Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

'Pilih Lelaki Tampan, Kaya Belum Tentu Tak Diduakan' - Niena Baharun

21-5-2021 12:38 PM|Oleh: LilRose| Komen: 40

"Perempuan paling malang sekali adalah perempuan yang salah memilih lelaki untuk dijadikan suami."


Kredit foto: IG

Datin Niena Baharun di IG Story berpesan kepada kaum wanita supaya berhatii-hati ketika memilih pasangan hidup dan fikir masak-masak sebelum menyesal seumur hidup.

Menurut pelakon itu, sebaik-baik lelaki untuk dijadikan suami adalah lelaki yang menjaga hubungan dengan Allah dan menghormati perempuan.

Niena berpendapat, memilih calon suami tampan tidak menjamin kebahagiaan begitu juga lelaki kaya tidak bermakna tidak akan diduakan.


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

"Kerana hati yang ikhlas bukan datang dari paras rupa dan harta," ujarnya.

Kenyataannya itu dipercayai reaksinya berhubung berita suami memukul isteri hamil hingga parah, baru-baru ini.

Niena juga menjelaskan bahawa hantaran berkenaan tiada kena-mengena dengan dirinya, sebaliknya hanya nasihat buat pengikut. 


Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Kredit foto: IG

Betullah cakap Niena supaya cari lelaki yang baik agama dan sikapnya. Kalau dapat 'pakej' tampan dan kaya, itu satu bonus. Tapi bukan senang nak cari, malah manusia pun boleh berubah-ubah sikapnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
1
0
Komen: 40
Komen

Previous : Cik B Langgar Wanita Hamil, Terduduk Datuk Seri Vida Dibuatnya!

Next       : Ali Puteh Dah Lali Dengan Kecaman

Komen Terbaru

Quote minahsenget 23-5-2021 03:35 PM
selagi tak hidup bersama takkan tau punya..

Lain-lain Komen

Quote Anamia 21-5-2021 01:02 PM
Betullah. Semua salah perempuan. Kahwin dgn lelaki kaya pun takut diduakan sbb byk duit. Kahwin dgn laki mesekin pun salah sbb org mengata. Diduakan pun salah perempuan, bercerai pun salah perempuan. Serba tak kena jd perempuan
Quote doubleA 21-5-2021 01:05 PM
Dulu iols tertukar dia dengan nina iskandar bini lanlebah maknya rizqin org brunei tu sebab nama sama
Quote cicicumel 21-5-2021 01:10 PM
Lelaki yg paling malang ialah lelaki yg tersalah pilih isteri kan? Vice versa lah
Quote slyfynx 21-5-2021 01:11 PM
Syuk x hensem and x kaya pun cari poen lain jua
Quote Normabaru 21-5-2021 01:14 PM
Smlm br borak Psl ni.. Kawin ni selain kne pilih btol2.. Niat pon kne elok.. Pastu kena jaga hati manusia bolak balik kan. Minta Allah jagakn psgn kita
Quote NataliaLuiz 21-5-2021 01:14 PM
Cantiknya dia ni..
Quote chicsee 21-5-2021 01:15 PM
Pilihan macam mana pun takde jaminan kesetiaan. Kaya ke miskin ke, kuat agama ke jahil ke, kalau dah gatal, curang la jugak. Nothing is certain except death and taxes
Quote buapakperut 21-5-2021 01:19 PM
you don't say?
Quote sukacactus 21-5-2021 01:24 PM
Sblm kawin tu kadang dah tapis elok2 dah, tp manusia boleh berubah kan
Tak tentu lg akn panas sampai ke petang

Eh ank kecik dia sebijik rupa suami dia versi perempuan
Quote bemyself 21-5-2021 02:02 PM
cantik dia ni..sesuai la dgn title yg dia dah ada skrg
Quote misc 21-5-2021 02:04 PM
Kalau tampan sangat pun susah. Nanti kena sondol dgn wildboar.
Quote September14 21-5-2021 02:05 PM
Sapa ni? Yg pic mekap tebal tu nmpk lawa gak… mngkin sbb mekap tebal kut
Quote awanysss 21-5-2021 02:30 PM
cicicumel replied at 21-5-2021 01:10 PM
Lelaki yg paling malang ialah lelaki yg tersalah pilih isteri kan? Vice versa lah

tak jugak kot.. kuasa talak kat tgn laki..
ppuan nak tuntut fasakh pun makan tahun..
laki dtg lafaz talak terus settle..
pastu jarang dudu kena kecam, tp janda manjang kena kecam..
so apa2 pun, dlm hal2 begini, ppuan selalu salah..
hal2 lain, ppuan tak pernah salah
Quote lavendernovella 21-5-2021 04:40 PM
Macam tulah kesalahan perempuan dalam mana2 lipatan sejarah, jatuhnya Troy pun sebab Helen kan... kan...
Quote idril 21-5-2021 04:48 PM
kadang tu ko rasa ko dah mcm x salah pilih sebelum kawin tu ko rasa dah perfect dah jantan tu... tp alih2 ko kena tipu gak... so hidup ini  ada risiko, ko bernasib baik dapat la jantan yg baik kalau nasib x baik tiber dia berubah lepas kawin apa nak di kata, pandai2 la angkat kaki. tapi yg penting jangan asal berlaki.
Quote jemahjacjon 21-5-2021 04:57 PM
bemyself replied at 21-5-2021 02:02 PM
cantik dia ni..sesuai la dgn title yg dia dah ada skrg

Cantik ke? Bg aku raut wajah dia mcm nmpk tua.
Quote Addrianna 21-5-2021 05:10 PM
Susah lah kalau semua nak tapis kawin kaya tak boleh kawin miskin tak boleh kawin yang tampan kawin buruk tak boleh

Pilih kaya kena duakan
Pilih miskin hidup merempat
Pilih kacak kena sondol tak pun playboy
Pilih hodoh ada org mengata pulak jangan tak tahu tak ada rupa pun skrg banyak jdi buaya

Aku follow the flow saja lah.kalau niat kita sujud ada pada Allah temukan jodoh yang baik Allah akan pelihara jodoh kita.redha dan sabar minta Allah sentiasa lindungi cinta kita insyallah akan dipelihara.sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati orang perkahwinan bukan jaminan untuk kita kekal bahagia dan hak milik kita mutlaq

Satu lagi aku nasihat artis ni kalau kau dh bahagia duk diam2 tak payah lah kau nak ajar cari pasangan itu ini dh mcm takbur nanti orang doa tak baik pulak kn haru

Memang malang kalau perempuan silap pilih suami tapi hidup belum berakhir semua berhak temui kebahagian dan dapat peluang kedua.
Just my pandangan
Quote Lailerthee 21-5-2021 05:14 PM
Sokong! At least laki tampan and kaya layak jugak laa nk curang pon. Ni da la biawak muka pecah rumah ada hati nk curang! Boxer pon bini beli ada hati nk buat perangai israel
Quote Lylyna 21-5-2021 05:32 PM
Yang penting anak2 dia comel betul.

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top