Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Fokus Lihat artikel

Runner Ajal Di Jalan Raya, Isteri Tergamam Lihat Suami Terbaring Kaku Sehari Selepas Habis Pantang

8-7-2021 10:52 AM Komen: 22
Sudah empat tahun berlalu, tapi rasa pilu dalam hati wanita berusia 27 tahun ini tak siapa yang tahu.

Menurut Nor Hafizah Hilmi, dia sendirian membesarkan anak selepas suaminya, Danny Fahrul Syah Wahyu Hermanto meninggal dunia dalam satu kemalangan pada 4 Julai 2017.

Lebih perit, kejadian itu berlaku sehari sebelum ulang tahun kelahirannya, malah dia pada ketika itu baru 45 hari melahirkan cahaya mata pertama.

Mesra disapa Hafiza atau Eb, dia ketika dihubungi mStar sempat memperincikan semula kisah itu yang disifatkan sebagai detik duka dalam hidupnya.


Kredit foto: mStar


"Suami bekerja sebagai runner, dia hantar dokumen di Serdang (Selangor) pada waktu itu. Ketika kejadian, saya tengah masak.

"Saya tak perasan orang dah mula hantar mesej ucapan takziah sehinggalah dibubungi polis. Kemudian baru saya tengok telefon, saya nampak orang hantar gambar jenazah suami terbaring atas jalan raya.

"Saya macam tak percaya, rasa macam mimpi. Dalam keadaan berpantang, saya dengan baby kecil dibawa oleh kakak dan abang ipar ke lokasi kejadian.

"Tapi masa tu jenazah sudah dibawa menaiki trak polis, kemudian saya ke Hospital Serdang untuk buat pengecaman. Difahamkan suami terlelap ketika menunggang sebelum terbabas, " imbasnya.



Menurut Hafiza, sukar untuk dia menerima hakikat memandangkan kejadian berlaku dalam tempoh setahun perkahwinan mereka.

Malah katanya, ia bukanlah kejadian kemalangan pertama melibatkan arwah suaminya.

"Saya memang tak sangka nak jadi macam ni. Dia dah tiga ke empat kali kemalangan sebelum itu. Dah banyak kali baiki motor dan tukar motor.

"Kalau diingat balik, saya pun tak sangka yang ia berlaku sehari sebelum birthday saya. Sejak suami meninggal, saya memang tak sambut birthday.

"Ketika kejadian, anak kami baru 45 hari dilahirkan. Suami tunggu setahun, dia memang nak anak perempuan. Tapi dia sempat jaga selama 45 hari saja.


Kredit foto: mStar


"Sepanjang tempoh itu, memang dia yang jaga dan tidurkan anak. Sekarang anak kami dah berusia empat tahun, " kata Hafiza yang kini menetap di Gombak.

Imbasnya lagi, anak tunggal mereka diberi nama Shaheiza Zahra Keisha yang juga idea Allahyarham sendiri.

"Suami yang bagi nama, dia nak ada tiga perkataan dalam nama tu, sama seperti nama dia juga. Sampai sekarang dalam bilik penuh dengan gambar arwah.

"Saya cerita pada anak, inilah ayah. Anak pun dah faham ketiadaan ayahnya, " ujarnya sebak.

Suami Hafiza meninggal dunia ketika dia baru 45 hari melahirkan puteri sulungnya pada 2017.


Kredit foto: mStar

Selain menjaga anak, Hafiza kini turut menjaga ibunya, warga emas berusia 60-an yang menghidap strok sejak setahun lalu.

Sebelum ini, Hafiza menjalankan perniagaan makanan di pasar malam, namun operasi terjejas dek pandemik Covid-19 sebelum dia mula berniaga kecil-kecilan di rumah.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami dah tak berniaga pasar malam. Lepas tu saya jadi beautician. Tapi tak berani terima pelanggan ke rumah sebab mak tengah sakit, berisiko.

"Sejak minggu lepas saya jual puding buah. Kalau ada tempahan, saya juga buat nasi kerabu, nasi dagang dan nasi berlauk sebagaimana yang kami jual di pasar malam sebelum ini, " ujarnya.


Kredit foto: mStar


Dalam pada itu, Hafiza turut berterima kasih apabila ramai netizen memberikan sokongan selepas dia berkongsi kisah duka itu menerusi satu bingkisan video di aplikasi TikTok.

"Saya terharu ramai yang ucap takziah walaupun dah lama kejadian ini. Ramai yang bagi semangat.

"Nasihat saya kepada mereka di luar sana, hargai pasangan ketika mereka masih ada. Kalau salah seorang dah meninggal, kita kena kuat.

"Lagi-lagi jika ada anak. Tak boleh tunjuk lemah depan anak. Saya kalau rindu suami, saya akan tenung dan peluk anak, itu saja yang saya boleh buat untuk hilangkan rindu, " ujar Hafiza mengakhiri bicara. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 22
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote anakmak 8-7-2021 06:43 PM
Low class lah marketing strategy  kau kak

Lain-lain Komen

Quote exclusive_vvip 8-7-2021 10:57 AM
bawang mana yg antar gmbar jenazah suami dia eksiden tu? sgt selfish n x sensitif..
Quote Skuau 8-7-2021 10:57 AM
.......Wahyu Hermanto...cam nama INDON jer???
Quote slyfynx 8-7-2021 11:00 AM
Adui, dalam kepala aku pikir runner ni orang yang berlari.
gt die meninggal sbb penat lari.
That's why kene baca artikel, bukan tajuk je
Quote KIM.K 8-7-2021 11:02 AM
Manis muka anak dia
Quote ajinomotonosuga 8-7-2021 11:03 AM
Ni mende ni aa..cite 4 taun lepasss..promosoi nk cari laki baru ke..nnti aku paksaaaa ipanonline tu

Nk kayangan ko class dive gemok tu...diva gemok tu jgnkan kayangan...gorila utan pun lari klo di paksa nikoh dia aaaa..tau

Dah dahlaa..life goes on..klo letih..rehat...relaxation tu therapy k...jaga budak tu ase jgn jadi iqram sajat sapi semburit n abah cirit dah tauu

Bio jadi cam arwah syeikh Ali Jaber..al faaatihah
Quote nakkomenjugak 8-7-2021 11:30 AM
mohon bertabah nokkk, ramai lagi yang mati laki.
lakinya leluhur tetangga ke?
Quote darkness 8-7-2021 11:44 AM
Takziah sister...
Quote allshares 8-7-2021 11:49 AM
Nama anak 3 patah perkataan, nama pak 3 patah perkataan. Jgn patah tgn anak nulis nama udah ler.
Quote allshares 8-7-2021 11:53 AM
Bdway kelihatan enak pudding nya. Ok la niaga ade juga efforts takde la meratip ibu tunggal minta dibantu seja.
Quote nazzse 8-7-2021 11:53 AM
Jowo lakinya kot nama mcm tu.

Comel anak dia. Banyak pahala jaga anak yatim
Quote Ferr_Remy 8-7-2021 12:02 PM
Aku sbenarnye tak paham org rekod selfie muka sendiri time nangis pastu upload tiktok... Kejadian 4 taun lepas plak tu... Utk clout ker? Hang sedih gi baca alfatihah utk arwah... Bkn nangis2 kt tiktok utk kejadian 4 tahun lepas.
Quote noor2 8-7-2021 12:43 PM
Seksi gambar anak dan mak. ..
Quote imransulaiman 8-7-2021 12:47 PM
Takziah...

Kenapa gambar dia baju pink tu badan besar kepala kecil?
Quote Decaffeinated 8-7-2021 12:47 PM
tutup je lah thread ni

apa yang current issue nya

Quote mikasa 8-7-2021 01:02 PM
Alahai....apa niat dia sebenarnya ni

Beria aku baca...ingat berlaku taun ni
Quote matchstick 8-7-2021 02:57 PM
Tak paham juga bab tiktok sambil menangis rakam diri sendiri tu..tapi takpe lah..mgkn itu cara dia nk promote perniagaan demi rezeki utk sara anak yatim tu..drpd dia WhatsApp NGO order mknn sedap2 dan pampers utk anak umur 4 tahun tu sekurang-kurangnya dia berusaha
Quote Tinot7 8-7-2021 03:49 PM
takziah kpd keluarga.. tapi nih isu semasa ke?
Quote chandrahusin 8-7-2021 03:52 PM
marketing strategy la
update sedih2 nnt org pun tunjuk simpati beli product
Quote dani-rox 8-7-2021 03:56 PM
Saya tak perasan orang dah mula hantar mesej ucapan takziah sehinggalah dibubungi polis. Kemudian baru saya tengok telefon, saya nampak orang hantar gambar jenazah suami terbaring atas jalan raya.



urat sensitif tukang hantar pos tuh dah putus kot

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top