Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Pelakon filem Tamil terkenal, Vivek meninggal dunia

19-4-2021 04:01 PM|piao| Komen: 15




PELAKON Tamil terkenal, Vivek meninggal dunia pada usia 59 tahun.

CHENNAI – Pelakon filem terkenal India Selatan, Vivek dilaporkan meninggal dunia pada pukul 4.35 pagi (waktu tempatan) di pusat perubatan SIMS, di sini akibat serangan jantung.

Menurut laporan Times of India, berita tentang kematian aktor itu disahkan oleh pasukan perubatan di hospital berkenaan.

Berdasarkan laporan yang diterima, Vivek atau nama sebenarnya Vivekanandan, 59, dilaporkan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Conaxin pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan awal, pihak hospital memberitahu bahawa serangan jantung yang dihidapi mendiang tiada kaitan langsung dengan suntikan vaksin yang diterimanya.

Aktor itu dilaporkan menerima suntikan vaksin Covid-19, Covaxin di Tamil Nadu Government Multi Siper Speciality Hospital pada Khamis lalu.

Naib Presiden hospital terbabit, Raju Sivasamy berkata, Vivek dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 11 pagi Jumaat lalu dan menjalani pembedahan angioplasty, iaitu satu prosedur memasukkan alat sten selepas saluran darah di arteri kirinya tersumbat teruk.

Keadaan Vivek bagaimanapun semakin kritikal dan terpaksa bergantung kepada alat sokongan Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO).

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi filem Saamy itu telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terkena serangan jantung.

Doktor terpaksa mengambil masa selama kira-kira satu jam untuk melakukan proses angioplasti.

Dalam dunia hiburan dan perfileman Tamil, Vivek merupakan seorang pelakon komedi terkenal yang sering membintangi beberapa naskhah bersama pelakon-pelakon popular seperti Rajinikanth dan Vikram. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 15
Komen

Previous : Tony Jaa terkenal dengan Muay Thai, Yayan Ruhian pula martabatkan seni silat di mata dunia

Next       : "Buat Yang Rindu Nak Komen, Sila Tahan Selama Sebulan Ya" - Melly Goeslaw

Komen Terbaru

Quote cikatilia 21-4-2021 09:52 AM
dia ni best berlakonnya..

Lain-lain Komen

Quote sarah82 18-4-2021 10:35 AM
Oh.. Aku suka juga dia.. Kelakar bila berlakon.
Quote sarah_ary2 18-4-2021 10:58 AM
Takziah pada keluarga mendiang Vivek best sgt dia berlakon sebab kelakar dia natural sgt
Quote Skuau 18-4-2021 11:44 AM
kebetulan betul...dua sarah kat atas tu sama2 mint kat dia.....
Quote KIM.K 18-4-2021 02:28 PM
India pun deny kaitan vacc dgn serangan jantung
Quote Jitu 18-4-2021 06:31 PM
tak kenal
aku jarang tengok citer2 Tamil ni lagu dia tak sedap pastu action scene pun mcm merapu je
tp citer Rajinikanth layan lah jugak
Quote laradelara 19-4-2021 12:21 AM
Takziah. Dia berlakon mmg best. Smua cter yg ada dia mmg menjadi lah. Kdg2 watak dia lebih menarik dari lead actor. Sbb tu lah dia antara pelakon comedy yg dicari oleh penerbit & pengarah kat sana. Confirm boom lah movie tu.
Quote kucingitam 19-4-2021 10:57 AM
baru baca dia masuk spital, dah meninggal pula.

minat lakonan dia.. super!! antara aku ingat watak dia dalam filem Anniyan. Jadi kawan baik Ambi dlm masa sama polis yang siasat kes pembunuhan.
Quote uori 19-4-2021 12:04 PM
aku suka citer tamil. suka tengok surrounding kampung dorang semua, nampak ringkas je.
rip vivek
Quote Buritan 19-4-2021 06:46 PM
Jitu: tak kenal aku jarang tengok citer2 Tamil ni lagu dia tak sedap pastu action scene pun mcm merapu jetp citer Rajinikanth layan lah jugak


Cite indu lg best dr cite hindustan.. aku tak layan cite imdustan.. cite tamilll beso biji mata aku.. satu lg cite tamilll ni mmg realiti idupp.. kaya disanjung srmikin dihina.. kalo tengok cite indu nii.. yg semekin semekin nii sian akuu tengok.. timbul insaf dlm diri..
Quote Buritan 19-4-2021 06:48 PM
uori: aku suka citer tamil. suka tengok surrounding kampung dorang semua, nampak ringkas je.rip vivek


Yeppp.. hidup mreka simple.. kalo kasta paria tuu nmpk redha jee dgn idup mereka.. wpun dihina tp life must go on
Quote Belibis 19-4-2021 08:10 PM
KIM.K: India pun deny kaitan vacc dgn serangan jantung

Skema jawapan dari WHO kott
Quote Jitu 19-4-2021 10:39 PM
Buritan replied at 19-4-2021 06:46 PM
Cite indu lg best dr cite hindustan.. aku tak layan cite imdustan.. cite tamilll beso biji mata  ...

citer hindustan pun tak minat jgn tanya sapa dia pelakon2 Bollywood sekarang ni mmg tak kenal
tp citer hindustan aku minat lagu2 dia tahun 70an dgn 90an mmg sedap dengar
masa zaman Andy Hakim hindi power kat THR dulu mmg beria kumpul kaset2 dgn vcd hindustan ni
tp tak dinafikan citer2 Tamil dr segi plot agak menarik tp potong stim betul bila dgr lagu
Quote nakkomenjugak 20-4-2021 12:43 AM
RIP vivek..
Quote takayama 20-4-2021 08:50 AM
patutlah semlm kt utube byk psl dia ni, br taw nama dia vivek, dia berlakon mmg lawak dan menjd
takziah utk family vivek
Quote cikatilia 21-4-2021 09:52 AM
dia ni best berlakonnya..

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top