Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Janna Nick Tak Ada Niat Nak Raih Simpati

5-5-2021 02:08 PM| Komen: 16

Pendedahan Janna Nick mengenai dia mengalami masalah gangguan bipolar dan pernah melakukan cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun itu bukan untuk meraih simpati.

Janna berkata, ia sebagai perkongsian kepada orang ramai supaya lebih peka terhadap permasalahan berkaitan kesihatan mental.

Foto: IG

Menurutnya, keadaannya kini makin stabil namun masih mengambil ubat selain perlu bertemu pakar psikatri.

Bagaimanapun, dia berdepan cabaran apabila kebanyakan ubat diberikan doktor tidak sesuai dengan situasi kerjayanya.



"Keadaan saya sekarang okay sebab masih lagi di bawah pemantauan ubat daripada doktor. Cuma, cabaran dan dugaannya apabila ubat yang perlu saya ambil itu tidak sesuai untuk kerjaya ini kerana ia memberi kesan cepat mengantuk selain terlebih tenang. Saya sebenarnya sudah tiga kali bertukar ubat yang sesuai," katanya kepada Harian Metro.


Bercerita mengenai reaksi keluarganya, Janna berkata, mereka agak terkejut dan tidak sangka dengan keadaan dialaminya sehebat itu.

"Selama ini, mereka tahu apa yang pernah saya buat seperti pendedahan yang dibuat sebelum ini, tapi mereka tidak menyangka masalah gangguan kesihatan mental ini sebenarnya serius.

"Saya sendiri pun terkejut apabila doktor mengesahkan saya mengalami masalah gangguan bipolar dan pemikiran saya berada dalam keadaan tidak seimbang ketika itu. Ia bukan sakit seperti demam yang cepat kita boleh sedar dan tahu," katanya.




April lalu, Janna tampil mendedahkan di Instagram bahawa dia mengalami masalah gangguan bipolar selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua kali ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Menerusi satu hantaran di media sosial itu, Janna berkata, dia juga bergantung dengan ubat anti kemurungan serta mendapatkan pemerhatian rawatan daripada doktor pakar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 16
Komen

Previous : Isu Pukul Rider, Lan Pet Pet Buat Laporan Polis Wanita Tular Video

Next       : Rezeki Anak Scha Dan Awal-Lampin Pakai Buang, Sabun, Mainan, Katil, Semua Tak Keluar Duit

Komen Terbaru

Quote biozipstar 9-5-2021 07:09 PM
aku ada kawan yg toreh2 tangan tapi sbb pakwe masa umur 15 tahun. huhu

jana. kau kena ada sistem support yg kuat kot... berapa ramai yg ada childhood yg teruk.. ramai aje. tak semua menghasilkan masalah bipolar... good luck

Lain-lain Komen

Quote ajinomotonosuga 5-5-2021 02:28 PM
Minah mental... mampuih sapa jadi laki dia...potong totey pun selamba je ni

Ramai btui mesian mental...hmmm mkn hasil haram bnyk kut..takdok barokah
Quote Kurex 5-5-2021 02:56 PM
Tak sabar nak hari raya, boleh maki
Quote 3chanceno 5-5-2021 02:57 PM
Kalau bukan kerna nak raih simpati, habis tu apa motif?? Pasal dah sendu ke??? #tanyajer
Quote isbritneybich 5-5-2021 03:47 PM
nak tarik younger crowd buat la cerita mental health. konfirm dapat sambutan dan simpati dan dianggap suci
Quote tikusmontok 5-5-2021 04:08 PM
dah teruk kena kecam akibat mencapub retis korea, tetiba baru sedar bipolar...
Quote Pak.dolla 5-5-2021 04:14 PM
Dia ni kalau ada kisah artis lain trending, dia pun apa lagi....masukkkkk mencapap
Quote SayaSayangMama 5-5-2021 04:22 PM
Klu kurus ni sure lawa gila boleh masuk international gitu. Tp skrg lawa. My two cent. Klu amira rusli pulak klu berisi sikit lawa lg comel
Quote Minami2013 5-5-2021 06:12 PM
Moga cepat sembuh. Kdg i terfikir juga tiba2 dia ckp itu lah watak dia dlm filem, atau drama bla bla bla.. boleh menaikkan kemarahan kalau ya..
Quote giyomi 5-5-2021 06:40 PM
akak tetap tak simpati...sorry, next
Quote samshik 5-5-2021 06:52 PM
So nak hakak call spital ke caner??
Quote slyfynx 5-5-2021 09:21 PM
OK. Next....
Orang kalau ade mental health issues ni kene bercerita dengan confidante, bukan dengan medsos
Quote Bipolajourney 6-5-2021 07:06 AM
ajinomotonosuga replied at 5-5-2021 02:28 PM
Minah mental... mampuih sapa jadi laki dia...potong totey pun selamba je ni

Ramai btui mesian men ...

Semoga Allah tidak menguji hang dengan depression.
Quote Bipolajourney 6-5-2021 07:08 AM
slyfynx replied at 5-5-2021 09:21 PM
OK. Next....
Orang kalau ade mental health issues ni kene bercerita dengan confidante, bukan dengan ...

Dulu aku pernah tulis di medsos, macam Janna untuk kasi kesedaran kononnya. Kalau mentaliti ummah ketiga, ingat senang nak ubah ke. Belum lagi bab acik porum caprut keje mencela sahaja. Udah le bodoh berkenaan penyakit kecelaruan mental, dituduh pula orang sakit buat buat. Jangan sampai Allah uji dengan bipolar disorder. Masa tu baru ko tau, murung dan mania.
Quote kaedahnya 6-5-2021 07:17 AM
dia jenis nak bagi semua benda perfect untuk family kot, pastu bila ada benda tak sama dengan plan dia, dia tertekan. komitmen banyak pulak. better cairkan aset then clearkan komitmen mana yang boleh. u can do it ewah.
Quote limesherbet 6-5-2021 07:18 AM
musykil dia ni mental atau gangguan jin.

dah ruqyah tak janna. sebab gangguan jin kalau pergi jumpa doc, doc akan diagnoise as bipolar ......kalau ruqyah, dia ada reaction means dia gangguan jin..kalau ruqyah dia takda reaction baru sah bipolar
Quote biozipstar 9-5-2021 07:09 PM
aku ada kawan yg toreh2 tangan tapi sbb pakwe masa umur 15 tahun. huhu

jana. kau kena ada sistem support yg kuat kot... berapa ramai yg ada childhood yg teruk.. ramai aje. tak semua menghasilkan masalah bipolar... good luck

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top