Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Tahan Lapar 16-18 Jam Sehari Di Sepanyol, Tahun Kesepuluh Soo Wincci Berpuasa

16-4-2021 01:46 PM| Komen: 24

Mengaku tahun ke-10 berpuasa di bulan Ramadan, penyanyi, Dr Soo Wincci terus mencuri perhatian.

Setiap kali berkongsi pengalaman dan ragam berpuasa, Wincci pasti mendapat sokongan dan pujian netizen.

Sedang meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol, Wincci mengakui cabaran berpuasa cukup besar.

Foto: IG

"Ini tahun ketiga saya berpuasa di Sepanyol. Cukup mencabar apatah lagi siangnya lebih panjang.

"Setiap hari saya berpuasa antara 16 hingga 18 jam. Tapi saya tetap gagah melaluinya dan tidak menjadikan alasan untuk meninggalkan puasa.

"Mujur tahun ini cuaca agak bagus kira-kira 20 darjah celsius. Saya juga banyak masa lapang berbanding tahun lalu di mana saya terikat dengan tugasan kerja produksi," katanya.



Akui bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2008, dia tidak terlalu cerewet dalam soal juadah berbuka dan bersahur.

"Saya makan sederhana sahaja. Waktu berbuka saya jamah 'spaghetti' dan sayur pun okay. Sahur pula saya minum kopi dan makan roti.

"Saya suka memasak kerana lebih mudah.. Ikut tekak hendak makan apa. Lagipun, dengan pandemik COVID-19, operasi kedai di sini ditutup seawal jam 6 petang," katanya yang mendiami penempatan untuk pelajar bersama tiga rakan lain.


Penyanyi lagu Terus Teranglah ini mengaku berpuasa banyak mendisiplinkan dirinya.

"Sejak mula berpuasa, saya mendapat banyak nikmat. Ini membuatkan minda saya lebih ringan dan fokus kepada perkara penting.

"Saya berkongsi mengenai amalan puasa kepada pelajar dari seluruh dunia yang bertanya kenapa saya melakukannya. Disiplin berpuasa sangat baik untuk semua, bukan buat orang Islam sahaja," katanya.

Sementara itu, ditanya bila pengajiannya akan berakhir, Wincci belum dapat memberi jawapan.



"Dengan situasi semasa, saya tidak dapat menjangka dengan tepat. Pensyarah ada mencadangkan saya mendapatkan doktor falsafah di dua pusat pengajian berbeza.

"Jadi, saya sedang menimbangkannya dan berusaha mendapatkan visa pelajar. Pihak berkuasa Sepanyol tidak lagi memberi visa kepada artis.


"Bermakna, saya perlu mendapatkan gelaran doktor falsafah jika hendak terus menetap di sini. Dasar kerajaan selepas era pandemik COVID-19 semakin ketat.

"Malah, ramai rakyat China dan Taiwan sudah dihantar pulang," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 24
Komen

Previous : "Sakit Kalau Tak Bekerja,"-Datuk Rahim Razali

Next       : Kini Penyanyi, Didie Alias Nak Hibur Semua Orang

Komen Terbaru

Quote Orkidcina 8-6-2021 11:56 PM
Bagus dia nih

Lain-lain Komen

Quote me12345 16-4-2021 01:49 PM
Banyak duit....
Quote prettyuglybabe 16-4-2021 02:00 PM
banyaknya duit dia dok oversea merata..
Quote doubleA 16-4-2021 02:01 PM
Wow second phd? Satu pun berliku, tapi tak mustahil kalau keinginan tinggi. Good luck dr soo
Quote Tinot7 16-4-2021 02:07 PM
Dia keje sambil blaja ke sumer bayar sendiri?
Quote Beribear 16-4-2021 02:13 PM
Semoga di kurnia hidayah. Rugi je berpuasa tanpa menjadi seorg islam. Harap suatu hari. Ti terbuka pintu hati utk revert to Islam
Quote jaja8 16-4-2021 02:15 PM
lepas dah habis phd dia nak jadi lecturer ke ape...byk betul phd nye.selamat berpuasa la Wincci
Quote Denco 16-4-2021 02:37 PM
moga dgn asbab puasa sheol, moga2 mendapat hidayah Allah masuk islam...
org islam pn ramai je x puasa,sedih
Quote nazzse 16-4-2021 02:45 PM
Masih cantik dia ni..
Lawa dia lagi drp minah lizzy tu
Quote Skuau 16-4-2021 02:46 PM
Beribear replied at 16-4-2021 02:13 PM
Semoga di kurnia hidayah. Rugi je berpuasa tanpa menjadi seorg islam. Harap suatu hari. Ti terbuka p ...

mungkin...mungkin sahaja...dia posa tuk diet dan kesihatan....agaknyalah...
Quote Aikiko 16-4-2021 03:00 PM
Cantik sheols
Inside n out
Quote Belibis 16-4-2021 04:35 PM
Tanpa 2 kalimah syahadah,hanya dapat lapar dan dahaga jer la.
Quote Plain-tif 16-4-2021 04:38 PM
Pretty  {:spot
Quote noor2 16-4-2021 04:50 PM
Orang kurus mmg lawa....
Quote helicornia 16-4-2021 08:35 PM
dia ni apa yg dia cari sebenarnya
Quote gigahertz 17-4-2021 12:18 AM
Beribear: Semoga di kurnia hidayah. Rugi je berpuasa tanpa menjadi seorg islam. Harap suatu hari. Ti terbuka pintu hati utk revert to Islam

eh dia bukan islam
Quote Joysparta 17-4-2021 12:36 AM
Pernah satu flight ngan dia ni..dr beijing ke kl tahun 2015...muka biasa2 je takdak makeup...
Quote pavlovachoc 17-4-2021 12:43 AM
Lama betul dia kt negara org tu ..msti dh ade bf kt sane
Quote pittjie 17-4-2021 12:46 AM
Rajin dia ikut puasa. Walau belum dapat sinar islam di hati. Sedang seorang rakan ofis aku yang dah beberapa tahun  convert (sbb kawin dgn muslim) sedikit pun Tak pernah teringin cuba berpuasa dan solat. Malah masih lg menjamah daging yang haram. Sedih kdg2 tengok dia. Hinggakan mulai Ramadhan ini aku berdoa tiap hbs waktu semoga Allah beri Hidayah pada Kawan aku tu.  Korangkan meh la tolong doakan sama atau aminkan doa aku ni.
Quote susukambingbest 17-4-2021 01:27 AM
Sheol puasa utk ksihatan jer. Org bijak akn tau kbaikan puasa utk tbuh badan. Org Islam dpt 2 prkara dr puasa, pahala n ksihatan. Non muslim akn dpt ksihatan. Reason dia ikut puasa bln ramdhan bkn pd hri2 lain, sbb utama nikmat n disiplin mcm yg dia bgtau kt artikel tu.

Logiknya wlau bkn kt malaysia, dia ttap ada geng ikut brpuasa wlau geng di ig jer. Smngat tu jd lain bla sama2 puasa di bln ramdhan. Bila puasa bln ramdhan jg dia akn disiplin puasa. Klau ari2 lain xde rasa istimewa nk puasa. N disiplin mgkin kelaut (mgkin akn buka puasa klau bkn bln ramadhan). Walaupun xwajib utk sheol brpusa, demi ksihatan sheol buat.

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top