Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Filem Geran kini 'mendunia', bakal ditayang di USA

3-6-2021 10:49 AM|Raline| Komen: 9

 


AREEL (tengah) saling berbincang dengan pelakon.

Ditayangkan pada 10 Oktober 2019 di pawagam tanah air, siapa menyangka sesudah hampir dua tahun berlalu filem Geran arahan Areel Abu Bakar masih menjadi perhatian ramai.

Bukan di Malaysia, tapi filem bergenre aksi yang mengangkat tema seni mempertahankan diri Melayu iaitu silat ini menjadi tarikan penonton asing di luar negara. Jadi, boleh dikatakan filem Geran kini semakin 'mendunia'.

Pernah meraih Anugerah Daniel A Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) pada tahun lalu, ia diakui Areel satu kejayaan yang tidak pernah diduga mahupun difikirkannya. Namun, itu yang dikatakan rezeki.

Tidak hanya kejayaan itu, filem Geran juga mencatat pencapaian luar biasa apabila disenaraikan dalam laman web Asian Movie Pulse sebagai 20 filem terbaik Asia Tenggara pada tahun lalu, sekali gus bersaing dengan filem dari Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan.



Malah, karya seni negara yang hebat ini juga terlebih dahulu berjaya berada di tangga ketiga dalam senarai 10 filem terbaik seni bela diri di Asia pada tahun lalu di samping Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Terbaharu, filem Geran meneruskan kemegahan langkahnya apabila mendapat peluang tayangan di Amerika Syarikat (USA) dengan judul Silat Warriors: Deed of Death bermula 4 Jun ini di platform digital, Hi-Yah.

Mengulas kejayaan demi kejayaan dikecap filem Geran ketika ini, Areel berkata, dia hanya mampu mengucap syukur tidak terhingga kepada Allah. Katanya, seperti bermimpi apabila melihat filem itu terus mengatur langkah jauh ke hadapan.

"Kini, harapan saya semoga filem ini akan terus berlayar ke seluruh dunia, bukan sekadar di USA sahaja. Bertepatan dengan tujuan pembikinan filem ini yang saya dedikasikan keinginan memperkenalkan warisan budaya rakyat Malaysia.


CERITA angkat tema seni silat Melayu bakal ditayangkan di USA bermula Jumaat ini.


MENCARI sudut terbaik dalam penggambaran.

"Saya mahu beritahu dunia yang Malaysia juga ada naskhah terbaik dan mereka perlu tahu filem kita bukan teruk sangat, tapi berpotensi untuk setanding dengan produk asing jika diberikan sokongan dan suntikan modal yang betul," katanya.

Menurut Areel lagi, naskhah filem yang baik juga tidak semestinya perlukan modal besar. Malah, katanya dengan modal yang besar pun belum pasti dapat menghasilkan satu naskhah yang mantap. Ia sebenarnya bergantung pada pembikin itu sendiri.

"Keikhlasan dalam berkarya sangat penting untuk kita tahu apa hala tuju yang hendak dicapai. Misi dan visi mesti selari dalam mengahasilkannya dari awal hingga akhir naskhah itu dapat disiapkan dengan telus," jelasnya.

Sinar kemenangan NYAFF

Ditanya juga bila dia menerima tawaran tayangan dari negara 'Uncle Sam' itu, Areel berkata, pihak di sana sudah berminat sejak November tahun lalu. Katanya, ia membuatkan dia sukar untuk percaya pada awalnya.

"Sejujurnya, saya akui masih terkejut apabila mendapati orang luar sangat berminat dengan filem kita. Apapun, segala urusan dibuat mengikut prosedur yang betul dan secara berperingkat sehingga proses untuk tarikh tayangan diperoleh.

"Alhamdulillah, kini saya berdebar menghitung waktu untuk tayangan hari pertama filem ini direalisasikan di USA pada Jumaat ini. Bagi saya, tarikh yang ditetapkan ini adalah sesuai.

"Bagaimanapun, saya dapati filem ini semakin jadi perhatian dari segi peluang yang datang daripada pihak luar selepas kami menang di NYAFF lalu. Mereka nampaknya cukup kagum dan meminati silat yang barangkali dianggap unik," katanya.


TELITI dalam penghasilan babak.


BARISAN pelakon dan pekerja produksi yang terbabit menyiapkan filem Geran.

Filem Geran yang skripnya ditulis oleh Areel sendiri diterbitkan produksi Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions pernah tertangguh pembikinan selama tiga tahun untuk disiapkan akibat kekangan modal.

Namun, berbekalkan semangat juang dan tekad yang tinggi kerana enggan berhenti sekerat jalan, maka Areel berusaha mengumpul modal sendiri yang akhirnya dianggar sebanyak RM700,000.

Kini mampu tersenyum bangga, Areel giat mengatur langkah menghasilkan produk filem terbaik yang lain. Apapun, filem Geran dibintangi pelakon seperti Namron, Fad Anuar, Khoharullah, Azlan Komeng, Taiyuddin Bakar, Aeril Zafrel, Adam Shahz dan Niezam Zaidi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
1
0
Komen: 9
Komen

Previous : Shah Rukh Khan Bakal Muncul Dalam Filem Epik Sejarah Melaka?

Next       : Cukup Derita Itu Henti Tayangan, Sekuelnya Dijamin Lebih Mantap

Komen Terbaru

Quote Cece1234 5-6-2021 12:25 AM
Baru tgk cite ni..bestttt..nnti nak tgk lg..ske tgk timah berlawan..pakai kain pun no hal..

Lain-lain Komen

Quote ketupatnasi 2-6-2021 09:41 AM
promosi mcam best je neh..
ada namron..tertarik gak nak tengok
Quote amandel 2-6-2021 06:39 PM
Tahniah, Harap film Msia semakin maju
Quote mawar_mustika 3-6-2021 11:18 AM
selalu cerita yg diangkat diluar tp xpernah diwarwarkan secara meluas di m'sia...xpernah dgr plak filem ni selama ni...ada yg dh tgk ke??
Quote cloud_jade 3-6-2021 12:05 PM
Hari tu tgk kt netflix.tak tau ada lg ke tak.
Quote lavendernovella 3-6-2021 01:24 PM
Western mmg suka tgk cerita yang takder kat tempat mereka. Mereka suka perkara2 unik. Even orang part2 eropah macam italy memang suka sangat dengan filem princess2. Bahkan sekarang mereka masih menggilai cerita fanthaghiro. So malaysia kalau buat filem Puteri Santubong boleh market ke sana.

Kalau malaysia buat drama cinta2 pulak boleh market sebenarnya kat pakistan dan india , kalau market sini kena guna pelakon2 yang seiras rakyat tempatan mereka. Mata besar2 macam uqasha , nelly , lelaki pulak macam remy, azlee khairi ker. One of the reason , penonton sana dah bosan dengan drama tempatan mereka yang terlalu panjang dan kesinetronan.
Quote ChildrenOfBodom 3-6-2021 10:22 PM
bahasa Kedah jugak mendonia pasni hehe...pilem ni dalam loghat Kedah 90persen. Filming location pon Kt kedah.

fight scene dia boleh tahan best, ala2 Ong Bak..banyak pengaruh filem2 aksi Thai..rasa 20 minit last tu  takdak dialog, semua scene berlawan...best la.. recommended. kat netflix ada.
Quote Jitu 4-6-2021 01:58 AM
tak tengok lg citer ni
selain silat gayong, silat bunga pengarah tak ambik ke kata citer ni kat Kedah

malas nak layan citer2 silat baru takut citer tak best je
contoh asyik2 kisah cinta, plot tak menarik, citer slow sangat sampai naik boring tengok, koreografi silat tak menarik sbb pelakon tak pandai silat

harap citer Geran ni best nnt nak try tengok

Quote in2eryn 4-6-2021 11:59 AM
best flem ni.. pelakon perempuan tu pun mmg pesilat. lakonan dengan aksi dia mmg ngam  
Quote Cece1234 5-6-2021 12:25 AM
Baru tgk cite ni..bestttt..nnti nak tgk lg..ske tgk timah berlawan..pakai kain pun no hal..

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top