Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Mudah Percayakan Orang, Sekarang Raysha Rizrose Fobia

3-5-2021 11:56 AM| Komen: 19

Pelakon Raysha Rizrose mengakui fobia untuk mempercayai orang lain selepas insiden ahli keluarganya mengalami kerugian ratusan ribu akibat perbuatan jahat individu yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. 

Raysha berkata, pengajaran terbesar yang dipelajari adalah sentiasa berhati-hati dan jangan mudah percayakan orang.



"Pengajaran paling besar adalah jangan cepat percaya orang terutama sekali, bila nampak dia baik di hadapan kita. 

"Jangan mudah percaya hanya kerana melihat daripada luarannya saja. Walaupun dalam kalangan ahli keluarga sendiri, kena sentiasa berhati-hati. 

"Apa yang berlaku ini begitu membuatkan saya fobia dan simpati dengan nasib ahli keluarga kerana jumlah duit yang hilang begitu banyak," katanya.


Foto: IG

Menurut Raysha, meskipun bersyukur selepas menang kes saman fitnah yang difailkan seorang individu lelaki (plantif) pada Februari tahun lalu, namun ada tiga lagi kes yang masih belum diputuskan mahkamah. 

"Tujuan saya dan kakak, Nelydia Senrose memuat naik hantaran di Instagram dan Twitter hanyalah untuk memberi peringatan kepada orang luar supaya berhati-hati dan jangan cepat percaya orang. Malangnya, individu ini yang saman kami pula. 

"Tapi syukur kami menang saman fitnah itu. Cuma, sekarang ini ada tiga lagi kes yang masih berjalan iaitu kes curi duit bernilai RM200,000, proses bayaran semula dan laporan polis palsu yang dia lakukan. 

"Saya harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan menjadi iktibar kepada semua," katanya. 




Terdahulu adik-beradik juga pelakon, Raysha Rizrose dan Nelydia Senrose menang kes saman fitnah yang difailkan seorang individu lelaki (plantif) pada Februari tahun lalu di Mahkamah Sesyen, di sini, Jumaat lalu. 

Raysha, 25, atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz berkata, kandungan hantaran dimuat naik oleh dirinya di Instagram dan ciapan Twitter oleh Nelydia dibuktikan bukan berunsur fitnah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 19
Komen

Previous : Cubaan Pertama Berpuasa, Makan Nasi Guna Tangan Anak Harith Iskander

Next       : Kilafairy Simpan Rahsia Punca Dirinya Bertudung

Komen Terbaru

Quote mendeluk 4-5-2021 10:08 PM
kucim replied at 4-5-2021 10:03 PM
Ritz C.....huhuuuuuuuu

Ouch haha. Asal tak check in mandarin ke grandhyat. Takdelah bocor sikit sini Situ more privacy kalau tak nak kena leak
Tapi iols percaye je she sama2. Even pergi luar negara pun ikut boyf banyak

Lain-lain Komen

Quote exclusive_vvip 3-5-2021 12:21 PM
dia ni masih lagi ke berkapel dengan pelumba kereta tu?
Quote Kurex 3-5-2021 12:37 PM
Apa gosipnya palat????.
Quote minahmanja 3-5-2021 02:01 PM
gambar last tu mcm artis indo, aura kasih..
Quote slyfynx 3-5-2021 08:26 PM
Jap, ko ialah sape?
Quote kucim 3-5-2021 11:15 PM
Dia ni kayo...siap cek in di hotel 5 bintang sambut birtday dgn abg cayang ...heheee...lawooo wehh kecik jee
Quote Perawankota 4-5-2021 06:31 AM
Kaya2 adik beradik senrose ni
Quote mendeluk 4-5-2021 05:43 PM
kucim replied at 3-5-2021 11:15 PM
Dia ni kayo...siap cek in di hotel 5 bintang sambut birtday dgn abg cayang ...heheee...lawooo wehh k ...

Lol dia check in dgn nabil 5 stars hotel takde orang sibuk. More privacy
Quote fadz84 4-5-2021 06:17 PM
kucim replied at 3-5-2021 11:15 PM
Dia ni kayo...siap cek in di hotel 5 bintang sambut birtday dgn abg cayang ...heheee...lawooo wehh k ...


Parents open minded betul.. padahal dorg adik beradik ni duduk ngn parents lg kn..
Quote irvene 4-5-2021 06:39 PM
kucim replied at 3-5-2021 11:15 PM
Dia ni kayo...siap cek in di hotel 5 bintang sambut birtday dgn abg cayang ...heheee...lawooo wehh k ...

check in berdua atau ramai2 celeb birthday tu? klu berdua aummm sedap
Quote kucim 4-5-2021 08:03 PM
irvene replied at 4-5-2021 06:39 PM
check in berdua atau ramai2 celeb birthday tu? klu berdua aummm sedap

Cek in beramai2 apa brg .....siap suruh pihak hotel R*** c*****n siapkan prop happy besday dlm bilik gituuuuu
Quote TerataiMelur02 4-5-2021 08:23 PM
irvene replied at 4-5-2021 06:39 PM
check in berdua atau ramai2 celeb birthday tu? klu berdua aummm sedap

Cuba sangka baikkkkk.. Nyanyi2, Tiup lilin n makan lepas tu balik la
Quote Carcosa 4-5-2021 08:31 PM
Dia ni takde aura lah compared to Senrose sisters. Si Manrose tu pun satu. Kusam malap je.
Si dia ni, muka dia mcm tgh tahan berak
Mcm stuck in jam, then nak terberry. Muka selenge.
Quote Carcosa 4-5-2021 08:34 PM
TerataiMelur02 replied at 4-5-2021 08:23 PM
Cuba sangka baikkkkk.. Nyanyi2, Tiup lilin n makan lepas tu balik la

Begitu molia hati sisthur berhusnuzon. Kihkihkih
Quote irvene 4-5-2021 09:25 PM
kucim replied at 4-5-2021 08:03 PM
Cek in beramai2 apa brg .....siap suruh pihak hotel R*** c*****n siapkan prop happy besday dlm bil ...

bukan kek je yg ada, apam pun ada. fuhh meriah bufday dia. mcm2 makanan ada.
Quote irvene 4-5-2021 09:26 PM
TerataiMelur02 replied at 4-5-2021 08:23 PM
Cuba sangka baikkkkk.. Nyanyi2, Tiup lilin n makan lepas tu balik la

bulan ramadhan berhusnozonnn
Quote mendeluk 4-5-2021 10:00 PM
kucim replied at 4-5-2021 08:03 PM
Cek in beramai2 apa brg .....siap suruh pihak hotel R*** c*****n siapkan prop happy besday dlm bil ...


Apatuh? R itu aku tau room.. C itu? Biar aku teka Hahaha. Grandhyat kan
Quote kucim 4-5-2021 10:03 PM
mendeluk replied at 4-5-2021 10:00 PM
Apatuh? R itu aku tau room.. C itu? Biar aku teka Hahaha. Grandhyat kan

Ritz C.....huhuuuuuuuu
Quote imanjannah 4-5-2021 10:07 PM
mendeluk replied at 4-5-2021 10:00 PM
Apatuh? R itu aku tau room.. C itu? Biar aku teka Hahaha. Grandhyat kan

R tu bukn room chuols, nma hotel tu la, hihi.. malam2 lepas jalan pavi tu, sblum balik bilik,, layan abam2 main muzik kat sudut tu, layanzz.. lama dah x pegi sejak cobid.. huhu
Quote mendeluk 4-5-2021 10:08 PM
kucim replied at 4-5-2021 10:03 PM
Ritz C.....huhuuuuuuuu

Ouch haha. Asal tak check in mandarin ke grandhyat. Takdelah bocor sikit sini Situ more privacy kalau tak nak kena leak
Tapi iols percaye je she sama2. Even pergi luar negara pun ikut boyf banyak

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top