Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Pernah Lalui Fasa Gelap Zaman Remaja, Aaron Aziz Tak Sangka Mampu Ubah Nasib

27-4-2021 12:45 PM| Komen: 37

Seiring dengan kematangan usia, pelakon Datuk Aaron Aziz tidak menyangka akan beroleh kehidupan selesa seperti yang dikecapinya hari ini.

Menurut Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 45, dia pernah melalui fasa gelap dalam kehidupannya lebih-lebih lagi ketika di usia remaja namun berbekal azam dan semangat yang kuat dia akhirnya berjaya merubah dirinya menjadi insan lebih baik.

Foto: IG


"Setiap manusia ada masa silam dan gemilang. Ada yang untuk kebaikan, ada juga sebaliknya. Untuk saya, apa boleh dikatakan adalah masa silam yang penuh keperitan atau zaman jahiliah.

"Malah, saya akui pernah beberapa kali melampaui batas dan akhirnya mendapat balasan... pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui sebelum saya berjaya keluar dari kegelapan itu.

"Namun, itu semua yang mendewasakan dan mematangkan diri. Walaupun ada ketika dipandang hina, tapi saya percaya keadaan kita tak selamanya di bawah jika ada rasa ingin berubah," katanya kepada mStar.

Berkat usahanya, anak kelahiran kota Singapura itu kini telah berjaya menjadi antara penerima trofi Malaysia Prestigious Industry Awards (MYPIA) yang berlangsung baru-baru ini menerusi kecemerlangan dalam bidang perniagaan.



Menurut Aaron, penghargaan yang diterimanya itu menunjukkan dia tidak main-main dan mahu serius dalam bidang perniagaan yang diceburinya.

Terbaharu, Aaron muncul dengan koleksi pakaian ‘street wear’ menerusi jenama Hombre 21 yang mana ia satu lagi usaha ke arah membina empayar perniagaan dan mengukuhkan jenamanya dirinya.

Menurut Aaron, Hombre adalah perkataan yang diambil dari bahasa Sepanyol yang membawa maksud semangat persaudaraan atau ‘brotherhood’.


"Kalau ikutkan koleksi pakaian ini sudah dijual di Singapura. Selepas pemiliknya iaitu Azhar Sulaiman menjadi rakan perniagaan saya, itu yang ambil keputusan untuk pasarkan di sini pula. Saya mahu jenama Hombre ini menjadi pilihan masyarakat dan terkenal seperti kebanyakan jenama ‘street wear’ lain.

"Saya yakin koleksi ini mampu memberi kepuasan kepada sesiapa saja yang memakai dan memilikinya. Dari segi harga pula, ia cukup berbaloi dengan rekaan dan kualiti yang ada iaitu bermula serendah RM100, ” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Aaron bakal tampil dalam drama Imamku Lelaki Pendosa terbitan Global Station Sdn Bhd yang akan ditayangkan di Slot Akasia, TV3.



"Alhamdulillah, terima kasih kepada penerbit dan stesen TV yang masih memberi kepercayaan kepada saya. Diakui, drama ini antara karya yang memberi cabaran baharu buat saya dari segi karakter.

"Malah, dapat berlakon dengan pelakon baharu iaitu Sophia Albarakbah turut memberi pengalaman baharu kepada saya di samping pelakon ternama sedia ada. Saya tidak mahu terlalu meletakkan harapan tinggi pada drama ini, tapi apa boleh dikatakan Insya-Allah, karya ini memang lain dari yang lain," katanya.


Selain Aaron, drama arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Maria Farida, Edika Yusof, Hafeez Mikail dan Ungku Hariz. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 37
Komen

Previous : Tular Peniaga Burger Dikompaun RM50k, Caprice Akan Lancar Tabung Kilat

Next       : Neelofa, Suami, Ahli Keluarga Dikompaun RM60,000

Komen Terbaru

Quote Yokot 30-4-2021 12:04 PM
Tahun bila entah, ada tertengok drama Aaron dgn Rita. Lupa lak tajuknya. Masa tu Aaron ni masih kurus dan muda. Encem nak mampus.

Lain-lain Komen

Quote riyadhK 27-4-2021 01:01 PM
MO anak didik mikey sangaatttt
Quote Redmyvi 27-4-2021 01:22 PM
ingat dh tak berlakon... lama diam..
Quote encikWawad 27-4-2021 01:26 PM
dah tertengok scene heron ajis di pegang pegang jejans utk drama tu. boleh ke lepas gay theme kat tv3. pasti nya kontroversi
Quote bluebutter 27-4-2021 01:37 PM
Anak anak dia rendah rendah ya.
Quote haruslah 27-4-2021 01:52 PM
Terbaca kat mana ntah
Aa ni bukan biase2 gak zaman dulu
Kira kat tambak tu ramai kenal la
Quote cicicumel 27-4-2021 02:04 PM
encikWawad replied at 27-4-2021 01:26 PM
dah tertengok scene heron ajis di pegang pegang jejans utk drama tu. boleh ke lepas gay theme kat tv ...

Kan.. Aaron jadi gay skandal dgn Gambit..


Btw pengarah Eyra Rahman confirm tak sedap.. Haha
Quote lasagna 27-4-2021 02:36 PM
haruslah replied at 27-4-2021 01:52 PM
Terbaca kat mana ntah
Aa ni bukan biase2 gak zaman dulu
Kira kat tambak tu ramai kenal la

kannnnn.. so apakah fasa kegelapan heols agaknya ya?
Quote helicornia 27-4-2021 02:40 PM
teringat dulu gambo AA jd model sependa huhu
Quote Brunes 27-4-2021 02:43 PM
5 tahun lepas aku tergila2 obsessedjuga akan heols ni sampai sanggup catch flight nak jumpa heols, tapi 5 tahun kebelakangan mcm rasa berdosa pulak pasai dia dah ada keluarga.. aku rasa berdosa pulak so aku move on. tahap obsessed aku boley ke imagine nak kawin dengan dia ada anak bagai.. hebat aura nya aaron aziz ni mwahs lebyu
Quote sleepandream 27-4-2021 02:54 PM
heols duk pump dumbell lagi ke...
Quote silampumeja 27-4-2021 03:08 PM
haruslah replied at 27-4-2021 05:52 AM
Terbaca kat mana ntah
Aa ni bukan biase2 gak zaman dulu
Kira kat tambak tu ramai kenal la

dengar jugakla kru and org industri kata, dulu dia jauhlah berbanding sekarang ni...
Quote kaedahnya 27-4-2021 03:14 PM
silampumeja replied at 27-4-2021 03:08 PM
dengar jugakla kru and org industri kata, dulu dia jauhlah berbanding sekarang ni...

ada baca interview dekat mana tah dia cakap time teenager dia ahli kongsi gelap ke hapa tah. tapi dia duk pelik bebudak pompuan duk mintak autograf & nak amik gambar dengan dia time tu.
Quote umbut 27-4-2021 03:32 PM
X silap gangster spore kongsi gelap... Nasib baik hensemmmmmm.. Dimaafkan
Quote haruslah 27-4-2021 03:40 PM
lasagna replied at 27-4-2021 02:36 PM
kannnnn.. so apakah fasa kegelapan heols agaknya ya?

Iols baca ala2 post #13 tu
Kira mcm dulu sape je x kenal dia (read:bukan pelakon)
Quote tagas 27-4-2021 03:42 PM
boyak da ko malek

kasi sengattt
Quote kakakgarang 27-4-2021 04:09 PM
AA dulu kala masa di spore penagih kennn... bagus la kalau dia da berubah kennn... bekas yg semakin kacak..
Quote dua_chzy 27-4-2021 04:44 PM
Thank your parents and your wifey. They made you the man you are today.
Quote encikWawad 27-4-2021 05:52 PM
cicicumel replied at 27-4-2021 02:04 PM
Kan.. Aaron jadi gay skandal dgn Gambit..



gambit ke tu. macam kurus bebenor nampak cam janna nick je dari belakang
Quote encikWawad 27-4-2021 05:54 PM
cicicumel replied at 27-4-2021 02:04 PM
Kan.. Aaron jadi gay skandal dgn Gambit..



lupa nak tepek gambo

Lihat semua komen(37)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top