Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tikam Isteri Kerana Bonceng Motor Dengan Lelaki Lain

5-5-2021 06:01 AM Komen: 3
Berang melihat isterinya membonceng motosikal dengan lelaki lain, seorang lelaki nekad menikam wanita itu.

Berikutan video kejadian yang ditularkan di media sosial, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pihak berkuasa selepas melarikan diri ke Garut, Jawa Barat.

Menurut sumber TribunNews, kejadian di Margahayu Selatan, Margahayu di Bandung itu berlaku pada 29 April lalu sekitar jam 2 petang.


Kredit foto: TribunNews

Jurucakap polis Dwi Indra Laksmana berkata, perbuatan suspek bermotifkan cemburu melihat isterinya berusia 25 tahun menaiki motosikal bersama lelaki lain.

Ketika kejadian, suspek bertemu mangsa yang sedang berjalan bersama temannya.

Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek memukul dan menikam mangsa.

Tiga hari selepas kejadian, polis menahan suspek dan merampas beberapa barang bukti seperti sebilah pisau, baju berwarna biru gelap dan seluar jeans yang terdapat kesan darah.

Mangsa yang cedera ditikam di bahagian kanan pinggang, perut dan lengan kanan kini masih dirawat di hospital.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara lima tahun. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote NataliaLuiz 6-5-2021 07:54 AM
Indonesian ni mcm2 kes la.

Lain-lain Komen

Quote swateng1 5-5-2021 09:01 AM
kawen dengan bohsia ke? bini suka hati naik moto jantan lain
Quote hareeeesah 5-5-2021 09:09 AM
Sana kan biasa naik motor dengan orang lain, gojek ke apo namo eh...
Quote NataliaLuiz 6-5-2021 07:54 AM
Indonesian ni mcm2 kes la.

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top