Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Steven Seagal Bagi Katana Kepada Presiden Venezuela

6-5-2021 01:23 PM| Komen: 9

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pada Selasa menerima kunjungan hormat bintang Hollywood, Steven Seagal yang terkenal dengan aksi-aksi seni mempertahankan diri dalam filem-filem lakonannya.

Dalam kunjungan itu, Seagal yang pernah popular dalam filem 'Hard to Kill' dan 'Under Siege' menghadiahkan sebilah pedang samurai atau lebih dikenali sebagai katana di Jepun kepada Maduro di pejabatnya di Caracas.


Kredit foto: Reuters

Bintang Hollywood itu hadir tanpa memakai pelitup muka dan berpakaian serba hitam.

Menurut portal berita Explica. co, Presiden Venezuela itu turut menghunus pedang tersebut sebelum memeluk Seagal.

Tidak ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Maduro berhubung pertemuan itu.

Dalam tempoh beberapa dekad selepas Seagal mengecapi populariti, beliau menjadi penyokong kuat kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Menurut AFP, pada tahun 2016, Rusia memberikan kerakyatan kepada bintang Hollywood itu.

Putin turut menyerahkan pasport kepada Seagal secara peribadi pada tahun 2016 dan penyerahan itu disiarkan menerusi televisyen negara itu.

Amerika Syarikat (AS) sebelum ini menganggap pemilihan semula Maduro dalam pilihan raya negara itu pada tahun 2018 itu dicemari dengan penipuan.

Beliau turut dilabelkan sebagai diktator berhubung dakwaan penipuan undi dan lain-lain penyalahgunaan kuasa.

Pemimpin pembangkang, Juan Guaido kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin Venezuela yang kemudian diiktiraf lebih 50 buah negara termasuk AS.


Sumber: Sinar Harian

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Previous : Patutlah Nampak Muda Sentiasa - Krisdayanti Kongsi Rahsia Rejim Kecantikan

Next       : Intimnya Agnes Monica, Adam Rosyadi

Komen Terbaru

Quote pyropura 7-5-2021 04:41 AM
Busok2 pun reganya 15k dollar tuh.  damascus steel pastinya.

Lain-lain Komen

Quote Adrif 6-5-2021 01:53 PM
macam mana takde mask boleh jumpa presiden
Quote lavendernovella 6-5-2021 03:28 PM
Seagall ni mmg polis.
Quote taji2906 6-5-2021 03:34 PM
kemain membulat si seagal ni
Quote Babai 6-5-2021 03:35 PM
lavendernovella replied at 6-5-2021 03:28 PM
Seagall ni mmg polis.

Honorary deputy saje.
Quote Tinot7 6-5-2021 03:43 PM
lainnya rupa dia la ni
Quote Itzy 6-5-2021 06:25 PM
Adrif: macam mana takde mask boleh jumpa presiden


Hak kebebasan katanya{:cryrun
Quote sukacactus 6-5-2021 06:39 PM
Lain betul rupa dia skrg
Quote fatinandreanna 6-5-2021 11:31 PM
Oh ini rupaya katana tu. Masuk sini sbb nak tau rupa katana je. Btw, Steven Seagal dah terima kerakyatan rusia Yg mana pasportnya diserahkan oleh presiden putin secara personal tahun 2016. Means dual citizenship la seagal ni skrg. Atau exclusively russian?
Quote pyropura 7-5-2021 04:41 AM
Busok2 pun reganya 15k dollar tuh.  damascus steel pastinya.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top