Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Abu Bakar Omar Meninggal Dunia

16-4-2021 12:59 PM| Komen: 89

Pelakon veteran, Abu Bakar Omar, 73, menghembuskan nafas terakhir dipercayai masalah jantung dan hati di Kedah Medical Centre (KMC), jam 9.04 pagi ini.

Anak sulungnya, Mohd Zainuddin Abu Bakar mengesahkan berita pemergian arwah bapanya itu.

Katanya, arwah bapa dibawa ke KMC, malam tadi oleh adiknya selepas kelihatan tidak bermaya ketika berbuka puasa.

Foto: Berita Harian

"Keadaan arwah baik-baik sahaja sebelum dibawa ke hospital. Arwah berpuasa dan kelihatan sihat seperti biasa. Arwah ada menghidap beberapa penyakit, tetapi tidaklah teruk, hanya kolesterol dan masalah usus.

"Bagaimanapun, arwah kelihatan penat dan tidak larat ketika berbuka puasa, malam tadi. Arwah hanya sempat meneguk air sahaja. Melihat keadaan arwah seperti kepenatan, adik bergegas membawanya ke KMC. Melalui pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati jantung dan hati arwah bengkak.

"Pada tengah malam, bapa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan disahkan meninggal dunia, pagi ini. Pemergian arwah cukup mengejutkan buat kami sekeluarga memandangkan arwah masih boleh berbual sewaktu dalam perjalanan ke hospital," katanya kepada BH Online.

Zainuddin berkata, arwah bapanya sudah tiga tahun tinggal bersama ibu dan dua adiknya di Kedah.

Arwah meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata, manakala seorang lagi anaknya meninggal dunia pada usia 13 tahun.

Jenazah Allahyarham Abu Bakar dijangka dikebumikan selepas solat asar di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai, Alor Setar.

Sepanjang kerjayanya, arwah pernah membintangi banyak filem dan drama. Antara filem, Tsu Feh Sofia, Rahsia, Fenomena, Bila Hati Telah Retak, Cinta Kolestrol dan banyak lagi.

Manakala, antara telefilem yang pernah dijayakan termasuklah Gincu Ayah, Al Ikhlas, Tongkat Tok Ali, Wawasan dan Senja Belum Berakhir.

Kemampuan arwah sebagai pelakon tidak mampu disangkal lagi. Arwah pernah meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama), Anugerah Sri Angkasa (ASA) pada 1983 menerusi drama Senja Belum Berakhir bergandingan dengan Uji Rashid; Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio), ASA 1990 (Bukan Kerana Kasih), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin TV3 (ASK) pada 1999 menerusi drama Mata Hati dan Pelakon Lelaki Terbaik, ASK 2012 (telefilem Gincu Ayah). -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 89
Komen

Previous : Masih Menanti Anak Kedua, Mawi Minta Doa Moga Dikurniakan Zuriat

Next       : "Sakit Kalau Tak Bekerja,"-Datuk Rahim Razali

Komen Terbaru

Quote downiey 3-6-2021 06:19 PM
Innalillahhiwainnalillahirojiun Salam takziah

Lain-lain Komen

Quote BarbiePink 16-4-2021 11:47 AM
Quote Brunes 16-4-2021 11:50 AM
inalillahiwainalillahirojiun
Quote 3chanceno 16-4-2021 11:55 AM
Innallilahiwainilaihirrajiun...takziah untuk keluarga..
Quote missbigrockstar 16-4-2021 11:59 AM
Innalillahiwainna ilaihi rojiun.
Perginya pelakon bakat hebat. Arwah kalau berlakon marah mmg menjadi. Boleh rasa kegarangan dia masa tu.
Quote wheniseejuliet 16-4-2021 12:00 PM
innalillahiwainnailaihirojiun. salam takziah
Quote pittjie 16-4-2021 12:03 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Pergi ya seorang pelakon hebat tanahair. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah buat Seluruh keluarga beliau. Al fatehah.
Quote iresju 16-4-2021 12:03 PM
Salam takziah...suke pakcik ni berlakon
Quote zuliana29 16-4-2021 12:04 PM
innalillahiwainnailaihirojiun... salam takziah buat keluarga arwah..
Quote little_sis 16-4-2021 12:05 PM
Innalillahiwainnailaihi rojiun... Takziah, satu kehilangan..
Quote annabellaruz2 16-4-2021 12:08 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Salam takziah buat keluarga arwah..
Al-fatihah (dibaca)
Quote aotearoa 16-4-2021 12:11 PM
Innallilahiwainilaihirrajiun. Semoga ditempatkan dengan para Solihin.
Quote awanysss 16-4-2021 12:14 PM
semoga arwah ditempatkan bersama para solihin..
meninggal hari jumaat, bulan ramadhan..
btw ada sesape tahu arwah sakit apa?
Quote tipah89 16-4-2021 12:16 PM
innalillahiwainnailaihirojiun. Salam Takziah untuk keluarga Allahyarman.
Quote ad_hoc79 16-4-2021 12:16 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
salam takziah buat keluarga
Quote addved 16-4-2021 12:17 PM
Innalillahwainailahirojiun
Quote nazzse 16-4-2021 12:32 PM
Innalilahiwainnailahirojiun..
Antara pelakon bernama Abu Bakar yg sangat menjadi lakonannya
Quote sarah82 16-4-2021 12:32 PM
Innalillah wainna ilaihi rajiun..
Quote Malasnya_ 16-4-2021 12:35 PM
innalillahiwainnailaihirojiun. ..Al-fatihah (dibaca)
Salam takziah utk keluarga

Quote sukacactus 16-4-2021 12:35 PM
Salam takziah utk keluarga arwah
Dari aku kecik tgk arwah berlakon
Yg aku igt arwah mcm pelat ‘R’

Lihat semua komen(89)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top