Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Sharnaaz Ahmad Lantik Diri Sendiri Jadi 'ADUN', Bantu Golongan Memerlukan

30-6-2021 11:04 AM| Komen: 20

Sharnaaz Ahmad meminta pengikutnya di Instagram untuk berkongsi sekiranya ada individu yang memerlukan sumbangan barangan keperluan harian.

Dalam hantarannya di IGTV, Sharnaaz memulakan langkah bantuannya dengan 100 pek barang sumbangan sebagai permulaan.

Foto: IG

"Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantik diri saya untuk membantu.

"Kami dari pasukan Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV keluarkan sedikit sumbangan. Ini daripada setiap kakitangan, Mamu dan juga semua yang sudah membantu untuk mengeluarkan sumbangan ini," katanya.


Dalam hantaran itu juga, Sharnaaz juga meminta masyarakat peka dengan keadaan sekeliling dan menghubungi pihaknya sekiranya ternampak bendera putih sebagai tanda orang memerlukan bantuan yang kini menjadi bualan di media sosial.

"Saya faham memang sekarang pasal bendera putih semua. Saya nak minta kalau anda semua kenal atau ada orang sekeliling yang ada bendera putih mahupun benar-benar memerlukan, buka mata dan hubungi kami.




"Bantu mereka dengan kongsikan mengenai bantuan ini dan minta mereka datang dan ambil bantuan sumbangan ini. Ini cara pasukan kami untuk membantu orang yang susah dalam pandemik Covid-19 seperti sekarang. Sekarang, tugas kita adalah bantu orang yang memerlukan," katanya.



Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Sharnaaz turut berkongsi situasi di tempat pengumpulan barangan keperluan yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan sedia untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 20
Komen

Previous : Kantoi Dapat Duit Beratus Ribu Daripada Azmin Ali, Ramai Benci Dan Meluat Dengan Azwan Ali

Next       : Elizabeth Tan Buat Rawatan Mental

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 30-6-2021 04:27 PM
bende baik ok la..
semoga dapat pahala...
elakkan meRIak macam tokRIak

Lain-lain Komen

Quote Kurex 30-6-2021 11:20 AM
Eeeee dah mcm papagomo rupa kau. Dua2 kuat meroyan
Quote ajinomotonosuga 30-6-2021 11:30 AM
Cariiii bendera putih...call nanassss!

Who u gonna call...calll naaanasssss!!
Quote weezerfan 30-6-2021 11:30 AM
Dia ni nk jadi amish ke misai janggut lebat..rimas aku tgk
Quote kaklimahcomot 30-6-2021 11:44 AM
bnda baik, aku sokong.lantak la spesis yg bnyk ckp. sllunya yg bnyk ckp ni, tin kosong.
yg pntg, ko jgn layan geng semburit.gay haramjadah.
Quote Skuau 30-6-2021 11:55 AM
Ketawa ADUN kwasn tu....kerja dia orng buat...gaji/RM dia dpt....Sapa la ADUN kwsn tu???
Quote depresio 30-6-2021 12:04 PM
Mamu Perli baik punya
Quote mawar_mustika 30-6-2021 12:20 PM
bgslh die buat camtu...harap2 adun kawasan tu sedar dirilh
Quote kaklimahcomot 30-6-2021 12:21 PM
Skuau replied at 30-6-2021 03:55 AM
Ketawa ADUN kwasn tu....kerja dia orng buat...gaji/RM dia dpt....Sapa la ADUN kwsn tu???

yb hannah yeoh. aktif je hannah turun pdg. takde nya dia snyum/gelak elaun dpt,keja tak buat. kalau lebai2, kot la. lebai ni bab  duit, bur.., laju ja.....sanaz peli pun tak takda kesan .
Quote nakkomenjugak 30-6-2021 12:32 PM
yelaaaa mamu... mana2 jelaaa.
Quote ImpianSeroja 30-6-2021 12:38 PM
Ikut la mamu nk jd adun ke apa ..dah rela membantu yg memerlukan pun dah bagus.. Semoga Dipermudahkn segala urusan
Quote asamfish 30-6-2021 12:40 PM
Bagus.  Benda elok kita sokong.  Keep it up, Mamu!
Quote doubleharmonic 30-6-2021 12:52 PM
sanazgomo? mamugomo?
Quote Carcosa 30-6-2021 12:57 PM
Mamu Legacy?
So Kampung nama company
Quote hyie 30-6-2021 12:59 PM
heshe buat janggut beard tu dengan drshahhairclinic...ni nama ig dia. Bila lebat sangat nampak serabut, mungkin kena trim sikit bagi nampak kemas. Bila dah ada rambut kat kepala ni nampak lebih segak plak heshe
Quote lavendernovella 30-6-2021 01:05 PM
Bagus lah mamu. Bersedekah rezeki murah.
Quote hollahop 30-6-2021 02:40 PM
Mamu good job mamu. Nnt p trim sikit janggut tu na...

Btw napa ramai org suka haplod gambar anak pakai pampers je ek. Sakit pulak mata iolls tgk.
Quote mrseller 30-6-2021 03:05 PM
ok la mamu, mamak punya sembang  ada bau kari banyak. famili kaya no hal
Quote haruslah 30-6-2021 03:10 PM
Bagus la gini tlg menolong
Jgn lupa jugak tlg geng2 krew dulu

Nampak kurus dan segak dlm bideo tshirt putih+bideo tu...kemas sket tp jambang tu serabut
Quote aderaderker 30-6-2021 03:21 PM
Keep it up Mamu.
Teruskan membantu

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top