Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Seram Ya Bila Dia Mula Gelak" - Shanell Harun Cuak Staf Dirasuk

16-4-2021 07:43 AM| Komen: 30

Pereka fesyen terkenal, Shanell Harun berkongsi pengalaman yang mencemaskan apabila salah seorang kakitangannya telah dirasuk makhluk halus.


Kredit foto: IG Shanell

Berkongsi kejadian misteri itu menerusi video di laman Instagram, menurut Shanell kejadian tersebut terjadi selepas mereka pulang daripada menunaikan solat terawih. Menafikan hanya ingin mencari publisiti, kongsi Shanell dia berasa tergamam kerana kejadian tersebut terjadi di hadapan matanya sendiri.

“Nell terpaksa cancel beberapa appointment lepas buka puasa tadi akibat kejadian ni. Bukan untuk mencari publisiti, tapi ni la kejadian sebenar di butik. Selalu tengok dalam tv tapi hari ni jadi depan mata. speehcless!

“Nell bukak puasa dgn staff-staff di @dapoqschombi. lepas dah settle dorang balik butik untuk solat dan sambung keje. Then one of my staff called dan bagitahu assistant designer Nell dah start berperangai pelik. 

"Berlari Nell ke butik. Sampai di sana Nell tengok my staff dah kejung, mata ke atas. Nell ingat dia hypo (maklumlah ada pengalaman jaga mak Nell) rupanya tidak,” tulisnya.


Kredit foto: IG Shanell

Menurut Shanell yang juga pemilik restoran Dapoq Schombi, memandangkan staff yang dirasuk itu mula berkelakuan aneh, kakitangangannya segera mendapatkan bantuan seorang ustaz yang berada berhampiran untuk memulihkan keadaan.

Menceritakan semula pengalaman menyeramkan itu, kata Shanell dia terpaksa mendapatkan bantuan daripada ustaz apabila kakitangannya itu mula berperangai lebih pelik.

“Seram ye bila dia start menyeringai dan gelak-gelak. dalam hati nell, ni dah bukan dia ni. Berlari la staff ke sekolah tahfiz belakang butik panggilkan ustaz. Basib baik time tu dah lepas terawih. Rezeki kami ada ustaz yang datang membantu. Alhamdulillah semuanya okay.

“Bulan-bulan puasa pun ada makhluk Allah cuba mengganggu. Kot ye pun datanglah tolong jahit manik ke, tampal diamond ke ye dok? Suke tau main usik-usik gini. ishhh! get well soon wan,” kongsinya lagi.


Kredit foto: IG Shanell/Gempak

Rata-rata pengikut pereka fesyen ini berasa terkejut dan serta simpati kerana tidak menolak kejadian seumpama itu berkemungkinan punca daripda pihak yang tidak berpuas hati dengan Shanell mahupun kakitangannya.


Sumber: Murai

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 30
Komen

Previous : Amylea Tak Gerun Dengan Netizen Bila Tanggal Tudung Lepas Ramadan Nanti

Next       : BFF Dengan Da'i Syed, Ryan Deedat Dituduh Tumpang Glamour

Komen Terbaru

Quote BicaraHatiku 16-4-2021 03:26 PM
Straya replied at 16-4-2021 12:37 PM
Sepupu aku punya experience lagi seram.Lepas sahur dia nampak sekor lipas & dia bantai bunuh lipas t ...

Chuols kena pikir mcm ni. Manusia yg islam pun ada jahat/nakal kan...sama la mcm makhul lain walaupun Islam tpi....

Lain-lain Komen

Quote songhara1226 16-4-2021 08:10 AM
Dulu waktu kecik iolls slalu ingat bulan pose ni mna ada hntu, smpi lah I sek Men, sorg budak ni kena rasuk waktu ramadhan kat sekolah, jadi Iolls ingt dia propa je sebab mna ada syaitan kan, rupanya yg diikat tu setan, yg merasuk tu Jin dan yang manis itu kamuu, tiberr
Quote Kurex 16-4-2021 08:21 AM
Ohhh begitu
Quote salmon-suki 16-4-2021 08:23 AM
songhara1226: Dulu waktu kecik iolls slalu ingat bulan pose ni mna ada hntu, smpi lah I sek Men, sorg budak ni kena rasuk waktu ramadhan kat sekolah, jadi Iolls ing ...


Samelaa..kemain dgn konfiden xde hantu,berjaga smbil tgk citer hantu ramai2 yee.. rupenyeeee..hahaahha~ {:smile

Baidewei, apart from tnjuk staf dia kena rasuk,dia pn nak promo restoren jgk tuh..choiiii laa..
Quote Straya 16-4-2021 08:27 AM
Sama aku pun ingat mana ada hantu bulan puasa. 1 hari tu,aku rasa malas nak sahur.Lepas mak aku ketuk pintu,aku cakap tak mau sahur & tidur balik.Tak lama lepas tu,ada 1 suara betul2 belah kiri katil aku.Suara tu tanya dengan nada mengada ‘tak sahur ke?’.nak kata lelaki bukan,perempuan bukan macam pondan.Terus aku bukak lampu sampai pagi.
Quote sarah82 16-4-2021 08:28 AM
Dan lagi snap gambar? Mujur la jin tu jerkah.. Muahahahaha...
Quote lasagna 16-4-2021 08:41 AM
ok skrg dah tak bleh ckp setan kena ikat dah di bulan ramadhan.
tetap laahh nk mnganggu umat manusia. kesian bdk tu.
Quote September14 16-4-2021 08:44 AM
Shanel ni retis ke kekdahnya
Quote bored_atticus 16-4-2021 09:19 AM
Teringat satu kes ni, si cucu berubah perangai tetiba... menjadi pemarah dan mengamuk tetiba. Nenek dia bawa la gi berubat, bomoh tu cakap kena sampuk. Tapi mak budak tu, tak puas hati. Dia bawa pegi jumpa doctor. G buat test semua, rupa-rupanya... makan pil. Tak tau la dia makan pil eramin ka apa, yg tau sejenis dadah la.
Bukan nak cakap yg staff dia ni makan pil ya.. bukan. sebab memang ada juga kes betul-betul kena rasuk. cuma, nak pesan kat ibu bapa luar sana...kalau ada kes mcm ni, sebaik-baiknya pergi la jumpa doctor juga
Quote rospinki 16-4-2021 09:27 AM
aku ni walau percaya benda mistik benda halus agak kurang percaya dgn kes2 mcmni.
tak perlulah aku ulaskan sebab kenapa..pendapat aku berdasarkan logik saja..juga ada unsur ghaib namun ia bukan suka2 merasuk badan manusia.

baru2 ni..kawan approach aku utk pergi berubat. katanya aku perlu tau jika ada "benda" dalam badan atau sesuatu yg mengganggu. aku cakap mungkin ada tapi aku malas nk amik port benda ni. aku ckp kalau kita perlukan perlindungan kita sendiri kena sentiasa mengambil langkah yg perlu utk jaga diri dari segi rohani dan jasmani. utk benda2 ghaib ni kita hanya perlu cukupkan amalan dan amalkan Al quran hari2 paling tidak Ayatul kursi dan bismillahillazi 3x subuh dan 3x maghrib. InsyaAllah..tapi dia nk juga aku gi jupe ustad. Malass aku eh..benda takde diada2.  Lagipun..once kau dah engaged ritual camni seperti kita acknowledged kuasa benda halus itu. Wallahuallam.
Quote sarah82 16-4-2021 09:31 AM
lasagna replied at 16-4-2021 08:41 AM
ok skrg dah tak bleh ckp setan kena ikat dah di bulan ramadhan.
tetap laahh nk mnganggu umat manusi ...

Berdasarkan pengalaman tara guna iols dgn makhluk tara guna tu.. Jin x kena ikat bulan posa..
Quote lasagna 16-4-2021 09:58 AM
sarah82 replied at 16-4-2021 09:31 AM
Berdasarkan pengalaman tara guna iols dgn makhluk tara guna tu.. Jin x kena ikat bulan posa..

yesszzaaaa...
Quote LadyCarefree 16-4-2021 10:04 AM
Edited by LadyCarefree at 16-4-2021 09:06 AM

Pelakon dapat duit ke dapat makan free je tolong buat iklan di luar kotak promote restoran?
Dia pos gambar jelas mamat tu untuk derekter memana pertimbangkan demo lakunan ke?
Quote Carcosa 16-4-2021 10:12 AM
bored_atticus: Teringat satu kes ni, si cucu berubah perangai tetiba... menjadi pemarah dan mengamuk tetiba. Nenek dia bawa la gi berubat, bomoh tu cakap kena sampuk ...


Setujuuuu. Berlaku dpn mata meols sendiri yach. Kejung2 mata putih je nampak. Badan keras. Ada yg kelam kabut bukak ayat2 suci Al Quran dkt Phone kuat2. Tak jalan.. Tunggu punya tunggu, huhhh kaki batu rupanya  {:dot Kaki meth. Choi kena rasuk.
Quote BicaraHatiku 16-4-2021 10:17 AM
Straya replied at 16-4-2021 08:27 AM
Sama aku pun ingat mana ada hantu bulan puasa. 1 hari tu,aku rasa malas nak sahur.Lepas mak aku ketu ...

Jin islam ker chuols?

Quote tintin22 16-4-2021 10:19 AM
tidak kenal
Quote TerataiMelur02 16-4-2021 10:25 AM
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3405-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-128-gangguan-makhluk-halus-dalam-bulan-ramadhan


Ada je gangguan makhluk halus ni
Quote RoseMerahJambu 16-4-2021 10:54 AM
kesiannya kalau betul ada pihak tak berpuashati
Quote momopoko 16-4-2021 11:14 AM
Pengalaman i sendiri lepas sahur baring kejap sebab mengantuk. tengah mamai tu nampak kelibat makhluk pendek duk berjalan hujung katil. siap ada bunyi2 pulak tu. terus bangun duduk sebab rasa ada benda pegang lengan.
Quote lavendernovella 16-4-2021 11:48 AM
Alhamdulillah, hensem Shanell skg ni.

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top