Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Lan Pet Pet Buat Hal Lagi, Pukul Penghantar Makanan

4-5-2021 10:17 AM| Komen: 233

Rakaman video dipercayai pelawak Lan Pet Pet bergaduh dengan seorang lelaki tular di media sosial.

Video berdurasi 24 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dan mendakwa ahli kumpulan Senario itu melakukan kekerasan terhadap pengguna jalan raya lain.

"Punca kejadian tidak pasti, sumber netizen mengatakan seorang pelawak terkenal serta pelakon Lan Pet Pet.

"Lan pet pet dengan gaduh memang tak boleh berpisah. Bukan je pandai buat lawak, pandai bergaduh juga," tulis pengguna Facebook yang berkongsi klip video berkenaan.


Dalam rakaman tersebut, kelihatan Lan merangkul dan memukul kepala seorang lelaki yang dipercayai penghantar makanan sambil ditenangkan oleh beberapa orang awam lain.

Pelawak itu turut memberi amaran kepada lelaki tersebut yang berbunyi, 'hang nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?'

Video itu dirakam dari dalam sebuah kenderaan oleh seorang pengguna jalan raya yang turut berada di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi dan masa kejadian itu berlaku.



mStar sedang berusaha mendapatkan penjelasan Lan atau nama sebenar Mazlan Ahmad ini berhubung rakaman video tersebut.

Pada April 2019, Lan pernah terbabit dengan insiden mengasari pengawal keselamatan di sebuah pondok pengawal di Nilai, Negeri Sembilan

Lan dikatakan menumbuk di bahagian muka sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa selepas ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan tersebut.



Akibat kejadian tersebut, pihak polis telah menahan pelawak berkenaan tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Lan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan dan didenda sebanyak RM2,000. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 233
Komen

Previous : Isu Hantaran 20k Hina Orang Sabah - Siti Sarah Dedah Rahsia Perkahwinan 10 Tahun Dulu

Next       : Nad Zainal Tegur Gadis TikTok Kritik Nabila Razali, Busuk Nama Budak Teater!

Komen Terbaru

Quote rhea85 9-5-2021 06:23 AM
mcm ada amek brg je...ke idokkk

Lain-lain Komen

Quote prizadane 4-5-2021 09:38 AM
Memang baran ke camne ni? Not first case pukul ya
Quote Cleocatra 4-5-2021 09:39 AM
Kaki pukul la si Pet ni. Elok kasi sumbat kat dalam barang seminggu dua.
Quote xein 4-5-2021 09:40 AM
"Hang tau dak aku sapa?" katanya.... retis2 kat malaysia ni even yg sendu & sangkak memang perasan deme ni somebody ek? hahahaha
Quote cruz2 4-5-2021 09:42 AM
Ada yg komen zaman dia bukak gerai roti canai pon selalu dok cari gaduh plus caras pekerja gerai lain
Quote 3chanceno 4-5-2021 09:43 AM
Cleocatra replied at 4-5-2021 09:39 AM
Kaki pukul la si Pet ni. Elok kasi sumbat kat dalam barang seminggu dua.

Kslau betul dia ,memang harus duduk dlm!!! Tak padan badan gitu pun kaki pukul!!
Quote faraway1 4-5-2021 09:46 AM
Perasan dikenali ramai lagi ke....
Quote kechikchomel 4-5-2021 09:46 AM
cruz2 replied at 4-5-2021 09:42 AM
Ada yg komen zaman dia bukak gerai roti canai pon selalu dok cari gaduh plus caras pekerja gerai lai ...

aahhh...pastu anak sedara dia pun lari g gerai sebelah kan?


nak tau gak apa yg rider tu buat sampai Lan ni mengamuk.
tapi dia ni nampak macam baran la. cakap pun jenis menengking2 gituh
Quote zulka 4-5-2021 09:47 AM
hangpa baghu tau ka dia kaki pukui.. aku dah lama tau
Quote beloomberk 4-5-2021 09:48 AM
Dulu viral suka tolong org.. Skrg viral suka pukul org pulak.  Aiyoo..
Quote puanbintang 4-5-2021 09:52 AM
ayooo...dah tua2 pun gini punya perangai...
Quote Minami2013 4-5-2021 09:52 AM
Sejenis baran.. nauzubillah jumpa org baran mcm ni
Quote markonahlah 4-5-2021 09:52 AM
Kalau kat luar x segan silu pukul org..tak tahu kat rumah dia mcm mana
Quote markonahlah 4-5-2021 09:53 AM
Boomibulat replied at 4-5-2021 09:46 AM
Harap cik @user.name dpt tempek video..sy x dpt cari lg..


Quote manehnya 4-5-2021 09:58 AM
tak abih lg ka dia ni... samseng x habis lagi... kes baru ka ni...
Quote Boomibulat 4-5-2021 09:59 AM

Terima kasih...         
Quote Ferr_Remy 4-5-2021 10:01 AM
Edited by Ferr_Remy at 4-5-2021 10:03 AM

Lan PetPot : Hang tau aku sapa?

Aku : Tau... mamat bodoh yg konon2 pak lawak tapi tak sedar diri tu da tua sendu plak tu acah2 remaja lagi. Kah3.
Quote Redmyvi 4-5-2021 10:04 AM
Mmg lan ni panas baran pun.. lama dh..

Dah tua2 makin menjadi lak baran dia..

Bulan baik ni elok bnyakkn bersabar...
Quote sue_liah 4-5-2021 10:04 AM
dia ni mmmg dulu2 nk jd ahli gusti ke apa

asik la nak mengusti org, tk padan dgn keding samseng sgt la tu
Quote makadek 4-5-2021 10:05 AM
Samseng tuo buruk tk de class

Lihat semua komen(233)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top