Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Che Ta Jadi Penyanyi Pula...

3-5-2021 12:50 PM| Komen: 20

Kisah pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta bakal bergelar penyanyi pernah bertebaran, beberapa tahun lalu.

Beberapa komposer seperti Hazami, Imran Ajmain dan Eddie Hamid antara yang dikatakan mahu membantu impian Che Ta menjadi kenyataan.


Foto: IG

Namun, ia bagaikan angan-angan yang berlalu pergi apabila pelakon Kiah Pekasam itu enggan mengambil risiko kerana selesa mengukur baju di badan sendiri.

Bagaimanapun, Che Ta tidak mampu menolak apabila diminta menyanyikan lagu 'jingle' untuk produk kecantikan diwakilinya, Mylea, baru-baru ini.

"Jangan salah sangka. Saya bukannya bermaksud mahu bersaing dengan penyanyi sedia ada. Ia bukan lagu komersial.

"Lagu ciptaan DJ Fuzz itu untuk mempromosi produk dan hanya berdurasi 30 saat. Ia berentak santai dan kedengaran seperti dangdut, malah sudah dimainkan di corong radio," katanya kepada BH Online.



Hanya mengambil masa sejam merakamkan lagu berkenaan pada 14 April lalu, isteri Zain Saidin itu berkata, awalnya, dia tidak yakin dan tidak sanggup menyanyi.

"Saya tidak mempunyai vokal yang bagus seperti penyanyi profesional. Namun, saya mencabar diri disebabkan pengasas produk mahu saya menyanyi.

"Saya tidak menganggap ini projek serius. Jauh sekali nak berentap dalam Anugerah Juara Lagu. Walau ada yang memuji, anggap saya boleh menyanyi, tetapi saya tak rasa boleh serius dalam bidang menyanyi.

"Dalam hati hanya berkata, mesti puji saya boleh menyanyi sekadar nak ambil hati. Dalam erti kata lain, bohong 'sunat'," katanya berseloroh.



Sudah terbiasa dengan kecaman, ibu Aaisyah Dhia Rana itu berkata, dia tidak mahu memikirkan cemuhan netizen apabila menjayakan projek itu.

"Saya sudah biasa dengan segala yang negatif. Tetapi, ia tidak pernah menjadi kudis," katanya yang baru dilantik sebagai duta platform E-Dagang, Warongku di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Dalam perkembangan lain, Che Ta teruja untuk membintangi Kiah Pekasam versi filem terbitan Zeel Production.



"Sudah 11 tahun naskhah Kiah Pekasam melonjakkan nama saya. Daripada tiga musim drama ke beberapa siri telefilem, ia akhirnya direalisasikan ke bentuk filem pula.

"Saya akan ke Perlis untuk memulakan penggambaran pada 8 Mei ini. Syarikat produksi mahu mengejar momen musim mangga harum manis.

"Penggambaran filem ini akan berehat seketika memberi laluan kepada sambutan Aidilfitri. Pelakon asal juga akan membintangi filem ini, termasuk suami saya," katanya yang baru sahaja melancarkan koleksi tudung, Square Scarves sempena Aidilfitri, baru-baru ini.

Che Ta kini sibuk di lokasi penggambaran drama komedi, Assalamualaikum Mustafa terbitan Country Universal Sdn Bhd di samping Kazar dan Syazwan Zulkifly.

Mengulas sambutan Ramadan, Che Ta berkata, dia seronok mengunjungi bazar Ramadan membeli juadah berbuka puasa.



"Saya bersama pengarah, Feroz Loy dan beberapa kru sempat singgah ke bazar Ramadan ketika menjalani penggambaran drama Assalamualaikum Mustafa di Kuang, Selangor.

"Lebih bertuah, ada peniaga memberikan juadah secara percuma. Roti John, murtabak dan kuih muih antara kesukaan saya.



"Namun, wajib ada nasi jika berbuka puasa. Tekak orang Melayu memang tak boleh tinggal nasi," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 20
Komen

Previous : Cubaan Pertama Berpuasa, Makan Nasi Guna Tangan Anak Harith Iskander

Next       : Hisyam Hamid Kena 'Gam'?

Komen Terbaru

Quote Somed 5-5-2021 09:42 PM
Che ta ni memang meletop, makin tua makin cantik. Tapi bab nyanyi tu ada sedikit kerisauan dalam hati iols. Harap2 sedap lah suara tu tak sabar iols nak dengar..

Lain-lain Komen

Quote Cece1234 3-5-2021 01:37 PM
Nape muka dia lama2 makin pendek n bulat..xtau nak explain cmne..cm compress..certain angle cm muka mira syukur alhamdulillah pun ada..
Quote cicicumel 3-5-2021 04:26 PM
Cece1234 replied at 3-5-2021 01:37 PM
Nape muka dia lama2 makin pendek n bulat..xtau nak explain cmne..cm compress..certain angle cm muka  ...

edit/filter kot..muka si echah pon kdg2 nmpak pelik..dgn hidung kecik mcm filter..

Quote kakakgarang 3-5-2021 06:07 PM
aku serius mcm tak berapa suka tgk muka ank nek ta yg 1st tu..

mcm katun..

beria pasang badan.. muka tetap non hadohhh
Quote giyomi 3-5-2021 07:51 PM
Edited by giyomi at 3-5-2021 07:53 PM

ada peniaga bagi free tuk artis...huh, rasanya lebih afdhal bagi percuma kat fakir miskin lg banyak pahalanya. tp bisnes masing2, so lantaklah ko nak bagi kat siapa
Quote noor2 3-5-2021 08:01 PM
Gambar cik ta yg last tu...cik ta ni kecik molek ke orangnya tapi kalau kecik molek anak2 dia sama tinggi dgn dia...laki dia pun sama ...

Kiranya anak2 dia semua rendah2 ke cane...
Quote kucim 3-5-2021 08:15 PM
noor2 replied at 3-5-2021 08:01 PM
Gambar cik ta yg last tu...cik ta ni kecik molek ke orangnya tapi kalau kecik molek anak2 dia sama t ...

Che ta tinggi 168cm....kurus je kalau in real...i pernah jumpa....
Quote kucim 3-5-2021 08:15 PM
Lagu apa tu che taa..mesti best kan...dgn loghat kedah gituhh
Quote noor2 3-5-2021 08:15 PM
kucim replied at 3-5-2021 08:15 PM
Che ta tinggi 168cm....kurus je kalau in real...i pernah jumpa....

Oh...tinggi juga dia ni....
Quote MontanaHannah 3-5-2021 09:23 PM
rozita che wan ni xde lah cantik  mana pun

mcm mak mak org lain saja

dia mmg xyakin diri jika mula xmake up sekilo
Quote naina 3-5-2021 09:39 PM
Salam gambar family atas tu Zain yg paling segak muda dan fresh. Anaknya si Ecah nampak comot pula
Quote kucim 3-5-2021 09:39 PM
MontanaHannah replied at 3-5-2021 09:23 PM
rozita che wan ni xde lah cantik  mana pun

mcm mak mak org lain saja

Kalau buang mekap dah macam neneks dahhhh

Mekap sekilo filter 100kg
Quote kucim 3-5-2021 09:41 PM
noor2 replied at 3-5-2021 08:15 PM
Oh...tinggi juga dia ni....

Tinggi..tapak tangan pun runcing2 panjang
Kasut saiz 8
Quote MontanaHannah 3-5-2021 09:56 PM
kucim replied at 3-5-2021 09:39 PM
Kalau buang mekap dah macam neneks dahhhh

Mekap sekilo filter 100kg



muahahahahahahahaha..........
Quote Cik_jantung 3-5-2021 11:25 PM
Laki dia keja apa... Bisnes ape
Quote airmineral 4-5-2021 07:51 AM
iols mohon che ta bersara..
Quote Fettybombom 4-5-2021 01:38 PM
Org lawa body vogue ni matchy2 tudung n baju gitu pon boleh..
Quote NFBZCantik 5-5-2021 11:42 AM
giyomi replied at 3-5-2021 07:51 PM
ada peniaga bagi free tuk artis...huh, rasanya lebih afdhal bagi percuma kat fakir miskin lg banyak  ...

aku rasa ini utk marketing purpose. so, klo bg kat artis, dorng boleh review kat followers dia.

maybe dorang bg kat fakir miskin juga tapi tak update ke.

haaa nampak tak aku husnozon
Quote NFBZCantik 5-5-2021 11:58 AM
kucim replied at 3-5-2021 09:39 PM
Kalau buang mekap dah macam neneks dahhhh

Mekap sekilo filter 100kg

tersedak iolls baca komen uolls
Quote giyomi 5-5-2021 06:18 PM
NFBZCantik replied at 5-5-2021 11:42 AM
aku rasa ini utk marketing purpose. so, klo bg kat artis, dorng boleh review kat followers dia.

...

tp dlm kes ni, ada tak dia sebut nama semua warong yg bagi percuma tu dlm ig, insta or whatsoever socmed. saja tanya wlpon sebenarnya y bother3x

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top