Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Ramai Nak Jadi Menantu Zarina Zainuddin- Azal Nak Yang Vogue, Tak Pakai Tudung, Putih, Mancung

5-5-2021 03:55 PM|Oleh: Saiful| Komen: 186

Ramai sungguh wanita yang hantar DM kepada Zarina Zainuddin, menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anaknya, Muhammad Raizal Azrai, 25, atau Azal.

Bukan sahaja wanita muda, malah ada wanita yang sebaya Zarina, 51 juga turut mencuba nasib.


Foto: IG

"Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu.

"Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang 'vogue' saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung," katanya kepada Harian Metro.

Namun menurut pelakon ini dia mengambil pendekatan untuk tidak membalas mesej-mesej berkenaan.


"Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah.

"Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti."


Zarina menambah dia tidak berkira langsung untuk menawarkan gaji.

"Soal gaji saya tak kisah nak bayar asalkan sesuai dengan pilihan Azal," tambahnya.-CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 186
Komen

Previous : Isu Pukul Rider, Lan Pet Pet Buat Laporan Polis Wanita Tular Video

Next       : Tanya Jumlah Pengikut IG, Syanie Kecewa Dengan Syarikat Produksi

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 15-5-2021 08:17 PM
Aku kalau baca pasal dia ni, aku excuse kan sebab maknya pun setakat penilaian darjah 5 jerk.

Lain-lain Komen

Quote asudau 5-5-2021 03:58 PM
amboi dik memilihnya...
semoga ko mendapat wanita yang ko idamkan dik
Quote makadek 5-5-2021 03:59 PM
Asyik nk tekankan gaji je
Pastu ko pk org mintak anak ko gilakan duit
Eh meluat lak aku
Quote minahmanja 5-5-2021 04:02 PM
sebenarnya utk tahap iq & masalah kesihatan azal ni, mmg diboleh kan kawin ke..
Quote mawarika 5-5-2021 04:08 PM
Mampuihhhh... tepuk dahi
Ko ingat ko bratt pittt???
Quote taji2906 5-5-2021 04:09 PM
cukup syarat ke dia ni layak berkahwin?
Quote natrahn 5-5-2021 04:14 PM
Hukum perkahwinan itu boleh dibahagikan kepada beberapa hukum. Ianya boleh menjadi wajib,sunat, harus, makruh dan haram mengikut situasi tertentu dan keadaan yang tertentu.

Seseorang wajib untuk berkahwin jika ia sudah berkemampuan dan takut akan membawanya ke lembah kebinasaan jika dia tidak berkahwin.

Ianya menjadi sunat jika dia berkemampuan dan mampu menahan dirinya daripada melakukan perkara yang haram.

Ianya juga boleh menjadi makruh jika dia tahu bahawa jika dia berkahwin maka ia bakal mengakibatkan kezaliman.

Begitu juga  ianya bahkan boleh menjadi haram jika perkahwinan yang dibina itu sememangnya akan  mengakibatkan kezaliman dan kesengsaraan.

Perlu diingat biarlah perkahwinan yang dibina itu perlulah berlandaskan taqwa bukan untuk menzalimi atau menyakiti orang lain. Jika tidak suka maka nyatakan secara terus terang kepada ahli keluarga. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua. Wallahu’alam.


https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4157-irsyad-al-fatwa-siri-ke-412-adakah-boleh-berkahwin-dengan-niat-untuk-bercerai
Quote bottombikini 5-5-2021 04:18 PM
mahal nau ke gaji nya yg dikompangkan sangat tuh

yihhh geli pulak aku nengok dia tak berbaju
Quote eyansss 5-5-2021 04:20 PM
tu dia demand ko dek...  tapi nak marah pun takleh sebab dia bukan faham ketidaksempurnaan dia tu...  yang aku nak marah, maknye la... dok pungpangpungpang bagi harapan pastu kalut bagitau tanak balas message sebab tanak bagi harapan...  ke perempuan ni menagih simpati guna anak aje ni...  haish...
Quote evlinne 5-5-2021 04:33 PM
MissVixen replied at 5-5-2021 04:20 PM
Nak putih, hidung mancung kaki panjang. Tak sedar diri. Dah la cacat mental, nak kahwin pun memilih. ...

Nak tulis camni tapi takut hihi
Salah zarina jugalah ni
Ujung2 dok kata biarlah azal kawen dgn bidadari. Whuttt
Btw kalau dia bagi gaji 5 ribu sebulan mcm laki trisna tu mmg ramailah yg nak kot musim2 pandemik ni org desperate nak keje
Quote kucingitam 5-5-2021 04:34 PM
teringat drama kerana cintaku saerah yg benji berlakon..so sedih..
Quote makadek 5-5-2021 04:38 PM
bottombikini replied at 5-5-2021 04:18 PM
mahal nau ke gaji nya yg dikompangkan sangat tuh

yihhh geli pulak aku nengok dia tak berbaju : ...

Ada 6k tak...nafkah lain ,joli lain mampu ke
Quote kakakgarang 5-5-2021 04:43 PM
hahaaha.. bole je azal nak bini mcm tu.. semestinya bodoh muka je cantik
Quote MatDeghem 5-5-2021 04:48 PM
Tak sabar nak tengok calon2 menantu zarina..dan yg di pilih jadi isteri anak OKU nya.
Masih ujud lagi kaedah hamba abdi....
Sapa kah bakal jadi hamba abdi Zarina.
Quote sarah82 5-5-2021 04:56 PM
10k pun x cukup sebulan.
Quote prettyuglybabe 5-5-2021 05:01 PM
kau nak yang vogue lawa cantik terletak putih mulus sexy..
tapi masalahnya yang vogue lawa cantik terletak putih mulus sexy tu nak ke kat kau..
Quote jiwakacau06 5-5-2021 05:02 PM
sarah82 replied at 5-5-2021 04:56 PM
10k pun x cukup sebulan.

btl...nk hadap 24jam...blum lagi mai prgai bukan2 dia...jenis pukul org ni...
Quote sarah82 5-5-2021 05:02 PM
jiwakacau06 replied at 5-5-2021 05:02 PM
btl...nk hadap 24jam...blum lagi mai prgai bukan2 dia...jenis pukul org ni...

Betul.. Bukan senang nak layan anak dia.
Quote sfrnna 5-5-2021 05:08 PM
Maknye pun satu. Ni mesti dok exposed anak dia dgn perempuan2 seksi. Kalau tak takda dia request benda2 macam ni laa. Ke sebenarnya mak dia ni lapar perhatian gak.
Quote Meiizu 5-5-2021 05:10 PM
sangup ke nak mengeseks dgn org ........adoii siyess a
zarina pun satu , anak dia nak bukan cukup syarat kawin sebab mental tak sihat

Lihat semua komen(186)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top