Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

BFF Dengan Da'i Syed, Ryan Deedat Dituduh Tumpang Glamour

16-4-2021 10:45 AM| Komen: 31

Gara-gara berkawan baik dengan Da’i Syed, penyanyi Ryan Deedat mengakui turut menerima tempias kontroversi membabitkan pendakwah muda itu.

Menurut Ryan atau nama sebenar Sheikh Eamir Deedat, 29, dia menerima beberapa mesej dan komen daripada netizen di laman sosial yang memintanya tidak lagi menjalinkan persahabatan dengan selebriti itu.

Foto: IG


"Memang ada yang mesej saya bertanya kenapa saya berkawan dengan dia... cerita hal yang bukan-bukan tentang Syed dan sebagainya, tapi saya okay sahaja baca pandangan netizen itu.

"Memandangkan kami agak rapat sejak setahun lalu, jadi sedikit sebanyak memang memberi tempias kepada saya... bagi saya terpulanglah mereka nak komen apa pun sebab masing-masing ada pandangan sendiri.

"Saya rasa kalau mereka peminat saya, mereka lebih tahu keperibadian saya dan macam mana saya layan semua orang. Lagipun hubungan saya dengan Syed rapat kerana urusan kerja dan penghasilan lagu," katanya kepada mStar.



Ryan Deedat ditemui semasa pelancaran single baharu, Kene Sidai nyanyiannya bersama Killa Driz dan Heil Nuan di Bubblebee, The Strand, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Untuk rekod, Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berdepan dengan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu dan kes tersebut masih berjalan di mahkamah sehingga kini.

Meskipun Syed terpalit dengan kontroversi panas, Ryan berkata dia selesa dan senang menjalinkan kerjasama dengan pendakwah bebas itu.

Dalam masa sama, dia turut menafikan dakwaan kononnya menumpang populariti penyanyi lagu Albi Nadak danYa Habib itu.


"Nak cakap saya menumpang populariti itu memang tidaklah... tapi saya akui ada segelintir netizen mula mengikuti saya di media sosial selepas mengetahui saya berkawan dengan Da’i Syed.

"Sebagai sahabat, sudah pasti dia ada berkongsi pengalaman dan perasaannya sebelum ini. Saya hanya mampu berikan sokongan dan kata-kata semangat... hal dalaman yang dilalui saya tak tahu, cuma saya selalu bercakap dengannya benda yang positif.

"Sebenarnya bukan Syed sahaja, saya kerap juga buat live di Instagram berkongsi perkara yang baik dengan pengikut menerusi program Sidai Talk. Kita nak beri semangat untuk semua supaya tak mudah berputus asa selepas diuji dengan pelbagai dugaan," ujarnya.

Bercakap mengenai Kene Sidai, Ryan berkata idea penghasilan lagu ini tercetus selepas pertemuannya dengan penyanyi baharu Heil Nuan.


"Idea lagu ini muncul semasa saya dan Heil berada di studio dan kami ambil keputusan untuk buat lagu ini berlandaskan pengalaman sendiri dan rakan-rakan.

"Dalam kehidupan ini pasti kita ada rasa tak puas hati apabila terpaksa membuang masa untuk sesuatu perkara. Alhamdulillah sambutan pendengar semuanya baik-baik sahaja dan mereka suka lagu ini," katanya.


Kene Sidai merupakan hasil ciptaan Adam Armin, Yusuff Khan dan Heil Nuan, manakala lirik oleh Heil Nuan, Ryan Deedat, Killa Driz dan Adam Armin.

Lagu ini sudah dilancarkan di semua platform digital dan muzik video (MV) boleh ditonton di laman YouTube Indigital Music. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 31
Komen

Previous : "Seram Ya Bila Dia Mula Gelak" - Shanell Harun Cuak Staf Dirasuk

Next       : "Tak Rasa Pening Atau Demam," -A.Aida Artis Pertama Dapat Vaksin Covid-19

Komen Terbaru

Quote gideoncross 19-4-2021 01:17 AM
ninnamina replied at 16-4-2021 12:20 PM
Cerita kawan artis pun boleh jadi gosip

Bleh tumpang glamer kekdahnya.

Lain-lain Komen

Quote Pujangga22 16-4-2021 10:55 AM
sepa ni
Quote ahlam_nabiha 16-4-2021 10:58 AM
tak kenal..next
Quote tipah89 16-4-2021 11:00 AM
Sapa ni sapa ni sapa ni.
Quote hijau_serindit 16-4-2021 11:11 AM
sape pulak ni?
Quote LadyCarefree 16-4-2021 11:19 AM
Eeeewwwwww cakap macam peminat berjuta
Quote AshkieLa 16-4-2021 11:19 AM
who are yous
Quote husna_amal 16-4-2021 11:32 AM
sekali plot twist bukannya berkawan baik tapi gay partner....
Quote salmon-suki 16-4-2021 11:52 AM
Xkenal pn dia ni .tp pic y dia pakai kot hitam tu tgk mcm vitas plak..hihihi..

Baidewei,albi nadak bkn ke original singer dia org ereb?bukan syedsyit kan?
Quote ciksaenara 16-4-2021 11:53 AM
whooreeeyusss
Quote Brunes 16-4-2021 11:54 AM
eeuuuwwwww whos are yousssss? tengok muka pun dan macam penjilat? famous ker? celebrity ker? yg si dai tu pun famous ker? kalau hanya terkenal kerana kontroversi sorry you alls are lowclassss!!!!
Quote dudaberhias 16-4-2021 11:55 AM
Who are yusssss... Tengok muka pun macam hamster ada hati tak nak mengaku menumpang glamour.
Quote budakmanentah 16-4-2021 12:00 PM
Alaaaaa gelinyaaaaaa
Quote Kurex 16-4-2021 12:04 PM
Kau siapa???????
Quote ninnamina 16-4-2021 12:20 PM
Cerita kawan artis pun boleh jadi gosip
Quote samshik 16-4-2021 12:22 PM
Hakak  impress la ngn muke2 yg x putus asa jual diri..  Tahniah, cuba lagi la dik.. Akak xda rekod ko dlm pangkalan data...
Quote prettyuglybabe 16-4-2021 12:54 PM
whooo rrrrr yusssss?

Quote hazzy0304 16-4-2021 03:20 PM
entah sape2 aje la kau nieyhhhh ...
Quote mawarkhayalan99 16-4-2021 03:54 PM
heyyyy siapakah kauuuuu? who r yusssss dikkkk
Quote kakakgarang 16-4-2021 06:04 PM
sian.. siapa ni? boleh remove la.. ini bukan gosip..

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top