Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Hisyam Hamid Kena 'Gam'?

3-5-2021 01:21 PM| Komen: 27

Bintang kelahiran Singapura, Hisyam Hamid mula bersinar selepas membintangi drama yang mencetuskan fenomena, Ariana Rose yang disiarkan di kaca TV3 pada 2014.

Sejak itu, bapa kepada dua cahaya mata, Nurish Syameliah dan Hayden mula mendapat perhatian syarikat produksi dengan deretan drama yang mengangkatnya sebagai hero.

Namun, kini, langkah Hisyam tidak serancak ketika awal diperkenalkan. Kelibatnya juga sudah tidak kelihatan di kaca TV3. Ada yang mendakwa Hisyam kena 'gam'.


Foto: IG

Bagaimanapun, hari ini, pelakon drama Abang Bomba I Love You dan TQ Captain itu membuktikan dirinya tidak pernah buat hal dengan stesen TV3.

Selepas tujuh tahun tidak muncul di kaca TV3, Hisyam kembali membintangi drama beberapa drama termasuk Cukup Derita Itu, adaptasi novel karya Siti Rosmizah yang diarahkan Along Kamaludin Hisyam juga kali pertama digandingkan dengan Ruhainies dalam drama terbitan SR One Sdn Bhd itu.

"Tidak pernah wujud atau timbul isu saya kena 'gam' atau menimbulkan masalah dengan syarikat produksi mahupun stesen TV3. Saya akui, tidak muncul di kaca TV3 selepas drama Ariana Rose.

"Ini kerana saya mengikat kontrak selama enam tahun dengan Astro. Seperti yang diketahui, saya tidak boleh berlakon dalam stesen televisyen (TV) lain selama terikat dengan kontrak. Bagaimanapun, kontrak saya tamat, tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya kembali membintangi drama terbitan TV3. Tak mungkin saya dapat melupakan jasa TV3 yang pernah memperkenalkan nama saya menerusi drama Ariana Rose," katanya kepada BH Online.



Hisyam mengakui, pandemik COVID-19 memberi kesan, apatah lagi, tersangkut berada di Singapura selama beberapa bulan, tahun lalu.

"Saya pernah berada dalam dilema untuk kembali ke Kuala Lumpur selepas kerajaan memberi lampu hijau kepada syarikat produksi meneruskan penggambaran, tahun lalu. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, apatah lagi, saya perlu melunaskan penggambaran tertunggak ketika itu.

"Bagaimanapun, saya bersyukur diberi limpahan rezeki, tahun ini. Memang nampak rentak saya agak perlahan, tetapi sehingga kini, saya masih diberikan tawaran sebagai hero," katanya.

Katanya, dia bersyukur diberikan tawaran drama Hatimu Sedingin Salju arahan Bahri Umar untuk siaran TV3.



"Saya bergandingan dengan Aprena Manrose. Ia umpama sirih pulang ke gagang. Kemudiannya, saya menerima tawaran untuk membintangi drama Cukup Derita Itu.

"Banyak juga penangan kali pertama untuk drama ini. Ini juga kali pertama saya berlakon di bawah arahan Along Kamaludin dan muncul menerusi slot Samarinda.

"Semestinya peluang ini tidak akan dipersia-siakan. Saya sememangnya meletakkan harapan dan sasaran. Tekanan tetap ada, tetapi ia lebih kepada diri sendiri. Namun, saya sedaya upaya menanganinya dengan baik," katanya.

Untuk drama Cukup Derita Itu, Hisyam berkata, ia karya Siti Rosmizah dan diarahkan Along, pastinya dia mahu memberikan lakonan terbaik.



"Along amat mengutamakan soal kualiti kerja. Selagi tidak dapat apa yang dimahukan, saya akan berusaha melakukannya berulang kali hingga memuaskan hati.

"Penggambaran drama Cukup Derita Itu dijangka selesai pada Jun depan. Belum habis projek ini, saya ditawarkan pula drama lain di TV3 pada Ogos.

"Alhamdulillah, setakat ini, saya ditawarkan watak hero. Jujurnya, saya tidak pernah minta watak hero semata-mata. Namun, sudah rezeki. Jika projek ini jadi rezeki kenyataan, jadual kerja saya akan penuh hingga hujung tahun," katanya.-CARI

Sumber: Berita Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 27
Komen

Previous : Cubaan Pertama Berpuasa, Makan Nasi Guna Tangan Anak Harith Iskander

Next       : "Lelaki, Stop Pornografi & Jerit Bukan Cara Dakwah" - Sarimah Ibrahim

Komen Terbaru

Quote espri6006 4-5-2021 12:23 PM
Suka dengan pembawakan dia. nampak seperti berjurus budaknya. rupa pulak hensem.

Lain-lain Komen

Quote mohdcrow 3-5-2021 02:13 PM
Takpe...teruskan usaha...silap2 dapat dato
Quote supernaturalee 3-5-2021 03:37 PM
mohdcrow replied at 3-5-2021 02:13 PM
Takpe...teruskan usaha...silap2 dapat dato

Hahaha


Tu je nk komen



Quote cicicumel 3-5-2021 04:06 PM
tertengok promo drama ni..hazab giler pelakonnya..jln cerita ala2 cinderella...kesian..masih ada yg sanggup buat jln cerita mcm ni
Quote makadek 3-5-2021 04:45 PM
Cukup derita tu yg spoiler si muka kepek kemut2 yg lead...
Quote sofyayra 3-5-2021 04:54 PM
Dulu follow cerita isteri vs tunang tu, nampak serasi dia ngan scha, mcm menjadi la part flirt dia tu
Quote Belibis 3-5-2021 04:56 PM
Ooo...ingatkan kena gam dunlop.{:smile
Quote kakakgarang 3-5-2021 06:04 PM
oh.. ok.. acik tumpang kutip kacang ye...
Quote anony-mous 3-5-2021 06:09 PM
Awat he kena gam? Calling2 @user.name in case ada gmbar shirtless heols
Quote user.name 3-5-2021 06:48 PM
anony-mous replied at 3-5-2021 06:09 PM
Awat he kena gam? Calling2 @user.name in case ada gmbar shirtless heols

takde la chuolss. jumpa yang ni jahh

Quote user.name 3-5-2021 06:48 PM
anony-mous replied at 3-5-2021 06:09 PM
Awat he kena gam? Calling2 @user.name in case ada gmbar shirtless heols

Quote user.name 3-5-2021 06:49 PM
anony-mous replied at 3-5-2021 06:09 PM
Awat he kena gam? Calling2 @user.name in case ada gmbar shirtless heols

Quote user.name 3-5-2021 07:00 PM
anony-mous replied at 3-5-2021 06:09 PM
Awat he kena gam? Calling2 @user.name in case ada gmbar shirtless heols

Quote user.name 3-5-2021 07:01 PM
anony-mous replied at 3-5-2021 06:09 PM
Awat he kena gam? Calling2 @user.name in case ada gmbar shirtless heols

Quote kucim 3-5-2021 07:01 PM
Aku pernah jumpa hisyam ni depan2 kat sogo 3 thn lepas..dgn aaron aziz..serius hensem ...bini dia dgn bini aaron mekap tebal tp still cumel...
Quote giyomi 3-5-2021 07:41 PM
Edited by giyomi at 3-5-2021 07:42 PM

tak berlakon pon tak heran rasanya...kat malaysia pon ramai yg berbakat...tup2 esok lusa dpt gelaran yg ditunggu.
Quote Mawar91 3-5-2021 08:31 PM
Pelakon drama Cukup derita itu seyes Sume tahap menguap.leading si kemut pulak tu.ngan caca.tpi meols suke pulak lagu Nana ost drama tu.sekali denga terus dpt tangkap.lgi best dari sekali lagi Ngan Nubhan tu.x rse drama ni leh trending Sebb tgh saing Ngan drama RASN kat Astro mse yg sme even penerbit yg sme.
Quote dejure 4-5-2021 01:16 AM
Baru ku tahu rupanya hisyam ni anak buah linda rafar..bapa dia kahwin dengan akk linda rafar.
Quote inspiro92 4-5-2021 04:45 AM
Bagus HH
X da kontroversi.nampak dia pun seorang family man yg baik.
Quote shahirakay 4-5-2021 04:59 AM
pakcik ni herlokk betul lah kejadiannya.. dah tua pun herlok lagi.

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top