Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Saiful Apek Minta Lan Pet Pet Diberi Ruang

5-5-2021 02:21 PM| Komen: 7

Pelawak dan pelakon Saiful Apek percaya pasti ada sesuatu yang menyebabkan anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet bersikap agresif sehingga memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan seperti dalam video yang tular semalam.

Apek yang juga anggota kumpulan lawak itu berkata, sepanjang mengenali Lan dia bukanlah seorang yang bersikap panas baran atau cepat melenting.

"Saya percaya ada sesuatu yang dilontarkan kepadanya hingga menyebabkan dia menjadi luar kawalan. Saya sendiri pun pernah dilemparkan kata-kata tidak sepatutnya oleh 'haters', tetapi saya berjaya kawal keadaan dan mungkin itu kekuatan saya berjaya mengelak dan tidak memanjangkan isu. Ia cara masing-masing untuk mengatasi tekanan.

"Saya rasa fitrah manusia, terlajak melakukan sesuatu yang khilaf. Apapun kami adik-beradik Senario tidak pernah menilai sesama sendiri, kami dah faham sesama sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Vieura 2021 di sini, semalam.


Foto: Harian Metro

Menurut Apek, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan pihak lain dan sehingga kini belum menghubungi Lan untuk bertanyakan situasi yang berlaku.

"Saya tahu pun selepas diberitahu orang lain. Saya juga tidak menghubungi Lan sebab saya kenal sahabat saya. Saya tak ada hubungi dia untuk bertanya atau apa. Berilah dia ruang, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dia lalui.

"Saya berkata begini bukan kerana nak menyebelahi kawan atau apa, tetapi sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat 'jatuh hukum'. Kami (Senario) sudah seperti keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi, masing-masing akan biar keadaan 'sejuk' dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk bercakap," katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Lan bagi mendapatkan penjelasannya mengenai kejadian itu tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, Sabtu lalu, Lan dikatakan berselisih faham dengan seorang penghantar makanan di hadapan kedutaan Rusia di Kuala Lumpur.

Lan juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, pernah mencetuskan kegemparan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 7
Komen

Previous : Isu Pukul Rider, Lan Pet Pet Buat Laporan Polis Wanita Tular Video

Next       : Afieq Shazwan Update Hubungan Dengan Wany Kayrie

Komen Terbaru

Quote biozipstar 9-5-2021 07:03 PM
hmm sempat pulak wartawan pi tanya apek utk majlis anugerah tu. apoooo

Lain-lain Komen

Quote Belibis 5-5-2021 02:56 PM
Yaaaa..beri ruang sel sungai buloh..6 bulan dah memadai.
Quote CiliPadiSedap 5-5-2021 03:18 PM
Bila kayangan beri ruang buka kertas siasatan. Bila.marhean terus kompaun terus dakwa.

Merak di kayangan gagak di rimba- lagu rock 90an zaman atuk
Quote manehnya 5-5-2021 03:56 PM
Bkn pertama kali kann{:nose
Quote uori 5-5-2021 06:30 PM
ruang nak cari alasan ke apa?
Quote anony-mous 6-5-2021 04:37 AM
Klau tgk rupa si lan tu mmg xgaya org panas baran. Tgk selalu senyum jah. Tp dah byk kes kan? Jd susah nk ckp. Wife dia n dia pon dah lama kahwin maksudnya masihbbertahan
Quote LadyCarefree 6-5-2021 01:29 PM
Retis kalau buat taik je sibuk suruh beri ruang. Kalau x, paling mencapub supaya dapat attention
Quote biozipstar 9-5-2021 07:03 PM
hmm sempat pulak wartawan pi tanya apek utk majlis anugerah tu. apoooo

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top