Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Diana Mat Dah Ditahan Polis

7-5-2021 02:37 PM Komen: 111
Seorang wanita yang memuat naik hantaran di media sosial yang mempunyai unsur ugutan selain menggunakan kata-kata kesat ke atas anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya ditahan pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, pihaknya menerima laporan mengenai pengguna Facebook bernama Diana Mat yang memuatnaik beberapa hantaran menggunakan perkataan kesat dan berunsur ugutan pada jam 10.53 pagi semalam.


Gambar hiasan

Perkataan tersebut antara lainnya adalah aku pusing balik rempuh korang, Penguatkuasa sama mcm hanjing, Kau dengan penjenayah sama je, Anjinglah kau, Bangsat punya Polis Putrajaya dan gampang, kau ingat aku takut, katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bertindak atas maklumat polis manahan wanita berusia 36 tahun pada jam 9 malam semalam.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas suspek itu, pihak polis telah merampas peranti berupa telefon bimbit milik wanita tersebut yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran di Facebooknya.

Wanita tersebut kini ditahan dan akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi meneruskan siasatan.

Kes disiasat di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah), seksyen 504 Kanun Keseksaan (mengaibkan dengan niat hendak mendatangkan bangkitan marah) dan seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia Malaysia 1998 (menggunakan perkhidmatan rangkaian & komunikasi secara tidak wajar), ujarnya.

Berikutan itu, Mohd Fadzil menasihatkan pengguna media sosial agar berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
2
4
0
Komen: 111
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ally9970 10-5-2021 12:16 PM
Bila otak letak kat pepet...

Lain-lain Komen

Quote Babai 7-5-2021 02:39 PM
Pandan muka dah kena kutip.
Quote ahlam_nabiha 7-5-2021 02:40 PM
syabas inspektor sahab
Quote taji2906 7-5-2021 02:46 PM
kata tak takut kann.. update status tak masa polis ketuk pintu?
Quote chandrahusin 7-5-2021 02:48 PM
bodoh la lagi
org mmg marah dgn Polis skrg ni
tapi tgk keadaan lah
bukan semberono org mrh
Quote haruslah 7-5-2021 02:50 PM
Jap lg NGO penuh depan balai
Freedom of speech katanya

Quote mogey 7-5-2021 02:50 PM
Org kuat pkr .. ni la jd kalu obses politik sgt.. sampai polis buat keje pun ko nak politikkan ..
Quote asfaz 7-5-2021 02:53 PM
chandrahusin replied at 7-5-2021 02:48 PM
bodoh la lagi
org mmg marah dgn Polis skrg ni
tapi tgk keadaan lah

Atas sebab salah sendiri lak tu. Lagi bonggok tak kena saman pun menyalak lagi. Haa..padan la muka nya tunjuk hebat sangat
Quote Firenzza 7-5-2021 02:55 PM
Cepat betul pulis wat kerja....camne rupa diana ni?
Quote jlocute 7-5-2021 02:55 PM
tak memasal kena angkut kan..
Quote eplasbpafree 7-5-2021 03:00 PM
Padan muka...

Quote Normabaru 7-5-2021 03:02 PM
Terlepas mulut singa masuk mulut naga
Quote tikusmontok 7-5-2021 03:18 PM
Firenzza replied at 7-5-2021 02:55 PM
Cepat betul pulis wat kerja....camne rupa diana ni?

apa susah..trace kat skmm jer. lainkali nak mencapab pakai otak
Quote ctaz 7-5-2021 03:20 PM
bila otak...letak kat bontot...
Quote Rapz 7-5-2021 03:24 PM
Satu pengajaran buat diana nie,lain kali sblum nk buat posting fikir dulu jgn asal bole je...
Quote awanysss 7-5-2021 03:27 PM
alaa dia post apa
Quote c===8 7-5-2021 03:28 PM
semenjak dua menjak ni mmg ramai yg dah menyampah dgn polis tapi simpan dalam hati je
Quote Boomibulat 7-5-2021 03:30 PM
Edited by Boomibulat at 7-5-2021 04:16 PM
Firenzza replied at 7-5-2021 02:55 PM
Cepat betul pulis wat kerja....camne rupa diana ni?

Berdasarkan gambar di tred satu lagi..
diana.png

Quote bottombikini 7-5-2021 03:30 PM
toksah koyak la kat dalam tu karang

hg kata hg tera
Quote izwan_izi 7-5-2021 03:30 PM
mana muka si diana mat ni...? iols tak sabar nk body shaming...tities shaming...waist shaming...face shaming diye...

mmg la ramai baraaa je dgn roadblock..tapi nk buat mcm mana..masing2 paham la..masing2 ada tugas..

Lihat semua komen(111)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top