Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

"Berdebar Baca WhatsApp Tu!" - 2 Kali Lelaki Tak Dikenali Cuba Bawa Anak Keluar Dari Sekolah

5-5-2021 06:22 AM Komen: 38
Hati-hati ibu bapa dan guru semua! Pastikan anak atau pelajar anda tidak terus percaya bulat-bulat sekiranya menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali.


Gambar hiasan

Begitulah kisah benar yang didedahkan oleh seorang guru menerusi satu perkongsian di laman Facebook beliau sehingga menjadi tular.

Menurut guru berkenaan, Mohd Fadli Salleh, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas bertemu seorang bapa yang datang ke kedainya bersama dua anak untuk membeli fon kepala dan membaiki skrin telefon.



Bercerita lanjut kepada Mohd Fadli, bapa berkenaan memberitahu telah dihubungi oleh guru kelas anaknya pada minggu lepas mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai abang saudara dan mahu menjemput anaknya di sekolah atas urusan keluarga.

Terkejut dan risau, si bapa bergegas ke sekolah untuk mengambil anaknya.



Individu yang cuba menyamar sebagai abang saudara kepada anak perempuan berusia 16 tahun itu bagaimanapun tidak serik, dan menyamar pula sebagai guru kelas anaknya.

Siap memaklumkan hanya anaknya saja belum tiba dan rakan-rakan lain sedang menunggunya di sekolah untuk menyiapkan sebuah projek.



Namun kata guru itu, mujur bapa kepada pelajar Tingkatan Empat itu bersikap rasional dan tidak melatah dengan membuat tindakan bijak.

Menurut Mohd Fadli, bapa berkenaan telah membuat satu laporan polis, dan menerusi tangkap layar laporan tersebut turut dimaklumkan bahawa emel milik bapa itu turut digodam.


Kredit foto: FB Mohd Fadli Salleh

"Semoga pihak polis dapat menangkap segera penjahat ini. Hati-hati semua. Bulan puasa pun ada penyamar dan penjahat ingin melakukan perkara yang tak baik pada anak-anak kita.

"Semoga anak-anak kita sentiasa dibawah lindunganNya. Amin," ujarnya.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 38
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote 3480 29-5-2021 05:29 PM
Penjahat dpt no hp cgu n parent mestila dlm group wasap kelas kan

Lain-lain Komen

Quote little_sis 5-5-2021 06:29 AM
Macamana penjahat boleh dpt no telefon guru kelas, bapa pelajar, email bapa pelajar.. mesti dorang ni saling kenal ni
Quote Nana_Man 5-5-2021 06:39 AM
little_sis replied at 5-5-2021 06:29 AM
Macamana penjahat boleh dpt no telefon guru kelas, bapa pelajar, email bapa pelajar.. mesti dorang n ...

Mgkn musuh.....
Quote Normabaru 5-5-2021 06:55 AM
Soalan atas mmg sangat logik..

Klu ni bkn kes parent cerai and trying to get to each other guna ank
Then it must be the case of ank nk g dating dgn laki ni tp cinta terhalang ting 4 kot.. Xkan la xreti jerit klu ada org xkenal angkot pula khuens. Hehe
Quote copy_paste 5-5-2021 07:04 AM
obses dgn budak perempuan tu kot..... sbb tu dia buat sampai mcm tu.....
Quote nipskacang 5-5-2021 07:13 AM
Normabaru replied at 5-5-2021 06:55 AM
Soalan atas mmg sangat logik..

Klu ni bkn kes parent cerai and trying to get to each other guna  ...

I pon fikir mcm uols ,  mst pakwe bdk ni ke ape. Jenis laki obses sampai ke cikgu & parents pon die berani contact ish seram
Quote Normabaru 5-5-2021 07:14 AM
nipskacang replied at 5-5-2021 07:13 AM
I pon fikir mcm uols ,  mst pakwe bdk ni ke ape. Jenis laki obses sampai ke cikgu & parents pon di ...

Tula.. Mula2 ingt ank dia darjah 4..rupenya tgktn 4!!!siap ngaku hensem..mental sungguh
Quote mclaren 5-5-2021 07:17 AM
Tak siasat pulak if anak dia kenal lelaki tu
Quote shida81 5-5-2021 07:23 AM
Stalker???
Quote AKAZ85 5-5-2021 07:36 AM
Sy hensem tu xleh blah tu.. Hahahaha.. Telan ketum letak ubat nyamuk ke budak tu?
Quote imransulaiman 5-5-2021 08:18 AM
Perghhhh! Cikgu tu ada kedai henfon!
Quote taji2906 5-5-2021 08:26 AM
tak siasat ke anak dia kenal ke tak? biasa la umur remaja ni lain sikit. aku rasa mcm budak sekolah tu jgk kot? sebab tau no telefon cikgu tu jugak. atau pun anak dia sendiri ada peranan jgk. mungkin la.

dan kalau aku la, kali kedua dia bgth suh anak datang sekolah tu, memang aku yg antar anak tu dan tunggu tengok mana dia pergi. atau sapa yg dtg kemudian. pastu cepuk sikit antar ke polis. done.
Quote darkness 5-5-2021 08:28 AM
Xkan budak perempuan tu tak kenal? Nontel mak pak kut..mcmna boleh org lain tau melainkan anaknya sendirik bgtau? Cross check anak tu jgk
Quote tikusmontok 5-5-2021 08:30 AM
balak dari tenet kot ni
Quote Carcosa 5-5-2021 08:36 AM
Boleh tak hati keladak meols mengatakan mamat tu adalah boipren si anak? Sbb apa tau, message yg mula2 tu mcm BBNU menaip. Part hensem tu meols maafin, sbb dia typo HENDAK kan. Ok.
Then message kedua, bunyik lagi sedap, mcm drpd org lagi tua. Maybe sbb pertama tak berjaya, dia mintak tolong org tua drpd dia.
Then ada org masukkan nombor tepon tu dkt apps GetCall ke apa tah, keluar nama KHAIRUL yach Siap ada emoji lagi dkt hujung nama Khairul tu.
Then lepas viral, ada org masukkan nama dkt nombor ni dkt apps TrueCaller, "Awas Peculik Kanak2" or something like that. You be the judge.
Sekian hati keladak me'ols melaporkan
Quote awanysss 5-5-2021 09:45 AM
Normabaru replied at 5-5-2021 06:55 AM
Soalan atas mmg sangat logik..

Klu ni bkn kes parent cerai and trying to get to each other guna  ...

setuju..
masa mula2 aku baca igtkan anak dia sekolah rendah ke apa..
ini 16 tahun.. kalau cikgu lepaskan pun pd 'abg saudara' dia tu, takkan la dia bodoh nak ikut org tak kenal..


aku bukan nak buruk sangka, tp kesian bapak dia kalau anak dia tipu camtu..
Quote hareeeesah 5-5-2021 09:51 AM
Confident ke ko hensem..  ish risau nya zaman skarang. Jangan pulak kot anak kenal kat apps merepek zaman skarang. Minta dijauhkan dari keluarga kami..
Quote nipskacang 5-5-2021 09:53 AM
Normabaru replied at 5-5-2021 07:14 AM
Tula.. Mula2 ingt ank dia darjah 4..rupenya tgktn 4!!!siap ngaku hensem..mental sungguh

Hahaha tulah,  mengaku hensem,  obviously mental. Run for your lifeeee dikk
Quote nanies 5-5-2021 11:13 AM
camne dia boleh ada number cikgu kelas? or camne dia ada number bapak budak tu? ke ada plot twist? si anak suh boipren yg buat giteww?
Quote Kurex 5-5-2021 02:00 PM
Sesungguhnya hati iols tetap mengatakan budak pompuan ni garit

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top