dia nyanyi best2
Quote TerataiMelur02 16-4-2021 06:25 AM
Baru la nampak semenggah sikit bertudung
Quote harisbee 16-4-2021 06:30 AM
annadonna replied at 16-4-2021 06:09 AM
Betullah tu. Bertudung pun kalau mengumpat je kat forum cari tiap hari tak berguna jugak

lagi x berguna dah la x bertudung...mengumpat pulak...
Quote salmon-suki 16-4-2021 08:17 AM
Kemain putih dlm pic tu..tgk rupa sebenar...hmmmm..tlg laa,proud of ur appearance laa..xputih pn xpe,asal pndai bergaya haa..ai lg suka tgk org tu embrace their own original beauty..maybe sbb aiolzs xsuka benda2 norm ni?suka deviate drpd society pny preference{:smile
Quote Prickford 16-4-2021 08:46 AM
Pakai je la tudung terus dik. Lg pon dahi kau jendul dik, elok bertutup dgn tudung tu
Quote September14 16-4-2021 08:50 AM
Pkai tudung tu btul2 la dik xyh nk tnjuk sgt subang tu......
Quote Moyangkucing 16-4-2021 08:51 AM
Dengan Allah pun tak rasa gerun berdosa, takkan dengan netizen nak gerun pulak, kan dik? Apa pun tahniah la sebab tak gerun....
Quote isbritneybich 16-4-2021 08:56 AM
yang bertudung hafal doa segala bagai pun last2 bogel dalam besen, so tak payah nak justify pakai tudung la, pakai sebulan la, etc. nak buat, buat. tanak buat sudah, kau yang kena himpit kat liang lahad nanti kan bukan aku
Quote bakingsoda 16-4-2021 09:38 AM
gerun dgn Tuhan la bodoh
Quote jalfa 16-4-2021 09:58 AM
Its ok dek...pakai tudung x pe..jgn berkemban dlm besen merah..lagu kendati dek amylea best...buat lagu best best lagi yach.semoga jumpa jodoh tahun ni ya dekkk.

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top