Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Artis Nak Belajar Agama Carilah Ustaz Yang Betul,"-Fendy Bakry Sindir Siapa?

8-9-2021 08:55 AM| Komen: 152

Tiada niat mahu menyindir mana-mana pihak, pelakon, Fendy Bakry, 34, menegur segelintir rakan artis mahupun sesiapa sahaja yang memasang hajat untuk mendalami agama agar berguru dengan agamawan atau ustaz yang betul.

Menurut Fendy, secara peribadi, dia gembira apabila melihat ramai kalangan sahabat dan teman artis kini berubah ke jalan yang lebih baik dan niat itu seharusnya diraikan dengan kata pujian dengan penuh rasa kesyukuran.


Foto: IG

“Ia tentunya satu perubahan yang baik dan kita tidak pernah menafikan sebarang usaha ke arah kebaikan. Cuma, bagi saya, kalau nak buat penghijrahan, ia perlu dilakukan secara total dan bukannya sekadar keluar tiga hari.

“Kita kena cuba perbaiki diri secara keseluruhannya, dari segi agama, rohani, kelakuan dan sikap. Memang orang akan kata alahai, manusia semua buat silap tapi bila kita pilih jalan itu, kita juga sebenarnya menjadi contoh kepada orang lain,”katanya.



Fendy berkata demikian semasa dihubungi Utusan Malaysia hari ini semasa diminta mengulas mengenai satu hantaran di Facebook mengenai pandangannya tentang segelintir pihak juga dipercayai rakan-rakan artis yang kini ramai mendekati agama dalam terma ‘keluar tiga hari’.

Fendy menerusi hantaran tersebut berharap agar mereka yang mengikuti program sedemikian benar-benar faham tentang maksud penghijrahan, membetulkan niat dan tidak cuma berfikir aspek bahan kandungan media sosial.

Sementara itu, Fendy ketika ditanya mengaku pernah diajak untuk menyertai program yang sama namun menolak dengan hemah.



“Bukan tak mahu, tapi mungkin bukan pada waktu sekarang. Di depan hari, mungkin saya ikut, siapa tahu bukan? Cuma, saya percaya, seandainya mahu mendekati dan mendalami agama, ada ramai lagi ustaz dan agamawan yang kita boleh jumpa.

“Belajar agama ini pula bukan cuma ketika rasa diri kita betul dan bukan cuma dalam tempoh tiga hari. Ada kawan saya yang keluar selama 40 hari, tapi balik masih melakukan rutin yang sama macam dulu, tiada gunanya juga.

“Tapi jangan pula salah faham. Sebab itu saya cakap, betulkan niat. Keluar selama 40 hari sekali pun, kalau ada yang jenis mengabaikan anak dan isteri, itu pun bukan satu contoh yang baik untuk diikuti,”katanya.




Dalam pada itu, pemenang Anugerah Artis Baru Lelaki popular 2018 ini juga menghormati segelintir artis mahupun individu yang melakukan kebaikan tanpa menunjuk-nunjuk atau mempunyai agenda tertentu.

“Contoh macam Faizal Ismail, saya kagum dan hormati dia kerana tak menunjuk-nunjuk dalam berbuat kebaikan atau berhijrah. Itu pun orang lain yang tahu dan beritahu. Contoh seperti inilah yang kita kagumi,”katanya.

Terdahulu, kebelakangan ini terdapat segelintir artis dan selebriti yang dilihat mula mendekati agama dengan mengikuti individu tertentu selama tiga hari dan perkara itu menjadi tular di media sosial. -CARI

Sumber: Utusan Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 152
Komen

Previous : Johan Nak Dedah Wajah Bayi Melalui YouTube

Next       : Elfira Loy Makin Alim, Berjubah Dan Pakai Tudung Labuh- Ada Yang Tanya Apa Sebab?

Komen Terbaru

Quote epal_putih 10-9-2021 01:28 PM
betul la tu
belajar dengan guru sebetulnya
bukan selebriti2 ntah mana2

tapi payah dengan pentaksud otak karattttttttt

Lain-lain Komen

Quote beta_carotene 8-9-2021 09:10 AM
pentaksub masuk in 3...2...1...
Quote aireen24 8-9-2021 09:38 AM
betullah ckp dia...setuju
Quote makcikbukantora 8-9-2021 09:39 AM
sindir penjual batu lesung kettew
Quote Fly_over 8-9-2021 09:43 AM
musim retis lelaki pulak bhijrah
Quote Guccibamboo 8-9-2021 09:51 AM
Betul lah ape die ckp....nak belajar ...carilah guru mursyid.
Same jugak....pasal akidah & tauhid....jgn sembarang2 belajar di forum lah..tanye org yg kite x kenal lah....karang kalau terpesong & sesat sendiri yg susah
Quote KelisaSilver 8-9-2021 09:54 AM
setuju... alang2 nak belajar.... g kat Ustaz / tempat yg betul. bkn g kat org2 yg femes....
Quote dudaberhias 8-9-2021 09:54 AM
sindirrrr penumbuk sambal ayam penyet yang viralll sambal dia sedap merah ke tu...
Quote trexxxxxi 8-9-2021 09:55 AM
Edited by trexxxxxi at 8-9-2021 11:27 AM

Oghang Beseri rock!



Quote woven11 8-9-2021 09:56 AM
Betul apa dia cakap. Dah mcm trend pulak sekarang berubah tiba2 terus berjubah berserban. Timba la ilmu betul2 dulu..
Quote Normabaru 8-9-2021 09:59 AM
dudaberhias: sindirrrr penumbuk sambal ayam penyet yang viralll sambal dia sedap merah ke tu...

Hahahahaa sambal dia sedap ke masalah nye..euwwww
Quote awenda507 8-9-2021 10:05 AM
Setuju sgt. Jgn asal usetad ckp Allah syg Allah syg terus mengidolakan org tu mcm dia manusia maksum. Ramai ustaz bertauliah ada klu nk blaja agama. Lain la klu acah2 blaja agama semata2 nk tumpAng glamer..mmg sesuai la hadapkan usetad tuuu
Quote trexxxxxi 8-9-2021 10:06 AM
Normabaru replied at 8-9-2021 10:59 AM
Hahahahaa sambal dia sedap ke masalah nye..euwwww


48_600_1000.jpg
credit to Kaka @Felycya
Quote violetungu 8-9-2021 10:10 AM
Berkenan plak tgk facemask necklace dia n bini dia pakai nak cari jugak la..
Quote kierakirana 8-9-2021 10:14 AM
Parking sat...saja nk tgk komen pentaksub
Bagus fendy antara yg terbuka mata hatinya
Quote kierakirana 8-9-2021 10:16 AM
trexxxxxi replied at 8-9-2021 10:06 AM
credit to Kaka @Felycya

Choiiiii nightmare i mlm ni. Trauma baru ja hilang x lama ritu
Quote TomyamPuteh 8-9-2021 10:18 AM
Bkn Perlis ke dia ni? Ke hang confius dgn Fikri Ibrahim?
Quote my_irina 8-9-2021 10:19 AM
Betui setuju sgt..
Quote makadek 8-9-2021 10:21 AM
Betey sgt.yg tk nak belajar tu biarlah dulu
Yg nk belajar cri la ilmuan yg btul2 ahli
Bkn menghempet jer keroje nye
Quote tintin22 8-9-2021 10:27 AM
setuju

Lihat semua komen(152)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top