Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Bekas Suami Zarina Anjoulie Minta RM10,000 Sebelum Cerai, Ugut Sebar Foto Aib

6-6-2021 02:29 PM|Oleh: LilRose| Komen: 157

Makin panas nampaknya kemelut antara Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Eilyas Azhar.

Zarina yang mesra disapa Anju mendedahkan bahawa Eilyas atau Yas meminta RM10,000 daripadanya sebelum diminta melafazkan cerai.


Kredit foto: IG

Anju juga menyertakan bukti bahawa Yas ada membuat permintaan berkenaan dengan memuat naik paparan skrin perbualan mereka di mesej peribadi Instagram (DM).

Bukan berniat membuka aib bekas suami, namun kesabarannya juga ada had. Maruahnya perlu dipertahankan daripada terus dipijak-pijak.

"Sekarang aku dah fed up, aku buka semua cerita," tulisnya.

Bagaimanapun, dua posting berkenaan sudah dipadam Anju daripada IGnya.



Kredit foto: IG

Anju kemudian memuat naik satu lagi hantaran yang menjelaskan bahawa tidak semua lelaki sama dan wanita di luar sana tidak perlu takut berdepan pengalaman sama dilaluinya.

Dia sebaliknya berkongsi situasinya itu sebagai pengajaran.


Kredit foto: IG

"Jangan jadi macam aku. Dah nampak tanda-tanda tapi buat bodoh sebab terlampau kemaruk nak disayangi," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mStar, Anju juga mendedahkan menerima banyak ugutan daripada bekas suaminya itu.

"Sejak akhir-akhirnya, banyak ugutan yang saya terima daripada dia. Pada mulanya, memang saya nak berdiam diri sahaja tapi kali ini sudah melampau. Bukan niat saya nak buka aib dia.

"Tapi macam-macam ugutan yang saya terima. Bulan lalu, saya sudah membuat laporan polis terhadap dia yang menceroboh rumah saya dengan memanjat demi mengambil gambar aib saya.

"Malam tadi pun saya ada buat laporan polis kali kedua selepas terima lagi ugutan. Sepanjang setahun kami berkahwin, dia suka ambil gambar aib saya dan jadikan bahan untuk ugut saya setiap hari," katanya pada Ahad.

Selain membuat laporan polis, Anju berkongsi beberapa bukti untuk mempertahankan dirinya.

"Selama ini dia rasa saya takut sebab dia boleh ugut dengan gambar-gambar aib saya.

"Tapi dia silap, saya tak takut pun dengan dia! Kalau betul saya fitnah, kenapa dia tak buat laporan polis? Dan kenapa dia diam apabila saya keluarkan bukti?" ujarnya.

Bertabahlah Anju. Semoga hidup Anju lebih tenang dan bertemu kebahagiaan lain selepas ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
0
1
Komen: 157
Komen

Previous : Resah Gelisah, Masalah Gangguan Tidur Antara Asbab Faizal Ismail FBI Sertai Tabligh

Next       : "Kalau Dah Cerai Tu, Janganlah..." Fara Mendoza 'Libas' Zarina Anjoulie?

Komen Terbaru

Quote gideoncross 14-6-2021 11:08 PM
missHaidiD replied at 6-6-2021 09:31 PM
Dia masak meniaga cuolss. Kana da kedai. Anak dia claim.mak dia yg masak. Terpaling sedap masak le ...

Ughhhh, utk public rupanya.

Lain-lain Komen

Quote annadonna 6-6-2021 02:41 PM
Kemaruk nak disayangi. Kesian.
Quote HappyGumbira 6-6-2021 02:45 PM
1st rules nak dpt pasangan baik, kita kena baik dulu.
Quote dudaberhias 6-6-2021 02:46 PM
padan muka...
memang sama2 hauk pun... sama2 padan gittew laki bini...

kesian anjuling ni dari dulu terpaksa beli laki untuk hidup...
Quote Belibis 6-6-2021 02:46 PM
Gambar aib dah bersepah.nak heran apa lagi kalau ugut modal tu..
Quote minahgempal 6-6-2021 02:47 PM
Yas pnya ig deactive ke apa..aku bkk tk boleh pn..kluar gmbr profile jek..
Quote Timortimur 6-6-2021 02:48 PM
La...nmpk dia dulu yg offer brp nak byr klau nak bercerai
Quote rainbowrainz 6-6-2021 02:49 PM
Fara mendosa tengah libasss..awasssss




Quote kakakpositifker 6-6-2021 02:49 PM
semoga jumpa jalan yg terbaik
Quote opie5662 6-6-2021 02:50 PM
Alaaaaa... Ntah2 si yas saje nk probok2 die yg meroyan mintak cerai je keje... Die lak mmg tunggu ayat2 mcm tu utk pembuktian konon2... Tunjuk la bukti slip transfer dlu... Baru betul cerita nye... Tino ni lagi bercabang lidah dr ular... So mmg tk ku caya satu sen pon cite die
Quote Atiesha 6-6-2021 02:51 PM
minahgempal replied at 6-6-2021 02:47 PM
Yas pnya ig deactive ke apa..aku bkk tk boleh pn..kluar gmbr profile jek..

Semlm anju ni ada offer 30 org report ig yas smpai terbenam...berbayar...
Quote KucingBiru 6-6-2021 02:51 PM
HappyGumbira replied at 6-6-2021 02:45 PM
1st rules nak dpt pasangan baik, kita kena baik dulu.

Wise words. Mmg begitu lah hukum alam
Quote dua_chzy 6-6-2021 02:53 PM
dudaberhias: padan muka...memang sama2 hauk pun... sama2 padan gittew laki bini...kesian anjuling ni dari dulu terpaksa beli laki untuk hidup...


Apsal tak terus mengangkang untuk VIP ja kalau sendiri kata level dia main VIP? Apa keperluan menikah? Sangat bodoh. Anak sorang pun tak terjaga.
Quote HappyGumbira 6-6-2021 02:58 PM
dua_chzy replied at 6-6-2021 02:53 PM
Apsal tak terus mengangkang untuk VIP ja kalau sendiri kata level dia main VIP? Apa keperluan me ...

vip xpandang pun dia. kalu vip nak dh lama ambik dia masa muda bgetah dulu. ni dh loyot ada ke vip mau? lg pulak mulut xreti diam. pecah lobang vip nnt
Quote QueenCaramel 6-6-2021 03:06 PM
Die yg offer..bukan yas tu mntk ke ape..appooo..
Quote immaryjane 6-6-2021 03:08 PM
Upload delete, up harga review. Smpai ajm pn tk kn hbis drama kau ni coz tu cara kau cari duit.
Senyap sehari dua, pastu create drama lgi.
Up harga review, tunjuk brpe org view.
Rkyat msia still bodoh ya tk faham MO dia.
Quote katakauu 6-6-2021 03:08 PM
     ju, kau ni xhabis habis...
next
Quote missHaidiD 6-6-2021 03:09 PM
Wei aku geli tgk mak dia tak pakai bra dlm video. Patut la ank cmtu. Hauk sehauknya.

Anju ni meroyan je keja. Lepas buat hal update berapa view dia dpt. Gituh la org yg menyara hidup dgn viewers
Quote missHaidiD 6-6-2021 03:11 PM
HappyGumbira replied at 6-6-2021 02:58 PM
vip xpandang pun dia. kalu vip nak dh lama ambik dia masa muda bgetah dulu. ni dh loyot ada ke vip ...


Dia molia  tau. Kaka apa tau.  
Kata fans dia smbil senyum.tgk anjuling tnjuk montot kt ig
Quote Janjimanismu123 6-6-2021 03:12 PM
Tak..apa yg aibnya..kan ke foto ko berlambak kt tenet

Lihat semua komen(157)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top