Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Jue Aziz Berjaya Khatam Al-Quran 8 Hari Ramadan, Belum Dapat Tunai Hasrat Ibu Untuk Kahwin

23-4-2021 12:55 PM| Komen: 48

Pelakon Jue Aziz meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada hari kelapan Ramadan tahun ini.

Menurut Jue, dia menghabiskan semua juzuk dalam masa singkat kerana mahu menunaikan permintaan ibunya, Nor Asmah Mohd Nor sempena ulang tahun kelahiran yang ke-69, Ahad ini.

Meskipun teruja dapat memenuhi hasrat ibunya itu, Jue atau nama sebenar Zuliana Abdul Aziz, 37, berkata masih ada satu lagi permintaan yang belum terlaksana iaitu mencari bakal suami.


Foto: IG
"Kejutan ulang tahun kelahiran ibu... Alhamdulillah akhirnya khatam Al-Quran, syukur! Dari hari pertama Ramadan sampailah Selasa (20 April).

"Satu je lagi permintaan mak orang tak dapat tunaikan... jodoh! Tahu mak risau... tapi susah, sakit semua orang seorang pun tak apa asalkan ada mak.

"Kita bercinta berdua jelah mak! Mana tahu esok lusa jodoh orang dijemput ilahi sempatlah orang bermanja selagi mak ada. Andai ini Ramadan terakhir," katanya.

Pelakon filem Hantu Bonceng ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.


Foto: VIA mStar
Dalam linangan air mata dan rasa sebak, Jue berkata dia kuatkan diri menyempurnakan amalan ibadah itu selepas melihat semangat ibunya.

"Bila kita tengok orang tua kita dalam keadaan begitu, tak larat lutut... sakit masih kejar agama, tak sihat pun masih semangat kuat, kenapa kita sihat tak buat amalan.

"Terima kasih sangat mak bagi semangat percaya orang boleh khatam. I love you so much. Berkat doa mak! Ramai yang rindu tak dapat jumpa mak bapa di luar sana, buatlah sesuatu untuk mereka.

"Doakan ya Mak Jue diberikan kesihatan, kuatkan semangatnya... selamat hari jadi mak!" ujarnya.

Foto: VIA mStar

Untuk rekod, Jue berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels pada 9 Mac 2014.

Bagaimanapun pada Januari 2019, Jue memaklumkan dia dan suami sudah bercerai.

Perkahwinan selama empat tahun setengah itu tidak dikurniakan cahaya mata dan hanya memiliki seorang anak angkat bernama Darwish Naufal, 7. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 48
Komen

Previous : Bukan Lagi Pelakon Kayu Fattah Amin Menang Trofi Pelakon Lelaki Terbaik

Next       : Caliph Buskers Bukan ‘Demand’, Cuma Terima ‘Job’ Yang Berbaloi Dikongsi Berlima

Komen Terbaru

Quote dekmieDandy 27-4-2021 01:45 PM
antara yang natural sexy, pakailar baju apa pun

harap bertemu jodoh yang baik

Lain-lain Komen

Quote nazzse 23-4-2021 02:15 PM
Masih cantik.. Suka suara lembut dia
Quote cenehom 23-4-2021 02:29 PM
bekas kekasih Ako Mustapa .
Quote TerataiMelur02 23-4-2021 02:39 PM
Cantik la jue ni.. Cantik yang seksi biarpun bertudung
Quote zulka 23-4-2021 03:14 PM
cantik lagi, masih mengancam walaupun bergelar J
Quote white_musk 23-4-2021 03:22 PM
Jadi siapa lagi yang khatam?
Quote ketupatnasi 23-4-2021 03:37 PM
suara serak camni kalau taranum mesti sedap.
macam dek Zizi
Quote bedahmenjuyah 23-4-2021 03:41 PM
cenehom replied at 23-4-2021 02:29 PM
bekas kekasih Ako Mustapa .

Sehari dua ni selalu plak nama ako naik ka bodgos
Quote She-Ra 23-4-2021 03:57 PM
cenehom replied at 23-4-2021 02:29 PM
bekas kekasih Ako Mustapa .

dan Jehan Miskin
Quote sukacactus 23-4-2021 04:01 PM
Suka tgk jue ni
Lawa.... suara, body, muka sexy
Rasa mcm rugi je kawin dgn ntah sapa2 dl
Tp muda lg jue ni, belum terlambat nak kawin lg
Quote Megikari 23-4-2021 04:38 PM
Kalau habiskan dalam 8 hari, maknanya sehari dia baca lebih kurang 75 muka surat alquran
Quote helicornia 23-4-2021 05:20 PM
wah bagusnya..iols paling byk pun bole abis 3 juzuk sehari.tu pun sampai dh terbaring2. biasa 2juzuk je sehari
Quote edayildiz 23-4-2021 05:41 PM
hebat ah..i target nk khatam gak bln ramadhan ni..tp baca 2 helai je sehari camno
Quote Aiiskenot 23-4-2021 05:53 PM
Elok la cerai dgn laki indon petik gitar tu. Dari awal aku tgk dorg ni mcm jauh nau maqam. Tkejut aku tgk dia kawen dgn indon tu. Aku doa moga dia jumpa jodoh sgn yg seelok sepadannnn.. Biar la berjenis. Tiberr!
Quote laksmanabentan 23-4-2021 05:53 PM
white_musk replied at 23-4-2021 03:22 PM
Jadi siapa lagi yang khatam?

Nora Danish
Jahlop
Quote ketupatnasi 23-4-2021 05:57 PM
edayildiz replied at 23-4-2021 05:41 PM
hebat ah..i target nk khatam gak bln ramadhan ni..tp baca 2 helai je sehari camno

Anak bujang hakak darjah 3 ckp dia dh khatam hari.. Baca Al Ikhlas 3x kekdahnya. Cukup 3/3 Al Qurnan. KBAT nau nk mengakalkan emaknya kaaannn..
Quote bambimo 23-4-2021 05:59 PM
Edited by bambimo at 23-4-2021 06:02 PM

Aku ada soft spot dgn dia.. Cantik.. Suka dia sjk Malaysian most beautiful... Sayang dia kuar   kalo tak dia boleh menang
Quote edayildiz 23-4-2021 06:11 PM
ketupatnasi replied at 23-4-2021 05:57 PM
Anak bujang hakak darjah 3 ckp dia dh khatam hari.. Baca Al Ikhlas 3x kekdahnya. Cukup 3/3 Al Qurn ...

hahahaha ni lawak
Quote edayildiz 23-4-2021 06:12 PM
jue ni tembam yg comel...mmg jnis laki suka la sbb trmbam pastu suara mnja
Quote Minami2013 23-4-2021 06:16 PM
bambimo replied at 23-4-2021 09:59 AM
Aku ada soft spot dgn dia.. Cantik.. Suka dia sjk Malaysian most beautiful... Sayang dia kuar   kalo ...

Aah.. dgn pakai short nya jumpa bf dia masa tu ako. Tak sangka perubahan dia agak awal berhijab. Hidayah Allah. Alhamdulillah. Respek dia dah khatam.

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top