Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Shah Rukh Khan Bakal Muncul Dalam Filem Epik Sejarah Melaka?

24-5-2021 11:11 AM|Oleh: LilRose| Komen: 20

Datin Seri Nora Shamsuddin yang pernah mempunyai syarikat produksi sendiri dan aktif menerbitkan drama TV serta dokumentari bakal kembali menerbitkan filem.

Kata pelakon popular era 1980-an itu, pihaknya menyasarkan filem bergenre sejarah.


Kredit foto: Harian Metro

"Saya kini mempunyai rakan kongsi iaitu Datuk Rosli Yang Daniyan yang juga Pengerusi Pertubuhan Harmoni Masyarakat Melayu Perak.

"Kami akan terbitkan drama untuk semua stesen TV. Insya-Allah akan terbitkan filem epik sejarah Melaka iaitu Tun Perak. Namun, ia masih dalam perbincangan.

"Perkara ini makan masa kerana perlu betul-betul teliti mengkaji. Takut nanti tersilap fakta akan dikecam warganet," katanya kepada Harian Metro.

Malah, Nora, 62, akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan props yang sesuai walaupun ia memerlukan masa dan perbelanjaan besar.

"Elemen Imej Janaan Komputer (CGI) juga akan digunakan untuk filem ini. Ada beberapa pengarah akan ditampilkan kerana ada bahagian masing-masing. Ada pengarah untuk babak silat.

"Props filem ini perlu hebat kerana ada kapal dan tempat perang. Saya kena belajar perlahan-lahan," jelasnya.

Lebih menarik, Shah Rukh Khan (SRK) mungkin akan ditampilkan sebagai pedagang dari India.


Kredit foto: IG

Soal bayaran, pihaknya akan meminta bantuan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali memandangkan SRK menerima gelaran Datuk dari negeri itu.

"Kemunculan Shah Rukh Khan pun tak lama pun dalam beberapa babak sahaja. Saya nak tonjolkan dia sebagai pedagang dari India. Ini salah satu tarikan filem ini," katanya.

Mungkinkah kemunculan SRK dalam filem ini dapat menarik perhatian generasi muda yang kurang berminat dengan cerita sejarah begini? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
4
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
4
0
0
Komen: 20
Komen

Previous : Dikompaun RM10,000 Shooting Di Tempat Awam, Siapa Pengarah Filem Yang Degil Tu?

Next       : Filem Geran kini 'mendunia', bakal ditayang di USA

Komen Terbaru

Quote lavieenrose 3-6-2021 07:19 AM
Nak jugak pelakon import, harap best la filem ni

Lain-lain Komen

Quote mamajawie 24-5-2021 11:28 AM
apa da ketandusan pelakon India tempatan ke?payah sngat amik je pelakon gerak khas tu dorang pun da pencen
Quote ajinomotonosuga 24-5-2021 12:16 PM
mamajawie replied at 24-5-2021 11:28 AM
apa da ketandusan pelakon India tempatan ke?payah sngat amik je pelakon gerak khas tu dorang pun da  ...

Accapan...Sathiya...kan? Go local laaa
Quote sharlenetexas 24-5-2021 12:19 PM
Pedagang dari india jual kain ke rempah ratus?
Quote mamajawie 24-5-2021 12:35 PM
ajinomotonosuga replied at 24-5-2021 12:16 PM
Accapan...Sathiya...kan? Go local laaa

saja nak perabih duit rakyat bayar taz kat govt melaka..xpun minta geran dari Finas utk buat filem tah pape ni..

Quote Mulotkoyak 24-5-2021 12:57 PM
Aduyaiii..  Santesh pun bole berlakon ape...  Xpun ko amik je si deen maidin gerak khas tuh jadi panglima perang gitchuuu...
Quote azie5zoe 24-5-2021 02:20 PM
"Kemunculan Shah Rukh Khan pun tak lama pun dalam beberapa babak sahaja. Saya nak tonjolkan dia sebagai pedagang dari India. Ini salah satu tarikan filem ini," katanya.

Dulu pedangan dari India bawak batu akik tapi zaman la ni takut bawak covid je.
Quote Adrif 24-5-2021 02:42 PM
guna je la orang local..

kalau sejarah semua on point, takde tokok tambah atau menyeleweng, jangan risau, ramai je akan tengok.. lagi2 student sejarah kat university tu, silap2 jadi assignment budak2 tu
Quote kucingitam 24-5-2021 02:45 PM
nak ambil jadi pedagang dari india tu, kemain bnyk org india kat malaysia ni layak...tak payah sarukhan sangat.. ingat kot pegang watak parameswara..

baideway datin nora ni yg berlakon sama2 mama norlia dlm sikit punya gila kan?
Quote KIM.K 24-5-2021 02:45 PM
Taknak lah. Keredot baru masuk merkit mesia
Quote Aliaskotonggo 24-5-2021 10:44 PM
pedagang India yg jual vaksin kobid ke Melaka
Quote Miss_LoveLeen 24-5-2021 11:58 PM
kucingitam: nak ambil jadi pedagang dari india tu, kemain bnyk org india kat malaysia ni layak...tak payah sarukhan sangat.. ingat kot pegang watak parameswara..b ...
ye.. dia la housemate mama norlia dlm sikit punya gila. Bkn main hot lg waktu muda dulu
Quote NekNgah 25-5-2021 09:10 AM
Kenapa nak bayar superstar.  Baik duit tu disalurkan untuk GCI, props & costume.  

Aktor Indian local pun ramai, bagus-bagus juga.  
Quote dragneel 27-5-2021 02:19 PM
jenuh la duk ambik hat luaq ja, hat dalam duk ada takmau ambik. Nak ambik bollywood sangat ambik la hrithik roshan , up sikit level
Quote gideoncross 27-5-2021 10:53 PM
dragneel replied at 27-5-2021 02:19 PM
jenuh la duk ambik hat luaq ja, hat dalam duk ada takmau ambik. Nak ambik bollywood sangat ambik la  ...

Sspen komen uol ni HAHAHAHA.
Quote taji2906 28-5-2021 09:53 AM
ajinomotonosuga replied at 24-5-2021 12:16 PM
Accapan...Sathiya...kan? Go local laaa

acappan da ninggal.

panggil la pelakon india kita. nak import org luar, bwk kobid kang. tak pun si azad mulut bising tu pun boleh jd yindia jgk. si sapa lawak solo yg berlakon drama tu ke, razak si professor pun boleh utk beberapa babak. jgn bagi dia mengarah sudah la. nak up sikit, remy sehak pun boleh jd pedagang yindia jua.
Quote taji2906 28-5-2021 09:53 AM
ajinomotonosuga replied at 24-5-2021 12:16 PM
Accapan...Sathiya...kan? Go local laaa

acappan da ninggal.

panggil la pelakon india kita. nak import org luar, bwk kobid kang. tak pun si azad mulut bising tu pun boleh jd yindia jgk. si sapa lawak solo yg berlakon drama tu ke, razak si professor pun boleh utk beberapa babak. jgn bagi dia mengarah sudah la. nak up sikit, remy sehak pun boleh jd pedagang yindia jua.

Quote anisanim 30-5-2021 05:01 PM
Wow.. Mahal tu bayooo kekgi.. Datin wat pilem bajet besar ni..
Quote Cece1234 1-6-2021 12:46 AM
Parameswara ke?
Quote belilies 1-6-2021 10:21 AM
Takde sorang pun nak komen acaner kualiti filem/doku terbitan sheols ni. Kalo takat nak pertikai invite SRK berlakon pun kan sheols dah kata nak minta bantuan kat YDP melaka tu, since heshe dah dpt datukship dari situ manatau boleh berlakon free kah. So setellah bab tu. Kira cam tarikan juga lah dah invite heshe mana tau boleh luaskan market filem ni nanti ke india. Nak bubuh acapan bagai, kalo stended sheols cam razak mohaideen bolehlah iols stujuk jump the ship mencerca sheols ngan cuols semua

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top