Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Tiru Gaya Rambut Lisa Blackpink, Syasya Dolla Pernah Terima Ugutan Bunuh

3-5-2021 11:04 AM| Komen: 11

Pernah dikecam teruk peminat Blackpink sejak awal kemunculannya, ahli kumpulan Dolla, Syasya semakin matang dalam berhadapan dengan asam garam bergelar seorang artis.

Menurut Syasya atau nama sebenarnya, Noorsyasya Afiqah Sharizal dia kini mengambil pendekatan menutup notifikasi di laman media sosial agar ia tidak menganggu kesihatan mentalnya.

Langkah diambil penyanyi berusia 20 tahun itu berikutan sebelum ini dia pernah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik kumpulan Kpop popular Blackpink.


Foto: IG

Syasya dikecam peminat kumpulan Kpop itu kerana penampilannya dikatakan meniru salah seorang anggota Blackpink iaitu Lisa.

"Hanya disebabkan rambut saya ada bangs, ramai samakan saya dengan Lisa.

"Bila ramai samakan macam itu, peminat Blackpink tak suka sampaikan ada satu ketika saya pernah terima ugutan bunuh.

"Dia hantar gambar pisau dengan darah serta macam-macam lagi hate comments sehingga menyebabkan saya jadi murung pada ketika itu," katanya kepada mStar.

Syasya ditemui pada majlis pelancaran single raya Dolla berjudul Raya Raya Raya yang berlangsung di RexKL, baru-baru ini.

Enggan terus membiarkan perkara itu mengganggu dirinya, Syasya mendapatkan nasihat daripada ibu bapa dan syarikat pengurusan yang meminta dirinya tidak mengendahkan komen-komen negatif tersebut.

Foto: mStar

"Memang banyak hate comments yang saya dapat tapi lama-lama saya dah jadi biasa. Kalau lagi kita melayan, lagi teruk jadinya.

"Mereka lagi suka kalau kita stres... sebab itu sekarang saya dah mute semua notifikasi di media sosial, memang saya dah tak baca langsung!" katanya.

Selain Syasya, Dolla turut dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel. Mereka kini tampil dengan single Raya Raya Raya yang diterbitkan oleh Universal Music Malaysia.


Foto: IG
"Kami tak sangka dapat buat lagu raya dan sangat bersyukur walaupun masih lagi baharu kami dah diberikan peluang untuk ada lagu raya sendiri.

"Pengalaman merakamkan muzik video juga sangat menyeronokkan kerana kami semua berpakaian seperti di era retro dan lagu ini juga sangat catchy seperti mana imej yang dibawakan oleh kumpulan Dolla," kata Sabronzo mewakili rakan-rakannya.

Raya Raya Raya kini boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 11
Komen

Previous : Cubaan Pertama Berpuasa, Makan Nasi Guna Tangan Anak Harith Iskander

Next       : Mudah Percayakan Orang, Sekarang Raysha Rizrose Fobia

Komen Terbaru

Quote whadda 3-5-2021 01:03 PM
yang mana satu sabronzo.. ape ke pelik nama

Lain-lain Komen

Quote newme11 3-5-2021 11:05 AM
Dolla ni Islam ke semuanya?
Quote bakingsoda 3-5-2021 11:13 AM
newme11 replied at 3-5-2021 11:05 AM
Dolla ni Islam ke semuanya?

tu laa motip nk nyanyi lagu raya, siap part sorang tu baju seksi tak sesuai langsung tema raya tapi best lagu ni haha catchy gila.

bloink mmg camtu, retis lain dye rambut oren pon kena cop copy lisa. bodoh betul peminta dorang
Quote Carcosa 3-5-2021 11:14 AM
newme11: Dolla ni Islam ke semuanya?


Satu chinese kot, tak salah.
Quote vanillaninja 3-5-2021 11:22 AM
newme11 replied at 3-5-2021 03:05 AM
Dolla ni Islam ke semuanya?

Ada 2 yang non-Muslims.
Quote Kurex 3-5-2021 11:26 AM
Apa gosipnya?
Quote shernazz 3-5-2021 11:47 AM
Anak.buah dolla cantek ke?
Quote September14 3-5-2021 11:59 AM
Yg sorg tu nmpk jgk muka korea.. dr jauh lah klu closeup x taulah x pnh tgk lg
Quote newme11 3-5-2021 12:39 PM

Ok Noted
Quote uori 3-5-2021 12:44 PM
dalam banyak2 nama, kenapalah nama dollah yang dipilihnya
Quote uori 3-5-2021 12:45 PM
September14 replied at 3-5-2021 11:59 AM
Yg sorg tu nmpk jgk muka korea.. dr jauh lah klu closeup x taulah x pnh tgk lg

jauh macam korea, dekat macam keria

#lawakhambar #lawaklaparposa
Quote whadda 3-5-2021 01:03 PM
yang mana satu sabronzo.. ape ke pelik nama

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top