Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Semakin Suka Berlakon, Kaka Azraff Masuk Kelas Nabila Huda

15-6-2021 01:01 PM| Komen: 2

Sudah lama meminati Nabila Huda, penyanyi Kaka Azraff berasa teruja apabila berpeluang untuk menyertai kelas lakonan aktres tersebut secara maya pada 7 Jun lalu.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, dia menganggap Nabila Huda yang mesra disapa Abil sebagai seorang pelakon yang berjaya selain selebriti yang disegani.


Foto: IG

Dilihat semakin aktif dalam lakonan, penyanyi berusia 32 tahun ini mahu mempersiapkan diri untuk menjadi lebih baik dengan memperlajari bidang tersebut.

"Bila Abil kongsi nak buka kelas, saya terus rasa nak join. Walaupun waktu itu, saya tak tahu apa yang Abil akan ajar tapi mesti Abil akan kongsi pengalaman yang dia pernah lalui... itu yang saya nak tahu.

"Saya memang minat dengan Nabila Huda sebab dia seorang pelakon yang berjaya selain seorang selebriti yang saya hormati. Walaupun nampak dia macam tenang, tapi dia seorang yang sangat fokus dan displin dalam kerja.



"Sepanjang hampir tiga jam dalam kelas Abil, macam-macam yang saya dapat belajar. Saya pun dah mula ceburi bidang lakonan, sebab itu saya perlu persiapkan diri menjadi lebih baik," katanya kepada mStar.

Selain Kaka, pelakon baharu seperti Sharifah Rose, Siti Khadijah dan Aishah Azman turut menyertai kelas lakonan secara maya bersama Nabila Huda tanpa bayaran.

Sebelum ini, lakonan Kaka bersama pelakon Aedy Ashraf menerusi telefillem Pemuja Kubur yang ditayangkan 5 Jun lalu di Astro Citra menerima pujian daripada penonton.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Gila ini memberitahu dia mahu meletakkan usaha dan menjaga displin dalam lakonan seperti mana yang dilakukan ketika menyanyi.

Kaka turut berkata dia akan memilih watak mengikut kemampuannya dan tidak mahu menerima tawaran yang akan menyusahkan ramai pihak.

"Kalau sebelum ini, saya hanya seorang penyanyi yang berlakon sekali sekala saja. Tapi saya tak boleh fikir macam itu sebab saya dah mula seronok berlakon. Jadi, saya kena letakkan usaha dan displin dalam lakonan yang sama seperti menyanyi.



"Sebab itu, kalau dapat mana-mana tawaran saya akan baca dahulu... kalau saya rasa tak boleh nak buat, saya akan tolak. Sebab bila berlakon ini melibatkan banyak pihak termasuk produksi dan duit.

"Jadi, saya tak nak main tangkap muat dan lepas itu tak dapat nak jayakan watak tersebut. Dah menyusahkan ramai pihak pula. Lebih baik, saya pilih watak ikut kemampuan saya sendiri," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 2
Komen

Previous : Imej Eksentrik Dikutuk Teruk, Sarah Hilderbrand Tampil Sekolahkan Netizen

Next       : Anak Lelaki Arwah Abam Genap 2 Tahun, Netizen Doa Hidayah Kuat Dan Tabah

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-6-2021 04:33 AM
Kaka pon dah byk nampak muka kt drama2

Lain-lain Komen

Quote biozipstar 15-6-2021 05:00 PM
okay good luck!
Quote Perawankota 16-6-2021 04:33 AM
Kaka pon dah byk nampak muka kt drama2

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top