Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lelaki 66 Tahun, Ada 16 Isteri Dan 151 Anak

12-5-2021 04:06 PM Komen: 14
Harare: Bertuahnya lelaki Zimbabwe ini pada usianya 66 tahun, hidupnya bahagia di samping 16 isteri serta 151 anak.

Misheck Nyandoro, menikmati kehidupan sempurna dengan anak-anak menyara hidupnya, manakala isterinya sepakat dalam mengurus rumah tangga dan memenuhi setiap keinginannya.

Bahkan, Nyandoro merancang untuk berkahwin kali ke-17 bagi mencapai misi yang digelarnya 'projek poligami'.

Jika boleh Nyandoro mahu memiliki 100 isteri dan 1,000 anak.


Kredit foto: Agensi


Pesara tentera itu berkata, pekerjaan tetapnya hanya membahagiakan semua isterinya yang mula dikahwini secara berperingkat sejak 1983.

"Saya kini sedang merancang perkahwinan ke-17 pada musim sejuk nanti.

"Saya hanya mahu memenuhi misi, projek poligami yang saya mulakan sejak 1983 dan saya berniat tidak mahu berhenti selagi masih bernyawa," katanya dalam portal Daily Mirror.

Katanya, dia tidak pernah terbeban langsung dengan isu kewangan walaupun memiliki anak ramai, malah keluarga besar itu membuatkan rezekinya semakin mencurah-curah.

"Anak-anak termasuk anak tiri sentiasa memanjakan saya. Mereka memberi saya hadiah dan wang," katanya.

Media tempatan melaporkan, pendapatan utama keluarga Nyandoro ialan bertani di ladang seluas 93 hektar di pergunungan Mvurwi.

Enam anaknya ialah anggota tentera, dua polis dan 11 lagi bekerjaya dalam pelbagai profesion manakala 13 anak perempuannya sudah berkahwin. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 14
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 14-6-2021 08:15 AM
if they like it, i love it. walaupun

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 12-5-2021 05:13 PM
Kawasan bertani besaq mcm tu, patut la kena ada ramai tenaga kerahan.

Media tempatan melaporkan, pendapatan utama keluarga Nyandoro ialan bertani di ladang seluas 93 hektar di pergunungan Mvurwi.
Quote sharlenetexas 12-5-2021 10:34 PM
Dia agama apa?
Quote uori 12-5-2021 10:43 PM
sakan sungguh
Quote matchstick 12-5-2021 11:43 PM
sebulan 30 hari average setiap bini tak smpi 2 malam tidur sama
Quote airisa 12-5-2021 11:49 PM
biar betul 93 hektar ... 186 ekar tuuu ... lebih kurang 1 sqkm ...
Quote gideoncross 13-5-2021 01:13 AM
Ptutlh happy, sllu anak2 hulur duit.
Quote Jitu 13-5-2021 02:29 AM
baik sungguh org pompuan kat sana takda nak gaduh2 pun
Quote sukacactus 13-5-2021 06:43 AM
Takde sapa kena paksa kawin kan
Semua sepakat, semua sanggup, semua happy, so teruskan lah
Quote stingeralfa 13-5-2021 06:48 AM
Tinot7 replied at 12-5-2021 05:13 PM
Kawasan bertani besaq mcm tu, patut la kena ada ramai tenaga kerahan.

Media tempatan melaporkan,  ...

Diladang bercucuk tanam dgn tanah...dirumah bercucuk tanam dgn  bini pulok...bukanka iteww yg disebut dalam kitab?...perlakukanlah pada isteri isteri kamu seperti mana kamu bercucuk tanam diladang.....

Apa yg susah nah kau nak pikir
Quote stingeralfa 13-5-2021 06:53 AM
Jitu replied at 13-5-2021 02:29 AM
baik sungguh org pompuan kat sana takda nak gaduh2 pun

Kita yg disini....yg satu pun masih terkial kial nak sangkut..

Sampai keluar  specification table andartu berperingkat peringka aka multi level....

Kahkahkahkah

Quote Ciktiekus 13-5-2021 06:41 PM
sharlenetexas: Dia agama apa?


Pakai kepiah..bini pakai tudung lg..
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:07 PM
Mcm ada ajaran sesat je..
Quote Note8687 5-6-2021 01:57 AM
Aih, tak sakit kepala ke dia hadap bini banyak2. Penunggang nafsu betul.
Quote nakkomenjugak 14-6-2021 08:15 AM
if they like it, i love it. walaupun

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top