Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Karnival Aidilfitri Batal, Ifa Raziah Rela Hati Akan Pulangkan Semua Bayaran

6-5-2021 02:49 PM|Oleh: LilRose| Komen: 35

Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah reda dan akur karnival Aidilfitri anjurannya dibatalkan susulan pengumuman kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur mulai 7 Mei hingga 20 Mei.


Kredit foto: Gempak

Dia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn Bhd berkata, selaku penganjur Starvendors Mega Raya Fest 2021, dia berjanji memulangkan semula bayaran penyewa tapak.


 
Kredit foto: IG Ifa

"Terlebih dahulu pihak pengurusan STARVENDORS EVENT SDN BHD ingin memohon maaf kepada semua vendorian, selebriti, tenaga kerja, kontraktor, kru dan semua yang telah bekerjasama menjayakan event kami.

"Pihak pengurusan STAR VENDORS dengan rela hati akan MEMULANGKAN semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors. Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah di sidang media STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2021 pada 24th April 2021 lalu," tulisnya di Instagram.



Katanya, proses berkenaan akan dibuat dalam tempoh 60 hari waktu bekerja bermula dari Tarikh 7hb Mei 2021.

"Doa yang baik-baik, Insyallah yang datang semua yang baik-baik," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 35
Komen

Previous : "Yuna Penyanyi No. 1, Bukan Datuk Seri Siti" - Kenyataan Hatta Dolmat Dikecam

Next       : “Ni Baru Betul, Good Job!” Majlis Pernikahan Sheera Iskandar Dipuji Ramai Kerana Patuh SOP

Komen Terbaru

Quote biozipstar 9-5-2021 06:53 PM
uhuhuhu... tak paham nak kena buat2 benda gini bersesak2... hmm..

Lain-lain Komen

Quote LadyCarefree 6-5-2021 03:03 PM
Adan uke. Xgheti gheti pasal pandemic.
Quote BicaraHatiku 6-5-2021 03:07 PM
Edited by BicaraHatiku at 6-5-2021 03:12 PM

Tak payah la dok anjor gigih buat karnival itu ini atau bazaar ramadan kew kt tempat2 shopping complex indoor terperok itew. Sebelum pandamix pun tak der bermanusia inikan skrg! Last2 meniaga bawah pokok tepi jalan lagi huntong 2 minggu cover dah loss. Pengalaman meols dan aunty 2 tahun lepas. Serik szis!
Quote squeeze 6-5-2021 04:16 PM
time2 gini xyah lah buat karnival..tibe2 kene cancel hangus duit...
Quote hareeeesah 6-5-2021 04:21 PM
Tengok bazaar yang dah ada pun boleh agak sop takkan diikut punya. Pun degil nak buat bazaar apa lagi kak.. baik la kejar pahala berganda-ganda 10malam terakhir hehehe
Quote 234126 6-5-2021 06:35 PM
Kat twitter ada lady ni merayu beli biskut dia sebab dia habis beribu nak join karnival tu, buat cookies banyak sangat ujung2 tak boleh jual sekarang kena jual online dgn masa terhad ni
Quote TerataiMelur02 6-5-2021 06:51 PM
Untung sangat ke jadi penganjur ni?
Quote nur123 6-5-2021 08:10 PM
didie alias je sempat buat karnival
Quote Tukul.Besi 6-5-2021 08:12 PM
Didie alias sujud syukur yach nasib baik dapat date awal.



Tapi event dia pun sendu takde org sgt. Booth pun x best ntah apa2 je yg jual.
Quote Orix 6-5-2021 09:06 PM
Byak ke eh profit anjur karnival cmni ? Gigih jugak la retis buat. Iols rs memula dlu hanis zalikha anjurkan n iols pernah pegi dekat shah alam, senduu jah.
Quote TomyamPuteh 6-5-2021 09:24 PM
Tu la. Sapa srh filter smpai 7 lapis.
Quote Perawankota 7-5-2021 04:42 AM
Akak aku ada ajak p awai2 tu.. Terus aku ckp, tak kuasa nk p tempat2 mcmtu, yg datang pon setakat berjalan jer, yg beli x ramai pon..
Quote sweetfasha 7-5-2021 07:55 AM
alhamdullillah kensel.. tak boleh bayangkan kalau berjaya buat
Quote nellyberry 7-5-2021 08:28 AM
234126 replied at 6-5-2021 06:35 PM
Kat twitter ada lady ni merayu beli biskut dia sebab dia habis beribu nak join karnival tu, buat coo ...

bagi I org yg join karnival pada musim-musim pandemik ni selfish, tamak.yang anjur tu lagi la bodoh tak bertempat.
tahu la nak tolong utk berniaga, tapi tgk la keadaan sekarang.
lagi pun rasa dah tak hype sangat karnival-karnival mcm nih, dulu-dulu je orang gigih nak pegi.
sewa tapak pun kemain mahal, harga barang pun bukan main mahal.
Quote bottombikini 7-5-2021 08:40 AM
dia pikir gempak kalo dapat buat..

sekaliiii
Quote samshik 7-5-2021 08:44 AM
Y is I kenot husnuzon ngn acik filter ni.. Smoga betuila sume org dpt duit balik.. We'll see..
Quote Suchi 7-5-2021 09:14 AM
Kalau refund balik insyaAllah nnt vendor akan cari balik nnt bila dah dibenarkan buat event lagi.
Berbanding yg hilang lesap tak bertanggungjawab , mmg kena pangkah habis dahlaa
Quote NFBZCantik 7-5-2021 09:15 AM
moga ada rezeki yang lebih baik
Quote fadz84 7-5-2021 09:27 AM
234126 replied at 6-5-2021 06:35 PM
Kat twitter ada lady ni merayu beli biskut dia sebab dia habis beribu nak join karnival tu, buat coo ...

Kat whatsapp pun ada kawan I share yg penjual kek lapis tu terdesak juga nk jual dlm masa singkat ni..
Quote Rara77 7-5-2021 09:33 AM
Suchi replied at 7-5-2021 09:14 AM
Kalau refund balik insyaAllah nnt vendor akan cari balik nnt bila dah dibenarkan buat event lagi.
B ...

Mcm moodrepublik
tipu orang juta juta tu
mana tah mamat tu ramai cari tak pulangkan duit vendor

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top