Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Aina Abdul, rentak joget 'meriahkan' syukur lebaran

28-4-2021 11:42 AM|piao| Komen: 21




LENGGOK irama Melayu, menguji kelunakan vokal Aina menyanyikan Syukur Lebaran.

MENJENGAH masuk ke pertengahan Ramadan, ramai penyanyi tanah air yang mula mengeluarkan lagu bersempena Aidilfitri. Walaupun jumlah karya dan kemeriahannya tidak serancak dahulu, namun, masih ada beberapa penyanyi yang sudi mengimarahkan semangat beraya.

Antara yang baru sahaja melancarkan lagu sempena Aidilfitri adalah Aina Abdul, yang tampil dengan lagu berjudul Syukur Lebaran. Karya ini juga menjadi lagu Aidilfitri kedua, pernah dikeluarkan Aina selepas Syahdu Di Pagi Syawal yang dilancarkan tahun lalu.

Berbeza dengan karya terdahulu, kali ini Aina mempertaruhkan lagu berentak tradisional dengan menyuntik elemen joget. Tidak bersendirian, karya ini dihasilkan secara kolaborasi dengan gurunya, Sarry Khaled merangkap komposer bersama.

Sementara itu, Aina juga menggunakan khidmat penyusun muzik, Mohd Fairuz dalam memberikan susunan muzik bersesuaian dengan perayaan Aidilfitri.

Seperti yang dijelaskan Aina dalam ruangan keterangan di saluran YouTubenya, ini adalah lagu yang menjadi umpama hadiah buat peminat-peminatnya yang ingin mendengar dendangan lagu tradisional daripadanya.


AIDILFITRI masih tetap dirai, meski tak dapat merentas negeri balik ke kampung.

Dari segi melodi, Syukur Lebaran benar-benar mampu membawa pendengar merasai suasana Aidilfitri. Saya sendiri yang juga perantau di ibu kota mampu tersenyum, tatkala lagu ini didendangkan.

Walaupun kita sebagai perantau belum tahu sama ada bakal diizinkan untuk merentas sempadan negeri bagi meraikan lebaran bersama keluarga, sedikit sebanyak, apabila mendengar Syukur Lebaran, semangat untuk menyambut Aidilfitri itu semakin kuat.

Elemen tradisional terutamanya joget umpama membawa satu perasaan gembira buat setiap yang mendengar. Seperti lagu-lagu Aidilfitri yang menjadi malar hijau, kebanyakannya adalah lagu yang disuntik elemen tradisional.

Jika kita lihat kepada rangkaian lagu Aidilfitri yang mendapat sambutan, tentunya lagu berentak tradisional akan lebih menjadi perhatian dan paling diingati berbanding lagu Aidilfitri berentak moden.

Ada beberapa bahagian dalam lagu Syukur Lebaran yang menyelitkan dialog ringkas umpama menggambarkan keriangan menyambut Aidilfitri di desa tercinta bersama keluarga.

Dari segi vokal Aina, tidak ada apa yang perlu dipertikaikan. Kalau ada yang menganggap Aina hanya mampu melantunkan lagu-lagu balada dan R&B, Syukur Lebaran membuktikan kemampuan Aina untuk mendendangkan lenggok dan cengkok irama Melayu tradisional.

Tidak mustahil sekiranya Syukur Lebaran akan mampu menjadi satu lagi karya 'malar hijau' setiap kali menjelangnya Aidilfitri.

Lagu: Syukur Lebaran

Penyanyi: Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul, Sarry Khaled

Lirik: Wan Zakaria

Terbitan & edaran: Believe Music (mewakili Mekar Jaya Enterprise)

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 21
Komen

Previous : Kahwin VIP - Nora Ariffin Buka Mulut Isu Hubungannya Dengan Annuar Musa

Next       : Digigit serangga, anak Nana Mahazan jalani pembedahan

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 1-5-2021 07:12 PM
lagu ni la tersedap so far, syamel masuk pon dah tangkap melodi. no 2 lagu iman toye pejam celik tu

Lain-lain Komen

Quote user.name 28-4-2021 07:33 AM
Quote user.name 28-4-2021 07:34 AM
Quote user.name 28-4-2021 07:36 AM
Quote exclusive_vvip 28-4-2021 07:49 AM
X sesuainya lirik di zaman covid,PKP,xleh rentas negeri bagai ni
Quote harisbee 28-4-2021 08:20 AM
sedap jugak lagunya....tp x sesuai dgn musim covid..tp sesuai utk raya secara general
Quote tricomonas 28-4-2021 08:26 AM
boringnya lirik lagu raya sejak 70an.....asyik ampun maaf dipinta,tua muda gumbira,pulang ke desa...
Quote hayrin86 28-4-2021 09:34 AM
exclusive_vvip replied at 28-4-2021 07:49 AM
X sesuainya lirik di zaman covid,PKP,xleh rentas negeri bagai ni

Betul.. Tukar lagu-lagu raya dengan lagu-lagu patriotik di bawah lagi sesuai.. Tak ada hasutan agar balik kampung..







Quote hayrin86 28-4-2021 09:39 AM
tricomonas replied at 28-4-2021 08:26 AM
boringnya lirik lagu raya sejak 70an.....asyik ampun maaf dipinta,tua muda gumbira,pulang ke desa... ...

Kan.. Musim Covid nih tukarlah lagu-lagu raya dengan lagu patriotik..






Quote buragazz 28-4-2021 09:56 AM
Walaupun vibe serta melodi nya biasa pada aku, I mean tak cukup catchy tapi ok la dari lagi yang Alip Syukri dok post kat FB tu Allahuakbar.. eh puasa.. cukup sampai situ lain ko tambah la dalam hati..
Quote Boomibulat 28-4-2021 10:19 AM
Edited by Boomibulat at 28-4-2021 10:20 AM

Sempoi..        
  


Quote tipah89 28-4-2021 10:50 AM
sedap je lagunya, boleh la layan bertaun2 dari sekarang.
Quote supernaturalee 29-4-2021 12:33 PM
user.name replied at 28-4-2021 07:33 AM

Chorus kt hujung mcm turun plk mood nya
Tp still lagu raya yg meriah
Blh jd evergreen ni
Walau lirik recycle je

But still sgt lh x best dgn mood raya kali ni
X kena langsung sbb x blh blik kg ape semua

I hope ada lh yg cipta lagu raya yg lirik nya kena dgn suasana skrg ni
Jd kenangan kot

Quote supernaturalee 29-4-2021 12:40 PM
Boomibulat replied at 28-4-2021 10:19 AM
Sempoi..

Lirik dua2 catchy, humor
Tp 2nd song melody dia bgs
Ada mix Indian melody

Terigt lagu indahnya di hari raya ziana Zain ada part Indian music

Quote user.name 29-4-2021 03:36 PM
supernaturalee replied at 29-4-2021 12:33 PM
Chorus kt hujung mcm turun plk mood nya
Tp still lagu raya yg meriah
Blh jd evergreen ni

dah ada yang cipta ni hah

Quote supernaturalee 29-4-2021 11:28 PM
user.name replied at 29-4-2021 03:36 PM
dah ada yang cipta ni hah

God noooo



Quote beta_carotene 29-4-2021 11:33 PM
melodi dia best tp a bit forgettable

n lirik dia cliche sgt

meols suka lagu raya mas idayu
Quote imanjannah 30-4-2021 12:02 AM
sedap jugak lagunya.. yg last year lagu syahdu
Quote Lelli 30-4-2021 09:34 PM
supernaturalee replied at 29-4-2021 12:33 PM
Chorus kt hujung mcm turun plk mood nya
Tp still lagu raya yg meriah
Blh jd evergreen ni

Yg ni ok x?


Quote supernaturalee 30-4-2021 10:48 PM
Lelli replied at 30-4-2021 09:34 PM
Yg ni ok x?

Lirik die general je
Tp Dgn mv nmpk lh kena dgn situasi covid smpikn x blh blik raya 2 thn berturut2 ni
Melodi pun sedap sungguhpun lagu ballad raya sgt lh ssh nk hit

Dr segi persembahan vokal
For me personally part lelaki sgt weak
Xrs langsung, guna auto tune pun gini je hasilnya?
Seeloknya jdkn lagu duet nana dgn shila je
Part dorg br rasa jiwa dan cerita yg nk disampaikan dlm lagu ni

Seriously better record blik dorg berdua je atau part lelaki ambik hafiz dgn black

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top