Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Saya Sentiasa Jaga Adab" - Nana Rujuk Peguam Terkilan Nama 'Busuk'

22-7-2021 01:12 PM|Oleh: LilRose| Komen: 180

Tiba-tiba nama dipetik, Nana terkilan apabila ada namanya diheret dalam perbincangan terbuka membabitkan beberapa teman baik.

Berkata kepada BH Online, Nana atau nama sebenarnya berkata, hanya menyedari namanya menjadi topik pebincangan penyanyi Lan Solo bersama isterinya, Nur Sheila Hassim, Syura Badron, jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin menerusi Instagram (IG) Live, kelmarin selepas dimaklumkan peminat.


Kredit foto: IG

"Jauh di sudut hati, saya rasa sangat terkilan. Kenapa perkara seperti ini perlu dibangkitkan dalam media sosial? Apa motif mereka mengheret nama saya dalam perbincangan mereka," katanya kepada BH Online.

Walaupun pada mulanya mahu mengabaikan isu tersebut, namun apabila terkenangkan ianya dibuat secara terbuka, Nana akan menegakkan haknya untuk mempertahankan diri.

"Saya sentiasa menjaga adab terutama dalam media sosial. Sebolehnya, saya mengelakkan diri daripada terkena tempias negatif.

"Jika ikutkan, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, apatah lagi, ia membabitkan rakan-rakan saya.

"Namun, saya perlu mempertahankan maruah apabila nama diheret dengan dakwaan secara terbuka dalam media sosial," katanya yang sudah merujuk pihak peguam untuk tindakan lanjut.

Tegasnya, insiden itu merosakkan intergriti dan reputasi, sekali gus menjejaskan periuk nasinya.

Sheila sebelum ini mendakwa Nana dan pengurusnya, Anas Osman memburukkan nama Lan kepada rakan di stesen televisyen (TV). Malah, Nana didakwa menuduh Lan menumpang popularitinya.


Kredit foto: IG/OHBulan

"Saya dan Lan ambil keputusan 'unfollow' Nana dan Anas. Cukuplah kami diburukkan. Kini, kami pula dikatakan memfitnahnya. Secara terbuka, saya nak bercerita semuanya, hari ini (kelmarin).

"Saya, Syura dan kawan-kawan lain sudah tak boleh tahan. Kami anggap Nana dan Anas seperti adik beradik. Namun, saya tidak menyangka Nana mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya keluar bersama.

"Saya terkilan kerana makanan menjadi darah daging. Kami pernah makan di sebuah restoran. Saya hanya ada RM200 sahaja, itupun saya hulur.

"Saya hargai semua jasa Nana. Namun, saya terkedu apabila dituduh makan tidak bayar dan tunggu duit Nana sahaja. Saya terfikir bila masa kami makan tidak bayar.

"Kami hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp pada Nana. Jika tidak bersalah, tampil dan jawab. Memang siaran langsung ini dituju pada Nana dan Anas kerana saya tidak tahan terima macam-macam mesej," dakwanya yang sudah berkawan dengan Nana dari zaman susah sejak hampir 20 tahun lalu.

Mungkinkah mereka akan berdepan antara satu sama lain untuk menyelesaikan kemelut ini tanpa turun naik mahkamah? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 180
Komen

Previous : Ukuran Badan Che Ta Tak Berubah Dari 17 Tahun Lepas

Next       : Jenazah Mangsa Covid-9 Tiba-Tiba Hilang! Puas Dwan Hamid Cari, Rupa-Rupanya Hijab Tertutup

Komen Terbaru

Quote luluaurora 29-7-2021 01:39 PM
kawan jenis apa ni,
ampa smua buta it kew?
wassup kn boleh vid call group
smbng sesama ampa sudah laa
ni smpai live ig bagaiii
so skrg sp tumpang popular sapa?

settle sesama ampa sja xbuleh?
msing2 dh tua bangka
duk buat perangai budak2

Lain-lain Komen

Quote Daftpunk_shine 22-7-2021 01:58 PM
Beringat la wahai kgkwan. Kalau duit xda dalam dompet, p cucuk dulu duit baru p makan. Ni member berkali2 tlg bayar, member pun dah naik muak, ko expect member tu nak senyap jela. Bila member dah berbunyi, ko sentap.
Quote KIM.K 22-7-2021 02:10 PM
Kat kampung pun ada macamni. Org nasihat jaga2 jgn makan kat kedai, time ni penoreh takda duit. Ramai tumpang makan tak bayar
Quote kakakpositifker 22-7-2021 02:14 PM
Mana videonya oi
Quote bbasir 22-7-2021 02:16 PM
eleh ntah2 dorg ni mmg ambil kesempatan kat Nana pun.. ye laaa smua tu senduuuu aje.. mana la nak tahan wei kalau setiap kali makan, ko menumpang duit org hahahah
Quote matbad 22-7-2021 02:19 PM
Daftpunk_shine: Beringat la wahai kgkwan. Kalau duit xda dalam dompet, p cucuk dulu duit baru p makan. Ni member berkali2 tlg bayar, member pun dah naik muak, ko expe ...

lama dah ke weh ceta ni
Quote cahaya_almas 22-7-2021 02:29 PM
Nana ni jenis air muka sombong..kalau jmpa depan2 agak2 dia layan ke peminat...
Quote Skuau 22-7-2021 02:40 PM
dedulu aku ok bila orng kata..'nak belanja'...semenjak ada sorang kawan kata.."bila nak belanja..saya sudah(pernah) belanja kamu".Aku terkejut tapi senyum.....dan berkata nanti aku belanja....spt dijanjikan aku pon belanja dia.Selepas aritu..mana2 orng yg nak belanja..aku memang tolak...sebabnya..Aku tak pasti 'nak belanja' tu dia bg 'hutang(yg kena byr kemudian)..atau benar2 ikhlas..yakni...'ada rezeki kita makan sama2'.Tuk elakkan drp 'berhutang' baik aku tolak jer.
Quote MatDeghem 22-7-2021 02:42 PM
Edited by MatDeghem at 22-7-2021 02:46 PM

1

(2)
3


(4)





Quote MatDeghem 22-7-2021 02:45 PM
5

6

7

Quote MatDeghem 22-7-2021 02:47 PM
betul ke ada batu api....? atau mereka saja create batu api?  


Quote annadonna 22-7-2021 02:49 PM
Edited by annadonna at 22-7-2021 02:54 PM

Perbualan macam ni kenapalah dibesar besarkan sampai masuk live IG. Apakah bodoh semua yg terlibat ni. Maybe betul nana pernah cakap tapi maybe nana mengadu dgn kawan yg dipercayai. Tapi si kawan ni dah mengadu domba pulak.

Kita ni kalau ada org datang meluahkan perasaan kat kita cubalah jaga adab berkawan dan menyimpan rahsia tu. Kalau benda boleh melagakan orang buat apa nak disampai sampaikan.

Anyway aku tengok live IG ni antara seorang pondan, artis sendu dan pengurus merangkap bini artis sendu. Yang diumpat pula artis popular. So paham pahamlah level korang kat mana.
Quote Sachacha 22-7-2021 02:51 PM
Nyampahnya tgk syura tu aura negatif kuat sgt
Quote MatDeghem 22-7-2021 02:53 PM
1. syura hantar makan ke isteri lan solo.
2. ada orang dm isteri lan solo.... tanya kenape tak hantar makanan ke Nana. Kenape mereka dah tak jumpa....
3. Isteri lan solo jadi sedey. menangis. kenape nasib aku begini.




part itu aje yang part bg mat dengar.....


Eh hellooooo....sapa yang DM dia? ko pegi lah tangkap sang DM itu....kenape kena buat live, geng up and kutuk nana?

Bg mat lebih nak tahu SIAPA YANG DM ....

sendrik DM kah?

sama juga cerita syura....
org fitnah dia ada sugar daddy. Sapa org itu? Sendrik fitnah kah?
org hantar msg pada isteri lan solo ....kata makeup brand syura kalau pakai boleh dapat cancer. Sapa tu yang DM.....

SIAPA ITU SANG DM???????



Quote rosannazmia 22-7-2021 03:00 PM
Elok nana ngn lawyer.. pelik ahkak dgn dorang2 ni… mcm bdk2 sekolah memasing umur nak dkt 40 dah, malu aihh … eeiiiii…
Quote mama_neko 22-7-2021 03:05 PM
Skuau replied at 22-7-2021 02:40 PM
dedulu aku ok bila orng kata..'nak belanja'...semenjak ada sorang kawan kata.."bila nak belanja..say ...

sbb tu la aku kalau nak belanja member time bonus ka apa, pi makan dulu kat mana2 resto, pastu zass teruss aku bayaq.. susah kalau kita kata nak belanja2 ni, takut niat jadi lain.. hehehe.. and aku mmg segan kalau kawan ajak pastu dia kata nak belanja.. hehehehe...
Quote nakkomenjugak 22-7-2021 03:06 PM
Edited by nakkomenjugak at 22-7-2021 03:08 PM

hhiihhihihihihihih
Quote Mulotkoyak 22-7-2021 03:10 PM
Daftpunk_shine: Beringat la wahai kgkwan. Kalau duit xda dalam dompet, p cucuk dulu duit baru p makan. Ni member berkali2 tlg bayar, member pun dah naik muak, ko expe ...

Boleh bayar pakai kad kan skg
Quote lyshafull 22-7-2021 03:10 PM
So bnde x bayar makan and ckp belakang ni pun ade kene buat ig Live ke .. hahahahah so nanaz and 3 stooges x nak masuk cmpur ke .. ni pun hal negara gak nie
Quote Mulotkoyak 22-7-2021 03:15 PM
bbasir: eleh ntah2 dorg ni mmg ambil kesempatan kat Nana pun.. ye laaa smua tu senduuuu aje.. mana la nak tahan wei kalau setiap kali makan, ko menumpang duit ...

Yeppp... Ak dgr citer mmg Kebanyakkan artis mmg susah nk kuar duit bile ajak lepak. Kate duit beekepuk-kepuk. Nana ni sh la jenis lurua bendul. Tp kalo asyik die je yg hulur duit byr kengkawan mau nye kkdg tu xperli kan.
Alaaa bkn artis je laaa. Kawan ak sendiri pun sama. Susah sgt nk kuar duit byr. Kalo mkn suh ak byr dlu. Bile ckp sentap. Mula lah fitnah ak ni ngungkit. Padahal kalo aku je yg byr utk diorg, matilanak. Tp so far aku xde la ckp kat diorg. Just ak buat dunnow je ak byr mknn aku je. Ade gak spesis kwn tny ko dh byr kan ak pny skali ke. So ak akan jwb x. Ak byr sendiri je. Kan sng cmtuh. Mmg ade speais liat and nk tgu kite byr dlu. I know laaa speaia ni.

Lihat semua komen(180)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top