Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Hiburkan Perut, Selera Dan Hati Frontliner- Permaisuri Agong Masak Bubur Lambuk

5-5-2021 04:09 PM Komen: 66
Petugas barisan hadapan di sekitar ibu negara hari ini bertuah apabila Raja Pemaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang terkenal dengan hobi memasaknya, berkenan menyediakan juadah bubur lambuk buat mereka.

Istimewanya bubur lambuk yang dimasak mengikut resipi dari Johor dan Pahang itu, turut mendapat 'sentuhan' daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli membantu Raja Permaisuri memasak di perkarangan surau utama Istana Negara hari ini.

Turut membantu menyediakan juadah itu ialah Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al- Sultan Abdullah.


Foto: Harian Metro

Sambil dibantu kira-kira 180 pegawai dan kakitangan Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN), Tunku Azizah kelihatan lincah 'beraksi' sejak awal proses memasak makanan tradisi setiap kali bulan Ramadan itu, yang disiapkan dengan mengambil masa kira-kira tiga jam.

"Saya harap bubur lambuk ini dapat hiburkan perut, selera dan hati petugas barisan hadapan kita. Harap bubur ini sedaplah kerana saya bukan masak ala kadar, masak bahan-bahan semua cukup, bagaimana saya makan begitulah saya masak," titah Tunku Azizah kepada pemberita.

Tunku Azizah juga menzahirkan hasrat untuk mengagihkan bubur lambuk kepada rakyat di pintu-pintu Istana Negara, namun disebabkan kekangan Covid-19, baginda berharap program itu dapat dibuat pada tahun hadapan.

Sementara itu, Pengerusi KEKSIN Mohd Irfan Idrus berkata program memasak bubur lambuk yang bermula kira-kira 11.30 pagi itu adalah aktiviti tahunan dianjurkan pihaknya bersempena bulan Ramadan.

Katanya sebanyak empat kawah bubur lambuk dimasak pada hari ini, dua menggunakan resipi Johor dan dua lagi resipi Pahang.

Mohd Irfan yang juga Ketua Pegawai Pentadbir di Istana Negara berkata sebanyak 1,600 bubur lambuk akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Kuala Lumpur hari ini sebagai menghargai jasa mereka dalam membantu negara memerangi pandemik Covid-19. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 66
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote isbritneybich 7-5-2021 10:32 AM
#sucikandirike

Lain-lain Komen

Quote Kurex 5-5-2021 04:18 PM
Sebenarnya tujuan sebenar utk menambat hati rakyat semula kan............
Quote bottombikini 5-5-2021 04:21 PM
dengan ini rakyat jelata pun sejuk hatiii..
Quote bluebutter 5-5-2021 04:48 PM
Okayyyyy.

Good girl.
Quote Tinot7 5-5-2021 05:30 PM
apa beza resepi johor dgn pahang?

Katanya sebanyak empat kawah bubur lambuk dimasak pada hari ini, dua menggunakan resipi Johor dan dua lagi resipi Pahang.
Quote dani-rox 5-5-2021 05:34 PM

Quote Boomibulat 5-5-2021 05:35 PM
Kt Kg Bharu ada bubur lambok PakHassan ke apa..pkl 12 org dh beratur beli..sdp sgt ke,sape2 pnh rasa?
Quote kam3n 5-5-2021 05:36 PM
Tinot7 replied at 5-5-2021 05:30 PM
apa beza resepi johor dgn pahang?

Pahang punya guna isi ikan, tak ada rempah ratus 3-4 mak nenek serangkai, tak ada letak sayur omputih. Johor punya tak pasti, pernah makan yang selangor punya aje, memang tak kena dengan tekak sebab berempah sangat.
Quote CiliPadiSedap 5-5-2021 06:01 PM
Hebat forumer cariforum boleh teka bubur lambuk. Xsilap sista kaki di bibirmu
Quote supernaturalee 5-5-2021 06:04 PM
Hmmmmm




Quote nikaido 5-5-2021 06:05 PM
Dalam gambar RPA tengok je xmasak pun
Quote uori 5-5-2021 06:23 PM
rajinnya ajmi hehehehe
Quote songhara1226 5-5-2021 06:37 PM
nikaido replied at 5-5-2021 06:05 PM
Dalam gambar RPA tengok je xmasak pun

Amboii choulss, nk rpa reply #dengkike kat uollss
Quote becir 5-5-2021 06:39 PM
Siap mention bahan masakan semua cukup, xde kurang..okeyyyyyy

Quote Babai 5-5-2021 06:41 PM
dani-rox replied at 5-5-2021 05:34 PM

Huhuhuhuhu.
Quote n3ar 5-5-2021 06:42 PM
Boomibulat replied at 5-5-2021 05:35 PM
Kt Kg Bharu ada bubur lambok PakHassan ke apa..pkl 12 org dh beratur beli..sdp sgt ke,sape2 pnh rasa ...

Sedap juga la.. Murah pun murah.. RM2.50 sebekas... Masa dulu2 lg sedap sbb daging dia letak besar2.  Harga pun RM2 jer
Quote namr 5-5-2021 07:17 PM
Ada hashtag tak hmmmm
Quote Mulan 5-5-2021 08:06 PM
becir replied at 5-5-2021 06:39 PM
Siap mention bahan masakan semua cukup, xde kurang..okeyyyyyy

Ok!

Hehehee
Quote Belibis 5-5-2021 08:08 PM
Jarak 1m cukup ke masa kacau bubur tu??
Quote ezacbee 5-5-2021 08:09 PM
Bagi laa duit raya baru syok

Lihat semua komen(66)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top