Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Sedih, Surat Song Ji Hyo Untuk Lee Kwang Soo

15-6-2021 12:48 PM| Komen: 19

Episod akhir Running Man melibatkan Lee Kwang Soo telah pun ditayangkan di Korea Selatan pada Ahad lalu.

Seperti kebanyakan peminat yang tidak dapat menerima kenyataan Kwang Soo tidak lagi bersama keluarga Running Man, begitu juga buat salah seorang ahlinya, Song Ji Hyo.


Kredit foto: IG Kwang Soo & Ji Hyo

Menurut Ji Hyo, 40, selama 11 tahun bersama Kwang Soo terlalu banyak kenangan suka dan duka dilalui mereka bersama.

"Saya macam tak percaya tidak akan lagi dapat melihat muka dan mendengar suara awak pada episod akan datang.

"Kenangan selama 11 tahun bersama tiba-tiba muncul semula dalam minda saya sehingga membuatkan saya berasa sedih dan tidak sanggup melepaskan kamu pergi.

"Terima kasih sentiasa ada dengan saya selama 11 tahun ini dan kamu sememangnya sudah bekerja keras selama ini," kata Ji Hyo.


Kredit foto: IG Ji Hyo

Menurut Ji Hyo lagi, dia akan cuba bertahan agar tidak terbawa-bawa perasaan 'kehilangan' Kwang Soo dan akan terus memberikan komitmen sepenuhnya terhadap Running Man.

"Datanglah melawat kami bila-bila masa kamu merindui kami, saya sayangkan kamu, Kwang Soo," katanya.



Pada April lalu, Kwang Soo, 36, mengejutkan seluruh produksi dan peminatnya apabila mengambil keputusan untuk menarik dri daripada Running Man.

Pelakon tinggi lampai itu terpaksa berbuat demikian bagi memberi masa untuk pemulihan kecederaan buku lalinya selepas terlibat kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu.

Running Man yang bersiaran sejak 2010 memaparkan aksi lucu ahli-ahlinya seperti Yoo Jae-suk, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Jeon So-min, Yang Se-chan, Jee Seok-jin dan Haha.


Sumber: mStar

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 19
Komen

Previous : Kareena Dan Karisma Kapoor Hidup Susah, Dibesarkan Ibu Sendirian

Next       : Bunga Citra Lestari Positif Covid-19 Selepas Pulang Bercuti

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 10-7-2021 06:18 PM
Stop tengok RM pun lepas kang gary keluar.
Cuba tengok jugak lepas 2 org tu masuk. Tapi nampak mcm 2 org tu over. Nak buat lawak tapi nampak sangat mcm buat2. Kwang soo banyak jadi penyelamat utk RM.
Rasanya RM dah patut stop for good. 11 years dah cukup kot..

Lain-lain Komen

Quote Beribear 15-6-2021 01:14 PM
Baru lepas tengok pg tadi... 11 tahun jugak tengok rm ni. Sedih bila Kwang Soo dah takde takkan dama mcm dulu lg
Quote iolss 15-6-2021 02:28 PM
People come and go. thats life..
But running man after gary left, dah xmeriah.
i xpenah tgk after gary blah.. dah lm sgt dah RM tu.
maybe ble stop dah kot.. just my 2 cent.
Quote CiliPadiSedap 15-6-2021 03:23 PM
iolss: People come and go. thats life..But running man after gary left, dah xmeriah. i xpenah tgk after gary blah.. dah lm sgt dah RM tu. maybe ble stop dah  ...


Masa song jong ki sambung belajar uitm dan keluar dari running man kaka stop tgk blackpink
Quote nazzse 15-6-2021 04:32 PM
Dah lama tak tengok RM since tukar PD & 2org tu join. Boring sejak tu.  Old members tak dpt ditukar ganti.
Bila KS keluar lagi lah. Dah takda tukang cari pasal. Kesian JH, tukang backup dia dah takda
Quote Vellfire 15-6-2021 05:01 PM
Lepas gary left.. xde sgt dh tgok RM
Quote Artemesiaa 15-6-2021 06:26 PM
Pasti akan rasa kekurangannya nanti susah nak cari penganti yang gila2 macam dia dalam rancangan tu
Quote zie_indah 15-6-2021 07:53 PM
Mula 2 episod rancangan dlu mmg tgk n gelak2 heheh tp bila dah tua mybe fktor umo kot
Hahhaha
Quote orkid_amani 16-6-2021 08:22 AM
Running man ni cerita pasai apa? Xpenah tengok pun. Mcm annoying ja.. sorry kita mmg tgk Kdrama tapi xboleh hadam RM ni..tgk skali tu xfaham pun cerita apa
Quote umbut 16-6-2021 09:36 AM
Paling suka tgk awal2 rm dulu... Waktu ji hyo nyakat gary.. Gary usik jihyo nak kenal2 ngorat... Monday couple tup2 dah 11 tahun.. Gary xda pun dah x best... Ni hilang kwang soo... Lagiiiiiilah makin x best
Quote umbut 16-6-2021 09:39 AM
orkid_amani replied at 16-6-2021 08:22 AM
Running man ni cerita pasai apa? Xpenah tengok pun. Mcm annoying ja.. sorry kita mmg tgk Kdrama tapi ...

Bestlah... Tgk musim awal2 masa semua ahli yg asal.. Skrg dah kurang best maybe faktor usia dah xleh buat aktiviti mencabar plus tukar pd...
Quote mawar_mustika 16-6-2021 11:57 AM
orkid_amani replied at 16-6-2021 08:22 AM
Running man ni cerita pasai apa? Xpenah tengok pun. Mcm annoying ja.. sorry kita mmg tgk Kdrama tapi ...

tgk dr ep 1 diorg...i dlu pun pelik kenapalh adik i ske sgt layan running man entah ape2....skali i tgk dlm tv2 ms tu 1st ep running man...lawak die xleh blah...tp ade je beberapa ep yg xbrape best

Quote mawar_mustika 16-6-2021 11:58 AM
dh stop layan running man sejak gary keluar
Quote Adrif 18-6-2021 11:21 AM
sama la kita. stop tengok runningman bila Gary keluar. bila tukar PD baru ni, bosan weii game diorang main.

ni Kwang Soo dah permanent OUT, memang aku stop terus tengok. dia tu la penyeri Runningman bertahun-tahun lamanya.

rasanya dia nak kahwin kut, tu yang keluar tu. Gary lepas kontroversi dulu, lepas keluar pun terus kahwin kan
Quote annehuda 18-6-2021 02:44 PM
11 thn dah rupenye RM ni... RM awal2 mmg best dan refreshing, tp tu la lama kelamaan mcm bosan pastu dok repeat game je.  tp RM ni punyele meletup 1 SEA mmg patut dpt award sbb antara pelopor Hallyu la jugak
Quote anony-mous 19-6-2021 03:45 AM
Aku bukan pemenat RM. xpernah habis 1 season pon tp aku suka tgk RM. aku yg penonton biasa pon rasa sedih sgt. Apatah lg ahli RM yg lain. Kenapa ye i rasa ni bakalan pengakhiran utk RM? Kwang so ni mcm watak utama dah. Kalau dia x ada, apa guna lg story tu?
Quote anony-mous 19-6-2021 03:46 AM
orkid_amani replied at 16-6-2021 08:22 AM
Running man ni cerita pasai apa? Xpenah tengok pun. Mcm annoying ja.. sorry kita mmg tgk Kdrama tapi ...

Ni bukan cerita. I pulak anti kdrama tp boleh layan RM. more to game show. Kena tgk season 1 baru faham
Quote mimi_ayu 20-6-2021 02:37 PM
mawar_mustika replied at 16-6-2021 11:57 AM
tgk dr ep 1 diorg...i dlu pun pelik kenapalh adik i ske sgt layan running man entah ape2....skali  ...

Btul tu..ofismate dulu pun dok promote2 running man ni best gler la..prnh tertengok tp x best pun
Ada sekali tertengok 1 episod kt tv2..dr ctu br tau best gak rupanya blh gelak2 hilang stress
Pastu promote kakak ngan abg ipar..dorg plak terjebak..weekend dok layan running man ngan sorg siap dorg record lg..
Quote awexgaban7 20-6-2021 06:31 PM
Meolz dari dulu layan RM… tak taw laa next2 episode camna bila LKS takda
Quote Nizleen86 10-7-2021 06:18 PM
Stop tengok RM pun lepas kang gary keluar.
Cuba tengok jugak lepas 2 org tu masuk. Tapi nampak mcm 2 org tu over. Nak buat lawak tapi nampak sangat mcm buat2. Kwang soo banyak jadi penyelamat utk RM.
Rasanya RM dah patut stop for good. 11 years dah cukup kot..

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top